Berjaya Potty Training Anak Sepenuhnya - Tiada Lagi Diapers di Malam Hari - MrsPip || The Reviewer

Berjaya Potty Training Anak Sepenuhnya - Tiada Lagi Diapers di Malam Hari

hi there, alhamdulillah misi untuk potty training anak sepenuhnya, tiada lagi penggunaan diapers di malam hari akhirnya berjaya. Kalau sebelum ini, mrs pip ada ceritakan di entry dulu tentang berjaya potty training anak dalam 7 hari, kali ini kita cerita pula misi terlaksana anak-anak berjaya guna tandas siang dan malam tanpa kencing di lantai.

Berjaya Potty Training Anak Sepenuhnya - Tiada Lagi Diapers di Malam Hari

misi mrs pip berjaya. misi ini sudah agak lama dijalankan, tapi berperingkat-peringkat. misi terawal ialah ‘potty training’ utk Iman dan Amin kemudian diikuti dengan tidak memakaikan anak-anak diapers pada siang hari. 

untuk ‘potty training’ kan Iman, memang perlukan kesabaran yang tinggi. Dua kali percubaan, namun gagal. 

Akhirnya berjaya pada percubaan ke-tiga. Syukur sangat. Pada mulanya, mrs pip masih pakaikan anak-anak ni diapers ketika waktu tidur tengahari, tapi selepas seminggu dua mcm tu lah, anak anak sudah sangat berdikari utk tidak perlukan diapers di siang hari.

Berjaya Potty Training Anak Sepenuhnya - Tiada Lagi Diapers di Malam Hari


Ini adala Fasa kedua atau pun misi kedua pula di mana anak-anak WAJIB tidur tanpa diapers di malam hari

Misi ni bermula bulan lepas. biasanya selepas makan malam, mrs pip akan bersihkan anak-anak, lap semua muka, tangan dan kaki dengan kain basah, kemudian tukarkan anak-anak dengan pakaian tidur.

Sewaktu tukarkan anak-anak dgn pakaian tidur tu, mrs pip akan pakaikan diapers. Tetapi sejak bulan lepas, mrs pip just pakaikan anak-anak dengan pakaian tidur tanpa diapers. 

oh I tell you, seperti biasa, whenever mrs pip buat sesuatu di luar kebiasaan anak-anak, maka Iman akan bertanya banyak sangat soalan, dan sebagai mommy ni kan, HARUS bijak menjawab soalan.

budak yang perasan 'DEWASA'


lil’ Iman: “mommy, kenapa Iman tidak pakai pampers?”

mommy: “ooo….kenapa Iman mau pakai pampers? Iman kan boleh cicis* sendiri di tandas”

lil’ Iman: “mommyyyyy, mesti mau pakai pampers bah, nanti Iman kencing di tilam, macam mana?”


mommy: “Iman, seeeee Iman, you are big now. tinguk, Iman tinggi sudah just like Daddy” … sambil letak tangan atas kepala lil’ Iman ukur la kunun ketinggian dia …

lil’ Iman: “iya? Iman big sudah ka mommy? macam Daddy kah?”

mommy: angguk angguk …” see Iman, kalau orang yang sudah BIG, dorang tidak tidur pakai 
pampers. mommy tiada pampers, daddy tiada pun tiada pampers. Iman big sudahkan, jadi Iman pun tiada pampers” …..

Jadi malam tu, Iman berjaya dipujuk untuk tidak memakai diapers. then, giliran Amin pula untuk dipujuk. One good thing tentang Amin ni, dia just ikut apa yang Iman buat. Easy peasy apple pie sangat untuk pujuk Amin.

Berjaya Potty Training Anak Sepenuhnya - Tiada Lagi Diapers di Malam Hari
budak yang selalu anggan his abang his HERO


mommy: “Amin mau tidur pakai pampers? seeeeee, abang big sudah, jadi abang tidur tidak pakai pampers”

lil’ Amin: “iya? Amin pun tidaklah pakai pampers. macam abang juga kan. Amin pun big lah sudah”

itulah permulaan lil’ armies tidur malam tidak menggunakan diapers ….

