Motherhood way kita pun kena kecam!

hi there, hurm, motherhood way kita pun kena kecam! since hari ni 11.11 lil' Amin berusia 3 tahun, jadi hari ni mrs pip nak share sikit pengalaman motherhood journey mrs pip. ada yang best, ada juga yang tak best. biasalah, dalam hidup ni, mana ada yang sempurna. nak jadi sempurna tu bukan hak kita untuk tentukan, apa yang kita boleh buat, ialah sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. melalui motherhood journey ni, pengalaman setiap mommy itu berbeza-beza, jadi tak heran kalau motherhood way kita pun kena kecam.

HAPPY 3 YEARS OLD BIRTHDAY 
LIL" AMIN 11.11 TODAY

pertama kali bergelar seorang mommy ketika melahirkan lil' Iman pada 4/3/2013, kemudian melahirkan lil' Amin 20 bulan kemudian pada 11/11/2014. syukur alhamdulillah, we have 2 great naughty critters in the house. riuh rendah rumah setiap hari dengan ragam our lil' armies ni. baik lil' Iman mahupun lil' Amin, masing masing ada cerita tersendiri ketika membesarkan mereka. lil' Iman dah attend playschool, next year akan masuk what he calls 'the big kids school', padahal baru nak masuk tadika saja pun T_T , dan lil' Amin akan masuk ke Permata playschool pula. nampaknya, sedikit sunyilah rumah mrs pip di siang hari tahun depan coz dua dua bersekolah.

two peas in the pod
two peas in the pod
lil' armies #bromance

teringat few incidents dulu bila ada saja orang nak kecam cara motherhood kita ni. itu salah, ini salah ... eh eh, takkan itu ini salah. lain orang lain lah caranya.... ambil mana yang sesuai utk kita, yang tak sesuai tu, takkan nak ikut juga. bagi mrs pip, there is no right and wrong atau nak follow the book bab bab motherhood ni. biasanya as a mother, kita follow naluri keibuan kita dan kita follow mana yang kita rasa selesa untuk difollow ....

1/ bila anak ada jaundice / prolong jaundice

biasalah, bila anak baru dilahirkan, mesti ramai parents yang kena check up kat klinik / hospital bawa anak nak tengok bilirubin level kan ... ada yang sehari dua dah ok, ada pula berminggu minggu sampai cukup sebulan kuning anak tak reti nak menurun ... 

bila jumpa parents yang pelbagai ni, ramailah yang berkongsi cara nak hilangkan kuning anak .... mcm mrs pip mmg malas nak ambil pusing bab jaundice ni, nanti kita stress. I is baru bersalin. so bila org bagi nasihat, mrs pip dengar saja, malas nak komen banyak.

"tu lah kau, dulu time pregnant, kau makan main bedal saja, tak nak pantang itu ini"

"siapa suruh asyik nak makan orange, tengok anak pun dah kuning macam buah orange"

"anak kau kena sakit kuning? kau jemurlah anak kau kat bawah matahari awal pagi, nanti hilanglah kuning dia tu"

"hurm, ni tak bagi anak minum susu ibu lah ni"

"petua mau turunkan jaundice cepat, minum grass jelly hari hari, lepas tu bagi anak susu ibu selalu"

"oooo, ni kena mandikan dengan akar kayu bla bla bla "

"kau jangan makan bla bla bla, nanti tambah tu kuning anak kau"

fuh! sweat wiped. baik lil' Iman mahupun lil' Amin, dua dua pun ada jaundice. kalau datang klinik nak periksa jaundice anak kan, mrs pip mmg akan byk diam, malas untuk berbicara dengan orang sebelah sebelah, bukan sombong, tapi kita baru habis bersalin, masih penat, anak pula kena check up hari hari kat klinik, tidur pun tak cukup, ada masa kita akan bad mood, nanti tak pasal pasal kita cakap kasar kat orang... so, better lah berdiam diri.

