Resepi sup tofu bersama sayur bawang ala korean style yang DAEBAK ...

hi there, resepi sup tofu bersama sayur bawang ala korean style yang DAEBAK ... ni tofu sup kegemaran mrs pip .... last week MIL bagi 4 biji tofu, so as usual mrs pip masaklah tofu ala ala korean style kan ... memang simple and awesome tofu sup ni ... 

plus, mrs pip ni bukanlah pandai memasak, so kalau masak yang simple simple not complicated itewww, bolehlah mrs pip buat ... ngee ... *sambil jeling jeling mr.Husband, kot kot dia mau tolong mrs pip masak, peace :)*

simple jer buat Resepi sup tofu bersama sayur bawang ala korean style yang DAEBAK .... siapa yang berminat, bolehlah cuba kan ...




bahan-bahannya:

4 biji tofu dibagi empat bahagian setiap satu tofu (kalau korang rasa banyak sangat, boleh simpan lebihan tofu tu dalam peti sejuk, nnt mau masak maggi mee kari ka, boleh lah add on kan, yummy!)

2-3 batang sayur bawang dipotong potong

2-3 ulas bawang putih dipotong halus

2 -3 besar sudu sos tiram maggi

2 cawan air atau yang secukupnya mengikut keperluan korang :)

1 sudu besar tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air


cara membuatnya serius sangat mudah ....

  • panaskan dua sudu besar minyak masak diatas kuali  

  • masukkan bawang putih, goreng hingga keperangan atau sedikit hangus

  • masukkan air dan biarkan mendidih

  • setelah air mendidih, masukkan sos tiram dan kacau sebati, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung tadi

  • biarkan air mendidih seketika sehingga rasa sos tiram tadi masuk bersama air dan bancuhan sedikit glazing setelah tepung jagung dimasukkan ... sekiranya sup kurang masin, boleh tambah sos tiram atau garam yer ...

  • kemudian masukkan tofu dan sdayur bawang, tutup periuk dan biarkan sup masak untuk seketika ....

siap! selamat menjamu selera!

yeah, resepi sup tofu bersama sayur bawang ala korean style yang DAEBAK dari dapur mrs pip.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

2 Comments

  1. Sup yang menarik.. memang ala-ala Korea nie.. kalau ada kimchi lagi ohsem.. hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya kalau makan time hujan...makan gitu je without nasi pun sedap.
    tp ammi jarang buat something with "tauhu" my 2nd son allergik dgn soya. Asal makan je mesti naik rashes dan muntah.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.