Beli barang di Hermo, Zalora dan KarangkrafMall sempena MYCYBERSALE

hi there, teruja hari ni bila barang barang dari kempen #MYCYBERSALE baru sampai hinggap di rumah. erk! hari tu waktu kempen #MYCYBERSALE, korang shopping apa? mrs pip beli barang di Hermo, Zalora dan KarangkrafMall sempena #MYCYBERSALE, ni pun berusaha menahan diri dari beli banyak benda, memang kempen #MYCYBERSALE tu sangat menggoda kan, banyak sale sana sini .... Beli barang di Hermo, Zalora dan KarangkrafMall sempena #MYCYBERSALE ni pun sebenarnya secara tak tersengaja terlanding di website tu ... eh boleh pula macam tu, hehe.

HERMO

siapa suka beli barang kecantikan muka mesti kenal laman web HERMO ni kan. time kempen #MYCYBERSALE tu, juling mata tengok barang barang kecantikan dalam HERMO ni, lepas tu harga pula very very affordable ... diskaun kaw-kaw hari tu. first time singgah beli barang di HERMO, tau pasal HERMO ni pun melalui SHOPBACK. bila tengok ada promosi best time #MYCYBERSALE tu, terus grab 4 items, dan HERMO baik hati bagi 2 free gifts ... yeah. nak tahu apa kat dalam box ni? tunggu next entry nanti mrs pip unboxing the hermo box ok

hermo boz
cost of damage RM76.55

ZALORA

ekceli, bukan ada niat sebenar pun nak beli barang kat ZALORA ni. time #MYCYBERSALE tu, mrs pip datang menyinggah kat ZALORA ni coz nak compare harga barang ... lepas dah check itu ini, terhinggaplah pergi tengok wallet. memang wallet mrs pip ni dah lama sangat, memang nak tukar baru, tapi ingatkan nantilah kalau singgah pergi Suria Mall Kota Kinabalu. tapi ntah bila nak menyinggah ni, mr.Husband busy pula, nak cari Day Off pun bukan senang .... bila dah klik klik klik kat ZALORA ni, nampak wallet UNISA sweet pink ni , alamak! terus tergoda ...

affordable zalora wallet
cost of damage RM78.00

dasar tamak haloba, konon nak beli satu kan, tapi apa kes beli dua wallet ... satu wallet ni harga cuma RM39.00. memang cukuplah beli satu, bukan pakai pun nanti kalau beli banyak. end up masuk storage box, lepas tu lupa barang ni pernah beli. eeeiiii, selalu terjadi kat mrs pip. beli barang, lepas tu masuk storage box, lepas tu tak ingat pernah beli ... lepas setahun dua buat spring cleaning, hah! ambik kau, banyak barang tak pernah guna kat dalam storage box. mr.Husband pun geleng kepala tengok tabiat buruk isteri dia ni. 

Zalora Unisa tri-fold wallet pink
Unisa tri-fold Wallet - Pink

kalau kat ZALORA ni, setiap pembelian bernilai RM75.00, akan dapat FREE SHIPPING tau ... eeeiiii siapa tak nak free shipping ni. kalau beli satu, RM39.00 kan, lepas tu kena bayar shipping RM15.00 (kalau tak silap), so total RM54.00 ... rasa sayang pula membazir kat shipping tu ... so, beli lah lagi another item, utk cukupkan RM75.00 tu ... tu yang terjebak beli sampai dua wallet. yang wallet brown tu pun dari UNISA juga ... yang tu zip wallet, yang pink tu tri-fold wallet. yang kaler brown tu dah selamat masuk storage box, muehehe. maybe nak bagi hadiah kat sesiapa la kot. ada yang berminat tak nak hadiah dari mrs pip?

Uniza Zip Wallet - Brown

mrs pip beli barang kat ZALORA ni pun thru SHOPBACK juga ... dapat balik sedikit CASHBACK. jimat juga beli thru SHOPBACK ni ... nanti mrs pip buat entry lain bab get CASHBACK from SHOPBACK ok .... so stay tune.

KARANGKRAF MALL

I is terjebak baca novel dah, dulu dah stop baca novel, sekarang ni start again baca novel. dulu baca novel Danielle Steel (my BFF baca novel DS, so I ikut jer lah baca whatever novel yang dia baca, tapi mrs pip tak layan semua novel DS ni, tak macam my BFF tu, hampir semua novel DS dia layan) .... ni pembelian novel yang ketiga untuk tahun ni, dan yang kedua dari KARANGKRAF MALL.

first time beli kat blogger Sha, dia memang kaki baca buku, koleksi buku dia semua best best .... beli 3 buku preloved, dia jual RM10.00 satu (KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN, YANG INDAH HANYA SEMENTARA & HALUSINASI). Kerana terpaksa aku relakan dan yang indah hanya sementara tu dah habis baca, sekarang ni tengah layan HALUSINASI, tak habis baca lagi.

lepas tu beli kat Karangkraf la, beli dua buah buku RM10.00 setiap satu (CINTA CAPE TOWN & SALJU CINTA ANNA) ... yang Cinta Cape Town tu dah habis baca. salju cinta anna tu still dalam plastik tak buka lagi.

taubat passport ke syurga sayang sekelip mata rindu awak 200% the bicycle buku murah dari karangkraf mall
cost of damage RM38.90
now, beli lagi kat Karangkraf utk kali kedua, mrs pip beli 4 buah buku. harga pun berpatutan. 

Taubat passport ke syurga RM1.00 sahaja (harga asal RM11.00)
Sayang sekelip mata RM10.00 (harga asal 23.00)
Rindu awak 200% RM10.00 (harga asal RM23.00) - drama hari tu tak sempat nak layan
The Bicycle RM5.00 (harga asal RM12.00)

+ postage RM + tax - discount , so total semua RM38.90 ....  banyak juga penjimatan beli time sale. banyak novel best best tapi semua dah sold out! mrs pip tengah cari few novel sekarang antaranya Suri Hati Mr. Pilot, Titian Cinta, Awak Suka Saya Tak ... kalau korang tau kat mana jual yang murah2, bagitau mrs pip ok ...

mrs pip beli ni guna duit yang mrs pip cashout dari Sushivid hari tu, cuma kena tambah sedikit guna duit sendiri ... total cost of damage tak sampai dua ratus ringgit. apapun, happy dapat grab item pada harga yang lebih murah daripada biasa .... time time ada sale memang berbaloi nak beli barang, lagi lagi kalau dapat barang yang kita memang nanti-nantikan ...

thanks for reading, happy spending everyone. and spend wisely ok.

cheers.

shopback

kalau korang pun nak shopping online tapi nak lebih penjimatan mcm mrs pip, boleh sign up kat SHOPBACK. klik banner kat atas untuk sign up ...

Post a Comment

8 Comments

  1. Wah, bestnya shopping! Wallet pink tu cantik :)

    ReplyDelete
  2. Seronok bila membeli time sale.. Dapat jimat banyak kan mrs pip.. Memang berbaloi-baloi..

    ReplyDelete
  3. cantiknya wallet! sha pun ada jugak shopping di hermo. taksabar nk tuggu mycybersale untuk next year hhahaahah

    ReplyDelete
  4. Amboi kemain shopping. Ain berkenan kat purse pink tu, sebab banyak compartment.

    ReplyDelete
  5. tak sempat nak grab mycybersale..huhu

    ReplyDelete
  6. meriah shopping kak Pip. Novel2x tu cam best. Hope dapat beli juga nanti. hihi. :D

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.