2/ masalah susu badan

kalau pigi klinik kerajaan, memang sangat sangat ditekankan kepentingan menyusu badan bagi bayi yg baru lahir sehingga enam bulan .... kalau boleh jangan bagi anak susu formula , cuba sebaiknya bagi susu badan, air pun tak perlu bagi minum coz susu badan dah cukup air!

tak semua ibu tu mampu nak susu badankan anak. ada yang langsung tiada susu badan, so susu formula menjadi pilihan secara terpaksa. ada yang susu badan banyak, tapi anak tak mahu nak susu badan, ada pula susu badan banyak, tapi terpaksa berpisah dengan ibu kerana ada masalah kesihatan, ada juga susu badan banyak tapi tak sempat nak susukan sehingga 6 bulan kerana kekangan kerja.

milk bottle
lil' Iman sleeping with his milk bottle

macam kes lil' Iman, memang mrs pip tak mampu nak bagi susu badan, setakat 10 minggu sahaja. kemudian susu badan langsung tak nak keluar. memang dugaan lah time tu.

"kau tak minum banyak sup ni, tu yang susu badan ndak keluar"

"mesti kau ada salah makan ni"

"kesian la anak kau, kena minum susu lembu"

"cuba kau try minum supplemen bla bla bla, si polan minum supplemen tu, banyak susu badan dia"

"susu formula ni bukan bagus mana pun, tengok anak kau ada masalah mau buang air besar"

time tu mrs pip first time jadi mommy. bila susu badan tidak keluar, dan memang tidak cukup, lil' Iman asyik menangis. siang malam menangis. tambah lagi lil' Iman ni colic baby, memang stress gila gila la mrs pip waktu tu. siap orang sekeliling asyik cari kesalahan kita .... nasib baik mr.Husband banyak bagi support. kalau tak memang meroyan baby blues la mrs pip ...

mrs pip cukup berpantang jaga makan dan kesihatan selama 60 hari. memang tiap tiap hari kena mandi herba, kena makan sup, makanan semua mr.Husband yang sediakan. lauk tak boleh pilih itu ini, hari hari kena menghadap sama ada sup ayam kampung, sup ikan tenggiri, sup ikan putih, dan sup telur.  sayur pun banyak yang tak boleh makan, takut masuk sejuk. 

kena minum air at least 3 liter sehari, dan minum susu tambahan untuk tambah air susu. siap ambil minuman supplemen yang harga beratus ringgit. sampai satu masa tu, mrs pip bagitau mr.Husband, enough la dengan supplemen ni, mrs pip reject. tiada improvement dalam penghasilan air susu yg banyak. stop wasting money with all these supplements. maybe kat orang lain, ianya berkesan. tapi not for me. that's it.

satu hari tu lil' Iman tak boleh buang air. kemudian dia asyik nangis sepanjang malam sepanjang hari. esoknya perasaan ada ketul hitam kat lubang dubur lil' Iman, tapi serius tak boleh keluar. so end up pi hospital. bila kena periksa, lil' Iman tersekat buang air besar, so nurse masukkan ubat kat bontot dan sekejap semua najis keluar. ketul ketul seperti guli, warna hitam dan sangat liat. 

nurse mulalah bagi ceramah pasal susu formula. mrs pip dengar saja lah , mau buat macam mana kan ... siap kena kecam lagi konon mrs pip ni bukan ibu yang prihatin kat anak. bukan masalah susu formula tu, tapi masalah lil' Iman tak serasi dengan susu formula tu. tapi nurse ni asyik nak kecam kita saja, tak bagi apa solution!

lepas tu, mr.Husband dan mrs pip nak dapatkan 2nd opinion, so pergi lah kat klinik swasta satu ni. doktor tu relax dan senyum bila kita bagitau masalah lil' Iman. dia baby colic, susah nak burp lepas minum susu, susu itu ini tak sesuai, bla bla bla .... then doktor tu suggest utk bagi lil' Iman susu rumusan khas, at that time kat klinik tu ada frisolac comfort, dan doktor bagi ubat titik kat mulut lil' Iman in case kalau dia tak dapat buang air besar. ubat tu untuk keluarkan angin dan bantu lil' Iman untuk buang air dengan lebih mudah.

