Tips menarik beli kasut secara online

hi there, alhamdulillah, semua barangan yang mrs pip beli di Lazada menggunakan voucher kemenangan sempena Lazada Ramadhan Blogger Contest tu, sudah selamat diterima semuanya. Ada 4 barangan semua yang mrs pip order pada 17/7/2017. semua barangan tak sampai serentak.

Tips menarik kalau nak beli kasut secara online
Tips menarik kalau nak beli kasut secara online 

Item 1 / Logitech B170 wireless mouse diterima 21/7/17 (RM29.90)
Item 2/ Education Board diterima pada 26/7/17 (RM35.90)
Item 3/ Zanzea floral long sleeve blouse diterima pada 26/7/17 (RM31.60)
Item 4/ PINSV women shoes diterima pada 31/7/17 (RM36.60)

semua barangan diterima dalam keadaam yang baik, semua item dibalut menggunakan plastik bubble-wrap kecuali blouse tu .... mouse tu untuk mr.Husband, yang bestnya mouse tu diberikan bateri percuma T_T ... happy mr.Husband dapat mouse daripada mrs pip, wireless pula tu ...

untuk education board ni, of course untuk our lil' armies. suka lah dorang main ABC dan 123 , lagi lagi it's a magnetic clip kan ... didatangkan siap dengan duster, whiteboard marker dan 4 colorful chalks ... tapi yang chalk tu mrs pip sembunyikan, kalau bagi kat anak-anak, habislah dinding rumah dikerjakan oleh budak berdua tu T_T ....

Zanzea floral blouse ni materialnya tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal, just nice and comfortable buat mrs pip. saiz pun just nice ... kalau saiz korang M, so beli M, kalau XL so beli XL ya ... dan ini blouse Zanzea ketiga yang mrs pip purchase di Lazada.

dan yang terakhir pula ialah slip-on shoes tu ... ada 6 warna pilihan ... ini pertama kali mrs pip beli kasut secara online. rambang mata pilih kasut di Lazada ... ada yang berkenan hari tu, keluaran Carlo Rino, tapi saiz lah pula tiada :( ... end up tersuka yang ni, nak selamat beli warna kulit, semua warna baju boleh matching.

tips untuk beli kasut secara online

(ni pun mrs pip google cara nak beli kasut online yer dan info dari orang ramai yg share tips beli kasut online) ...

  • a) pastikan korang tau saiz kasut korang, dan aware dengan label saiz EU , UK, AU/US ... biasanya kalau beli kasut let say Hush Puppies, mrs pip pakai saiz 7, yang saiz 7 ni ialah saiz AU/US,  bersamaan saiz EU 38 ... convert UK saiz ialah UK 5 (sila aware bab sukatan kasut)


Tips menarik kalau nak beli kasut secara online
Tips menarik kalau nak beli kasut secara online 
saiz sukatan kasut wanita

  • b) kalau korang beli kasut yang established brand secara online seperti Carlo Rino, Vinci, Hush Puppies, etc biasanya saiz yang korang biasa pakai yang korang beli di butik kasut, sama saja dengan saiz yang dijual secara online ... no plus minus saiz kasut ... pendek kata, tak perlu risau takut bila beli online nanti kasut tu maybe kecil sedikit dari beli di butik kasut ... biasanya, no such things ya, so boleh beli secara online dengan senang hati


  • c) kalau untuk kasut yang 'generic brand' atau jenamanya tidak diketahui, such as kasut yang mrs pip beli kat atas tu, dinasihati agar pilih satu saiz lebih besar daripada yang biasa dipakai ... let say all these while pakai saiz 38, so nak beli kasut online, kena pilih saiz 39 ... bukan apa, biasanya generic brand ni mungkin saiznya kecil sedikit berbanding kasut yang established brand tu ...  


kot kot beli saiz 38, nanti sempit la pula, rugi kan tak boleh pakai ... kalau beli saiz 39 pula, in case lah kasut tu besar sedikit dari kaki korang, still boleh pakai walaupun agak longgar ... nak selesakan kaki pakai kasut sedikit longgar, korang boleh beli 'shoes pad' yang dilekatkan dibahagian sekitar belakang tumit dalam kasut tu ... biasanya ada jual kat kedai kasut such as Bata  ...

mcm kes mrs pip, kasut kat atas yg mrs pip beli tu bersaiz 39, memang beli 1 saiz lebih besar dari saiz yg biasa pakai ... dan for info, so far kasut yang mrs pip tu selesa dipakai ... tapi maybe nnt mrs pip nak beli 'sanitized insole' untuk mudahkan mrs pip nak bersihkan dalaman kasut tu nanti ...

nak tahu apa tu sanitize insole, boleh check entry mrs pip yang terdahulu ... boleh sanitized insole ...

thanks reading everyone, xoxo

cheers.

Post a Comment

13 Comments

  1. wah....meriahnya boleh beli macam-macam kan....

    ReplyDelete
  2. seronok bila dapat voucher lazada kan...

    ReplyDelete
  3. Bestnya dpt beli mcm2. Alhamdulillah rezeki utk Mrs Pip sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. bestnya dpt shopping on9 dkt lazada, rezeki husbnd n anak2 kak pip hihi

    ReplyDelete
  5. Menarik tips beli kasut online ni. Biasanya tak berani beli kasut online sebab takut salah saiz. Thanks sharing Mrs Pip

    ReplyDelete
  6. wah berani kakak beli kasut online...tu antara aku paling takut..hehehe.
    sama dgn beli baju...tu psl voucher zalora selalu aku beli beg jak.hehehe

    ReplyDelete
  7. Tahniah mrs pip. Kinah pun dah selamat guna baucer tu. Terima kasih share tips beli kasut online. Takut juga sebenarnya nak beli. Takut tersilap pilih, mau menangis kat bucu katil huhu.

    ReplyDelete
  8. tak berani mia nak beli kasut online...

    psttt.. mia ada tag http://www.mialiana.com/2017/08/segmen-bloglist-sept-okt-by.html

    ReplyDelete
  9. wah.. tahniah sis.. saya pun gila shopping kat lazada ni.

    ReplyDelete
  10. wau wau.. best & menarik sangat tips ni sbb saya sendiri agak jarang beli kasut online.

    ReplyDelete
  11. Sha memang fail beli kasut online.. Tak pandai nak convert atau ukur.. Sebab kaki sha tak sama saiz..

    ReplyDelete
  12. Wow, thanks info !
    Ok, nanti nak try jugak, guna voucher, beli kasut muroh2, ehhehe

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.