Goyang Inul



tugas surirumah ni sungguh la banyak job scope nya kan ... lagi lagi kalau dah ada anak pinak ni ... semakin besar dan lebarlah job scopenya ... kekadang tu, macam tak sempat sempat nak berehat, lepas satu tugas, satu tugas kena siapkan ...

hari tu kawan mrs pip cakap "eh, senanglah kau jadi surirumah, lepak rumah duduk duduk goyang kaki" ... tu mulut tiada insurance la tu atau dia tak faham tugas surirumah, walhal dia pun isteri orang, cuma bezanya dia berkerjaya ... eh, kejap ... surirumah ni bukan satu kerjaya ka?

mrs pip cakap la dekat si kawan tu "you better take one year off and try become full time housewife, tengok kau boleh duduk duduk goyang inul ke tak" .... muehehehehe .....

rasanya, tak perlu lah mrs pip bagi job scope surirumah kat sini, nnt yang bakal jadi surirumah tu boleh fobia baca job scope mrs pip ... then yang dah bertahun tahun jadi surirumah kang menyampah pula dengan mrs pip ...ngee ...:) ....

sesiapa pun yang jadi surirumah berhemah, pasti tahu susah senang menjadi surirumah kan, lagi lagi yang ramai anak then tiada pembantu rumah or kena jaga anak sorang sorang while husband kluar bekerja T_T

ni mrs pip baru beranak dua, tu pun rasa macam alahai, tak cukup tangan tau, ntah la kalau yang ada tiga empat lima or yang beranak kembar tu, tak boleh dibayangkan kesibukan mereka mengurus hal rumahtangga :) ....

mrs pip pun try the best la juga jadi stay at home mom ni. bab menjaga anak tu dah pasti menjadi keutamaan, then bab mengemas rumah tu pun harus rumah dikemas rapi kang mr.Husband balik penat bekerja tengok rumah tunggang langgang, fuh! mau pening kepala dia nanti ... bab memasak, ni mrs pip memang tak la pandai memasak mana pun, kita masak yang simple simple sahaja, asal anak anak kenyang makan dan suami tak merungut, very alhamdulillah ... kalau nak makan yang sedap2, once in a while, kita makan di luar tukar selera T_T

jadi housewife ni, fizikal mental kena kuat, kena banyak lah sangat bersabar ... bukan tu sahaja, kena pandai bahagikan masa .... dan satu lagi, biasalah kita kan perempuan suka pot pet pot pet, yang bab ni kena kurangkan ... tak perlu pot pet pot pet mengeluh bagai ...

eh eh, apasal dengan mrs pip buat entry mcm ni? ahaks! ... sekadar suka suka berkongsi cerita ...

cheers semua ... xoxo.

Post a Comment

0 Comments