boleh baca entry mrs pip mengenai susu untuk colic baby kat sini


memang very thankful dengan doktor tu. doktor tu bagi solution, ni yang kita nak. kita nak solution, bukan kena kecam. kau nak buat apa bila ibu tak ada air susu, baby pula colic, dan byk susu tak sesuai ... kita pun tak pernah tahu susu ni ada susu biasa, ada susu rumusan khas. bila doktor tu explain, baru kita tahu susu ni ada beberapa jenis. 

3/ tidurkan anak tanpa buaian

bab nak tidurkan anak pun pernah jadi isu juga. dulu dulu, mak mak kita suka pakaikan buai utk anak kan, so konon bolehlah anak tu tidur lebih lama. tapi mrs pip pilih tak nak tidurkan anak dengan buaian. kenapa? kerana awal2 kahwin dulu, mr.Husband banyak pergi sana sini urusan kerja, so mrs pip memang akan ikut. jadi, risau kalau anak masuk buai nanti, susah juga kalau nak angkut buaian. tak bawa buaian pula, nanti anak tak nak tidur. so end up, kita pilih biarlah anak tidur di tilam tanpa buaian.

tidur tanpa buaian
tidur nyenyak tanpa buaian

memang both lil' armies ni tidur sekejap sekejap. takkan tidur lama. tapi mrs pip tak rasa pun ada masalah kalau baby ni tidur kejap or lama. suka hati baby tu nak tidur lama atau kejap. kalau dia penat nanti dia tidurlah semula .... anak anak mrs pip waktu baby memang mrs pip pakaikan baby bouncer, tapi dah masuk umur 5 bulan ke atas, baby bouncer tak pakai dah, dorang kan dah start nak tiarap, so risau nanti boleh jatuh pula walaupun ada safety belt.

so, adalah suara suara mengecam .... 

"kau tengok anak si polan tu, best ja tidur dalam buaian, senang dia buat kerja, anak dia tidur berjam-jam. anak kau ni, sekejap sekejap jak sudah bangun"

"kasi buai jak lah supaya baby kau tidur lama sikit"

"bagus lagi pakai buai dari pakai tu baby bouncer. buai ni boleh pakai lama, tapi baby bouncer tu brapa lama jak kau boleh pakai, mahal pula tu"
fisher price baby bouncer
lil' Iman in fisher price baby bouncer
and with his soft book too!

hurm, tak semua orang ada matlamat yang sama. matlamat kau ialah nak bayi tu tidur lama, tapi matlamat aku nak anak aku boleh tidur selesa di mana saja, nak biasakan anak aku tidur tanpa buai, so senang juga kalau kitorang nak road trip pigi mana mana.

fisher price baby bouncer
lil' Amin in fisher price baby bouncer

mahal or murah, kalau still dalam kemampuan, apa salahnya belikan baby bouncer. memang mrs pip akui juga, baby bouncer time beli dulu tu RM249 kalau tak silap, tapi nowadays sudah banyak pilihan baby bouncer pada harga affordable kan ... lagipun bukan soal mahal atau tak mahal. ni soal pilihan nak buai atau tak nak buai ... janganlah kecam kalau ada mommy yang tak nak buai anak. yang nak buai anak tu, buai lah anak, bukan ada salah mana mana pilihan pun.

