Ziarah Raya; cikgu cikgu kat playschool lil' Iman datang melawat ...

hi there, lagi sedikit cerita raya, cerita raya PROGRAM ZIARAH RAYA playschool lil' Iman. ... cerita raya yang terakhir la kot , no more raya entry lepas ni, kena tunggu cerita raya aidiladha yang bakal menyusul tak lama lagi. ni

untuk playschool lil' Iman, PAPN Membakut, ada satu program yang dinamakan ZIARAH RAYA. program ni bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara cikgu cikgu dan parents kat playschool tu. sepanjang 2 minggu dari 10 Julai sehingga 24 Julai hari tu, semua cikgu kat playschool lil' Iman akan mengadakan LAWATAN dari rumah ke rumah setiap anak anak murid yer *ianya WAJIB*...

bayangkan, ada 28 murid semuanya, so semua 28 rumah tu cikgu cikgu akan datang lawat satu satu ... lawatan pula dibuat selepas waktu bekerja, bermula jam 5.30 petang ... memang kagum dengan cikgu cikgu ni semua, seharian dah la mengajar dan mendidik anak kitorang, petang tu pula ziarah rumah anak murid , penat tetap penat, tapi wajah cikgu cikgu tu semua tetap maintain ceria T_T

Ziarah Raya
Ziarah Raya

setiap parents diminta untuk isi jadual, bila hari yang sesuai untuk cikgu datang melawat rumah ... mrs pip tak fikir lama, terus request cikgu datang untuk hari pertama T_T muehehe, tak sabar sabar nak jemput cikgu datang rumah ... bukan selalu pun.

untuk hari pertama tu, ada 4 buah rumah yang cikgu cikgu dtg melawat. rumah kitorang our little merphin house ni adalah rumah terakhir untuk hari pertama ...sekitar jam 7.30 pm cikgu sampai rumah bersama beberapa parents lain yang join sekaki dtg melawat #gengziarahrayabersamacikgu ...

rumah kitorang ni memang kecil cinonet jer lah, just muat muat saja untuk tetamu yang hadir malam tu ... semua pun ceria datang melawat rumah kitorang, siap ada yang request kalau boleh baring kat lantai coz dah kekenyangan makan ... muehehe  ...

thanks semua yang bersusah payah dtg melawat, dah lah malam, simpang masuk rumah kitorang gelap gelita, nasib baik tak sesat jalan ... syukur juga, cuaca elok malam tu, kalau hujan habislah korang semua berlumpur sampai kat rumah kitorang ...

Ziarah Raya
Ziarah Raya

selepas tu esok esok nya pula, cikgu melawat kat rumah lain lagi ... ni semua gambar gambar ni dikongsi oleh parents melalui group whatsapp ... ada parents yang memang tak melepaskan peluang untuk datang melawat ke semua rumah parents lain, memang sporting sangat parents mcm ni, penat lepas kerja pun still support jadi pengiring temankan cikgu cikgu melawat rumah yang lain seperti #teamparentshuzaimi #teamparentsbatrisyia # teamparentsrabiatul .... dalam semua gambar, memang ada family ni tau, I is kagum dgn mereka ...

Ziarah Raya
Ziarah Raya

bagus juga ada program ziarah raya mcm ni ... mcm kitorang kira still new kan, so bila ada program mcm ni, lebih mendekatkan kitorang mengenali cikgu cikgu dan juga parents yang lain .... ianya mengeratkan silaturrahim dan menambahkan kenalan sesama parents ... walaupun hari hari jumpa time hantar anak kat sekolah kan, bukan semua kita kenal .. once ada program mcm ni, barulah lebih mesra dan tak segan malu nak menyapa bila bertemu, bukan kat sekolah sahaja malah bila berjalan ke pekan, now dah berani nak bertegur sapa :) ...

untuk program ziarah raya ni, memang setiap parents siap jemput parents yang lain, kira lawat melawat sesama kita ... tapi mr.Husband terpaksa meminta maaf kepada semua parents yang menjemput kerana tak dapat nak ziarah raya kat rumah parents lain kerana kekangan kerja ... 

sekarang ni, mr.Husband berulang alik Membakut - Keningau atas urusan kerja ... memang sukar buat kami sekeluarga nak join ... mrs pip kalau nak join tanpa mr.Husband tu, memang sukar sangatlah, nak angkut dua askar kecil yang lincahnya boleh tahan memeningkan kepala T_T

anyway, thanks kepada semua yang sudi bersesak sesak datang ke rumah kecil kitorang, memang happy sangat T_T ... ni antara kenangan indah raya tahun ni ... tahun depan jemput datang lagi semua, tapi hope boleh buat di siang hari la yer ... senang korang nak mencari simpang masuk rumah kitorang nnt ...

cheers.

Post a Comment

7 Comments

  1. Wow...meriah nya...suka la tgk aktiviti sekolah ni...bagus =)

    ReplyDelete
  2. BAGUSNYA PROGRM ZIARAH RAYA MGERATKN SILATURAHIM KLUARGA MURID N GURU2 MRK

    ReplyDelete
  3. Seriously bagusnya ada program mcm ni.

    ReplyDelete
  4. Sangat bagus ada prog mcm ni. Dpt eratkan silaturrahim dan dpt kenal lebih dkt parents dan guru.

    ReplyDelete
  5. meriah sangat, bagus program ni sebab dapat kenal keluarga murid dengan lebih rapat. bagus betul cikgu2 dekat playschool lil iman ni..heee

    ReplyDelete
  6. Bagusnya amalan nie.. Ziarah menziarahi merapatkan lagi hubungan..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.