Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia mengikut garis panduan MIROS

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di Malaysia perlu mengikut standard / piawaian United Nation Regulation R44/04 dan R129. Malaysia mewajibkan penggunaan baby / kids car seat menjelang tahun depan, tahun 2020 di semua kenderaan persendirian yang membawa kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, dan ramai ibubapa yang sudahpun mengetahui tentang hal ini.

kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia mengikut garis panduan MIROS
kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia mengikut garis panduan MIROS

Tujuan utama penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan adalah untuk mengelak atau menyelamatkan anak-anak mengalami kecederaan yang serius atau membantu menghalang kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Langkah mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak adalah susulan statistik yang membimbangkan yang mencatatkan angka kematian sebanyak 1,559 kematian bagi kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 - 2017 menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penetapan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di Malaysia perlulah mengikut standard / piawaian yang ditetapkan oleh United Nation Regulation R44/04 dan R129. Dan pastikan anda membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang mendapat pengesahan lulus standard daripada Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).

Wakil MIROS, Pegawai Penyelidik Nurulhana Borhan mengatakan United Nation Regulation (UNR) menetapkan standard penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) untuk safety measure bagi kanak-kanak ialah mereka dengan ketinggian 135cm dan ke bawah 

Setiap CRS yang diluluskan oleh UNR akan ditampal dengan pelekat e-mark berwarna jingga, dan disertakan dengan informasi kategori produk tinggi / berat berserta nombor kelulusan (product category by weight or height and approval number)

kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia mengikut garis panduan MIROS
kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia mengikut garis panduan MIROS

dan ibubapa kena faham apa fungsi QR Code ni, jangan mudah terpedaya atau tertipu lagi lagi dengan seller yang hanya pentingkan keuntungan. Kalau ibubapa tiada idea nak cari info di mana, boleh check laman web MIROS, atau boleh follow facebook Louis Tan LittleWhiz untuk mendapatkan maklumat car seat ni.

fungsi QR dalam car seat
Fungsi QR dalam car seat

Produk CRS juga perlu memiliki label pelekat QR yang sah daripada MIROS. Dan ibubapa jangan tertipu atau terpedaya dengan produk CRS yang menggunkan pelekat palsu.

kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia mengikut garis panduan MIROS
kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia mengikut garis panduan MIROS

Gambar di atas merupakan garis panduan kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia yang dikeluarkan oleh MIROS.

kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia mengikut garis panduan MIROS
kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia mengikut garis panduan MIROS

MUAT TURUN Panduan lengkap kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) adalah kerusi yang direka khas berfungsi untuk melindungi kanak-kanak di dalam kenderaan semasa berlakunya pelanggaran.

Untuk bacaan lanjut, ibubapa boleh memuat turun panduan lengkap kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia
👉👉👉 http://ow.ly/VrwQ30pLvFY

Menurut info yang Mrs Pip terima, untuk kanak-kanak berusia seperti Iman dan Amin, masing-masing akan berusia 7 dan 6 tahun pada tahun depan, mereka perlu menggunakan BOOSTER SEAT sehingga kaki mencecah lantai kereta.

Dan kalau yang tak tahu rupa booster seat tu macam mana, boleh tengok pada contoh gambar yang mrs pip kongsikan kat bawah ni ⤵⤵⤵

kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia mengikut garis panduan MIROS
Booster seat

kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia mengikut garis panduan MIROS

Booster seat

dan satu lagi info yang menarik Mrs Pip baru tahu selain keperluan booster seat untuk kegunaan anak-anak, melalui laman web consumerreports.org , semua kanak-kanak perlu duduk di kerusi belakang kereta (rear seat) sehingga usia mereka mencecah 13 tahun (saranan The American Academy of Pediatrics).

Ok lepas ni anak-anak Mrs Pip semua kena duduk belakang elok-elok ok, ekeke.

Dan bagi ibubapa yang memerlukan lebih informasi mengenai CRS, bolehlah mengikuti support group di Facebook (perkongsian daripada ahli TAP).


Mrs Pip masih lagi mencari lebih banyak maklumat berkaitan booster seat sebelum membuat keputusan untuk membeli booster seat yg sesuai untuk Iman dan Amin. 

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di Malaysia perlu mengikut piawaian United Nation Regulation R44/04 dan R129. Jadi, pastikan anda membeli kerusi keselamatan anak-anak yang sah mengikut standard di kedai yang menjual produk barangan bayi dan kanak-kanak yang diyakini, sama ada secara online dan offline agar tidak tertipu dengan produk tidak sah kelulusan MIROS. 

Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberikan informasi kepada anda berkaitan CSR.

Happy Parenting.

cheers.

Sumber Informasi:

👉 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/620800/kerusi-keselamatan-kanak-kanak-diwajibkan-1-januari-2020/amp

👉 https://www.consumerreports.org/booster-seats/make-sure-booster-seat-fits-child-and-car/

👉 https://www.besafe.com/en/un-r-129-02-legislation/

👉 http://bernama.com/en/news.php?id=1782920


Post a Comment

13 Comments

  1. Assalamualaikum kak..
    sy tag giveaway ya
    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/10/comeback-giveaway-by-farah-farhana.html

    ReplyDelete
  2. pendekatan yang bagus untuk keselamatan anak-anak semasa dalam kenderaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga ada peraturan mcm ni, tapi habislah kereta kitorang penuh kerusi anak2 nnt.

      Delete
  3. bagos jgk ni.. tp tu la..
    kene latih ank sy duk blkg.. sbb dia xmau duk kat carseat.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 kak pip pun mana nak duduk carseat dah .. Dilemma.

      Delete
  4. harap pengumuman ini lebih memberi kesedaran kepada ibu bapa terutamanya. carilah jalan terbaik supaya anak-anak ketika lebih rasa selamat ketika pemanduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope mcm tu la, tp x semua parents mampu beli carseat dan dilemma juga kalau yg ramai anak dan kereta kecil.

      Delete
  5. kecoh juga isu carseat ni kan. apapun semuanya untuk kebaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, hope ada jalan penyelesaian terbaik untuk semua ibubapa mengenai isu carseat ni kan.kak pip pun pening ni.

      Delete
  6. Bagus juga di buat macam nie.. keselamatan anak-anak terjamin..
    Tak adalah anak duduk dekat riba pemandu..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.