….. dan lil’ Iman yang ‘perasan sudah BIG’, hari-hari lah dia recite “mommy, Iman big sudah, Iman big sudah macam Daddy” …. mommy sabar ja layan cakap lil’ Iman.



perkara utama yang SANGAT dirisaukan bila anak2 belajar tidur tanpa diapers, mestilah “BAGAIMANA KALAU ANAK-ANAK TERKENCING PULA DI SELUAR?”


mrs pip apply 2 cara/tips ni  untuk elak anak-anak dari terkencing di tengah malam:-

  • setiap kali anak-anak masuk tidur, mrs pip akan bawa anak-anak ke tandas untuk buang air kecil
  • selepas anak-anak sudah buang air kecil dan sedia untuk tidur, mrs pip akan pesan anak-anak 
" kalau Iman atau Amin mau kencing nanti malam, mesti panggil mommy atau daddy. Nanti mommy atau daddy bawa Iman atau Amin kencing di tandas guna potty-potty ok"

yang ni memang mrs pip cakap berulang-ulang kali sebelum mrs pip tinggalkan our lil’ armies tidur sendirian.

untuk beberapa malam pertama, setiap 3 hingga 4 jam, mrs pip akan bangun dan periksa kalau-kalau anak-anak terkencing di seluar atau tidak. mrs pip akan usap ubun-ubun anak-anak sambil bertanya lembut “Iman want cicis? / Amin want cicis?” ….

ada one nite tu Amin terbangun time mrs pip tanya, then dia cakap “mommy, Amin want cicis” … cepat-cepat mrs pip angkat Amin terus masuk tandas, and seriously dia buang air kecil dengan banyaknya …. lepas tu terus tidur nyenyak hingga ke pagi …..

lain pula kes Iman …. kalau dia mau buang air kecil di tengah malam kan, dia bangun dan nangis-nangis … buat mrs pip terkejut pula, ingatkan kenapalah lil’ Iman ni nangis-nangis kan … “why Iman cry?” …. then lil’ Iman jawab “mommy, Iman want cicis* bah” …. 

mrs pip pimpin tangan lil’ Iman sampai depan pintu tandas, urusan buang air kecil dan membasuh, Iman buat sendiri. 

  • it’s been more than a month now sejak latihan ‘BEBAS DIAPERS’ di buat …. dan pada awal awal minggu latihan, Iman ‘terbabas’ dua kali di tempat tidur, dan Amin pula ‘terbabas’ tiga kali …. sekarang ni, alhamdulillah so far so good, no more ‘terbabas’ …
  • dan satu hal lagi, yang paling terkini, latihan ‘BEBAS DIAPERS’ ni bukan sahaja berjaya anak-anak tidak memakai diapers pada waktu siang dan malam, tapi juga ketika berjalan jauh. 

baru-baru ni, mrs pip dan mr.Husband bersama anak anak one day road trip dari Membakut ke Tambunan thru KK T_T.

Time road trip tu, Iman memang mrs pip tak pakaikan diapers, tapi Amin untuk perjalanan jauh mrs pip still pakaikan diapers, and guess what, Amin refused untuk buang air kecil di diapers! 

Sepanjang perjalanan, boleh tahan juga kami menyinggah beberapa kali di petrol station untuk anak-anak buang air kecil.

Maka, jimatlah duit daddy ni tidak lagi perlu membeli diapers …. satu hal yang mrs pip perasan, lagi awal didik anak anak tidak pakai diapers, lagi cepat anak anak belajar untuk mengawal membuang air kecil, so tidaklah anak-anak cepat ‘terbabas’. dan anak-anak mudah faham konsep buang air kecil/besar ni HARUSLAH dibuat di tandas T_T …

kepada mommy yang ingin mencuba bebaskan anak-anak sepenuhnya daripada menggunakan diapers bolehlah cuba cara yang mrs pip kongsikan dalam entry ni.

dan satu hal lagi, jangan expect anak-anak ni akan faham dengan cepat, sebabnya berbeza dari satu anak ke satu anak yang lain, selain tu jangan mudah putus asa.

cheers.

2 comments:

  1. Perkongsian yang bagus Mrs Pip..
    Bolehlah dijadikan panduan pada mereka yang punya anak berdiapers lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Sha ... hopefully entry ni sedikit sebanyak dpt membantu parents lain yg ingin melatih anak2 bebas diapers :) ...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.