hi there,
once, father-in-law (FIL) ada banyak kerbau, tapi dalam banyak-banyak kerbau
tu, cuma dua ni saja yang jinak. kerbau-kerbau yang lain semua FIL jual few
months ago. FIL cakap dia sudah tua, tidak larat lagi mau jaga semua kerbau
kerbau tu…
kalau hilang kena cari, lepas tu ada yang siap menyinggah pergi kebun
orang dan rosakkan tanaman. ada sekali tu habis tercabut pagar jiran gara gara
kerbau FIL, kenalah ganti pagar jiran tu oleh FIL.
yang dua ni, seekor tu mak, dan yang kecil tu anaknya. MIL bagitau FIL
janganlah dijual kerbau jinak tu, biarkan saja berkeliaran keliling rumah.
lagipun pagar keliling tanah MIL sudah dibaiki, tiada lubang utk kerbau berdua
ni keluar menghilang.
kebetulan kerbau ni ditambat di tanah kosong sebelah rumah oleh MIL (tanah kosong tu MIL punya) so apalagi mr.Husband
seronoklah sayang-sayang kerbau ni, mmg jinaklah kerbau ni, relax ja kena
belai oleh si mr.Husband.
ternampak mr.Husband sedang usap usap kerbau ni, mrs
pip terus snap few photos. eh eh, mana aci ni! mrs pip pun mau la juga *tapi takut*...
korang ada tak pengalaman tentang kerbau? meh kongsi sikit dgn mrs pip.
cheers.
0 Comments
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.