4/ anak lambat bercakap

lil' Amin memang ada masalah lambat bercakap. kalau ikut usia 1 tahun 6 bulan, lil' Amin masih belum begitu pandai bercakap berbanding lil' Iman pada usia yang sama. sampaikan doktor kat klinik kesihatan keluarkan surat untuk mrs pip dan lil' Amin buat temujanji untuk attend speech/language therapy. 

tapi, mrs pip tak risau mana pun coz kalau lihat perkembangan lil' Amin waktu tu, dia boleh bercakap satu dua perkataan, pada pendapat mrs pip la kan, lil' Amin sedang building his vocab, so kena sabar dan tunggu dulu. kalau sampai usia 2 tahun or 2 tahun 6 bulan masih belum boleh bercakap, baru mrs pip akan fikir untuk attend sebarang speech therapy or whatsoever ....

ada juga suara suara tak sedap utk didengar bila lil' Amin lambat bercakap. tapi as usual la, mrs pip pekakkan telinga sajalah. three months later, lil' Amin dah mula nampak kemahiran bertutur. lil' Amin mula tunjukkan kemahiran bertutur ikut lil' Iman. apa yang lil' Iman cakap, lil' Amin akan cakap balik ... and thanks to our friend yang nasihatkan mrs pip jangan guna baby talk, so budak2 berdua ni bercakap lurus, kalau ada baby talk pun, tak ketara mana.

5/ anak tak pandai ABC dan 123 pada usia 3 tahun

zaman sekarang ni, kalau boleh anak tu lahir lahir saja, terus mau anak tu pandai ABC dan 123. kalau boleh biar pandai menulis dan mengira dan membaca! macam ni pun ada. hello, agak agak lah kan, bukan semua budak ni level kepandaian kecerdikan mereka sama. ada yang pandai ABC tapi tak pandai 123, ada yang tahu menyanyi tapi tak pandai sepak bola, ada yang tahu banyak nama makanan, tapi tak tahu nama haiwan, dan sebagainya ....

please, don't pressure your kids kalau pada usia 2 tahun 3 tahun mereka tak tahu ABC dan 123. relax aaaaa, bila mereka besar sikit, mereka pasti akan kenal ABC dan 123 juga. once mereka masuk playschool, mereka pasti akan belajar semua ilmu asas ni. samalah macam kita dulu dulu kan ... korang umur berapa pandai membaca? mrs pip time tadika tak reti membaca, masuk darjah 1 baru tahu membaca.

ABC board for kids to learn ABC and colors
ABC board for kids to learn ABC and colors

macam kes lil' Iman, hari hari mrs pip ajar dia ABC, 123 dan kenal warna sejak umur 2 tahun, tapi lil' Iman tak bagi perhatian semua tu. dia lagi suka kalau mrs pip ajar dia jenis jenis haiwan dan kenderaan yang tu dia suka. so, dah tahu anak ni ada preference apa yang dia nak belajar, so ikut sajalah. for sure nanti dia tahu juga ilmu asaa ABC dan 123 ni bila sampai masanya.

bila duduk dengan mommies lain kan, bila mrs pip kena tanya "eh, anak kau dah pandai ABC? 123? kenal warna?", so mrs pip jawab lah "anak saya ni apa pun belum tahu lagi" .... 

"eh, kau patut start ajar anak kau ABC tau, zaman sekarang ni, bila masuk tadika anak mesti sudah tahu ABC" 

"anak aku ni dah kenal 1 hingga 100 tau, ABC pun dia kenal" 

"eiii, lambat juga anak kau kenal ABC dan angka"

ya lah, anak aku tak pandai lagi, anak kau dah pandai tahap budak darjah 6, nak buat macam mana kan. anak aku still main plush toys, main jengga, main construction toys, main conteng conteng, main tanah, main pasir , nak buat macam mana, anak kau dah start pegang buku, tak pegang toys dah.

lil' Iman, cara dia belajar lain sikit. bila kita ajar dia memang tak akan bagi perhatian. dia cuma akan tengok sekali sahaja. lepas tu dia tak layan kalau dia tak suka. tapi sebagai mommy, mrs pip tak putus asa. hari hari ajar dia ABC, 123 dan warna. dan hari hari dia akan abaikan apa yang mrs pip ajar. so one day, lil' Iman datang dekat mrs pip sambil cakap 

"mommy, see mommy. ini A. ini B. ini warna red, ini pula warna blue"

lepas tu, lil' Iman boleh kira 123 hingga 20 in one go. terkejutlah juga, selama ni kita ajar dia buat tidak tahu, tapi sebenarnya otak dia tengah proses apa yang kita ajar. lepas tu mrs pip dapat agak sikit sikit lah, lil' Iman ni sebenarnya cara dia bagi perhatian ketika belajar tu lain sikit. dia tengok, dia nampak, tapi dia takkan cakap bila kita suruh dia ulang apa yang kita ajar. dia akan ulang bila dia rasa dia yakin.

construction work
lil' armies experiencing with nature digging the soil

yang baru jadi mommy tu, mrs pip ucapkan congrats, korang dah naik another level. so kalau cara korang nak jaga anak kena kecam, paling senang masuk sebelah telinga, keluar sebelah telinga. jangan layan sangat orang sekeliling yang buat kita rasa pressure dan stress.

dan yang dah jadi mommy lama tu, kena prihatin dengan orang sekeliling kita. pengalaman kita semua berbeza beza. takkan semua sama. so kalau nak share pengalaman tu, bukan salah, cuma perlu kena dengan caranya. jangan sampai orang lain terasa yang cara mereka kena kecam. be sensitive.

apapun, happy motherhood-ing to all mommies, dan happy parenting.

cheers.

Post a Comment

9 Comments

  1. bila baca post ni rasa nak nangis j sbb rasa benda yang sama, sebijik-sebijik sama, anak prolong jaundice sebulan lbh, start berjalan 1thn 3 bln, bercakap 1thn 10bln..ada j yg suka ckp mcm2 terasa kita, ank pun jenis xkn ikut klu kita ajar tgu la die sendiri yg baca ABC, sekarang sy banyak ajar tp xpaksa pun die nk ikut k x,sekarang nk msk usia 4 thn dah hafal beberapa surah yg masa kita beria ajar xikut pun.anak kita biar la ikut cara didikan kita. teguran boleh tp jgn sampai kecam..sekarang dh malas nk amik pusing dgn kecaman,sbb kita lbh tahu anak kita...luahan ibu yg masih lg belajar menjadi ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih bila org asyik nak kecam kita, as if apa yang kita decide utk anak kita tu salah ... mmg kena sabar byk2 ... perkembangan anak2 ni berbeza dari sorang anak ke sorang anak yg lain, kita yg jadi ibu ni saja yang tahu anak perkembangan anak kita ni mcm mana ...

      Delete
  2. banyak betul dugaan. seriously, why people sangat judgemental. totally salute pendirian mrs pip yang tak mudah goyah dengan pendapat orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 terbabas juga la menangis tak tahan kena kecam....

      Delete
  3. Mmg betul tu ramai makcik kakcik busy body keliling Kita. Bertabahlah je. Ibarat masuk tellinga kanan keluar telinga kiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mamapp, mmg kena banyak2 bertabah ...

      Delete
  4. Dugaan dan pengalaman.. Ada yang Sha lalui dan rasa.. Kemurunganlah sekejap masa anak pertama tapi lepas tu bila husband bawa balik duduk rumah sendiri barulah lega.. Berpantang sendiri lagi baik dan selamat.. Mulut manusia ini memang tak boleh nak tutup Mrs Pip.. Memang kena banyak-banyak bersabar.. Stay strong ye Mrs Pip..

    ReplyDelete
  5. Kes Mrs. Pip ini sangat common dalam masyarakat kita.. Kalau diikutkan kata orang itu ini boleh tertekan. Saya hanya dengar orang complaint tentang cara saya besarkan anak.. Tapi saya ikut cara saya kerana saya yang menanggung semua bukan mereka..

    Stay strong Mrs. Pip.. Kita tahu apa kita buat.. By the way, Happy belated birthday to 'lil Amin 💕..

    ReplyDelete
  6. mulut org ni boleh buat kita stress,.. smoga akak terus besabar dan kuat.. Amin.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.