Prego buddies, pasta yummy sedap untuk si kecik - MrsPip Dot Com

Tuesday, 1 October 2019

Prego buddies, pasta yummy sedap untuk si kecik

hi there, nami dah besar sikit ni, seronoklah nak bereksperimentasi dengan baby food ... dulu makan puri dan bubur lembut, sekarang nami sudah makan macam macam , lagi lagi nami memang suka makan, jadi senang lah mrs pip masak apa saja, nami tidak cerewet, nami makan saja , seperti prego buddies pasta yang yummy ni, tidak rugi mencuba bagi anak anak makan, memang berselera nami makan.

Apabila ternampak prego buddies di supermarket hari itu, mrs pip terus beli tiga bungkus , harga sebungkus RM2.30 kalau dengan berat 200gram (kalau tidak silap) ... cantiknya prego buddies yummy ini, berwarna-warni tau, dan ada tema tertentu seperti tema haiwan, tema angkasa lepas, dan tema hidupan laut (ni yang mrs pip beli, rasanya ada satu lagi tema lain, tapi tidak ingat pula) ...

menariknya, prego buddies yang yummy ini dibuat menggunakan tomato dan serbuk bayam tau, sesuai dengan mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian ...

Ini bukan sponsored post, artikel prego buddies yummy ditulis untuk berkongsi dengam moms yang lain yang sedang mencari makanan alternatif atau makanan tambahan untuk anak-anak mereka yang sebaya nami, manatau ada moms yang risau untuk memberikan kepada anak-anak mereka yang berusia setahun untuk makan pasta , nami dah cuba , so far tiada alahan atau masalah pencernaan.

Jadi, aku cadangkan kepada moms boleh lah mencuba prego buddies pasta ini yang kids friendly kerana teksturnya yang yummy, sedap manakala mempunyai aneka corak dan warna, pasti menarik perhatian kanak-kanak untuk memakannya ...

rasanya yang sedap, tidak kenyal sangat, membuatkan  anak-anak senang untuk makan ... pendek kata, prego buddies pasta ini semestinya yummy for kids!

Prego buddies pasta ni yummy for kids
Prego buddies pasta ni yummy for kids 

nak masak prego buddies pun senang, just rebus sekitar 5 minit dalam air mendidih, lepas tu tos kan ... kemudian suka hati moms nak letak apa ... macam mrs pip, campur dalam sup ayam, semangkuk penuh (baby bowl) habis Nami makan ... kita pun layan juga makan prego buddies ni tau , ekeke...

Prego buddies pasta ni yummy for kids
Prego buddies pasta ni yummy for kids 

dah bosan bosan makan dengan sup ayam, mrs pip tumis pula prego buddies dengan sedikit campuran sosej dan sos prego cheese & herbs ... sos prego ni ada beberapa pilihan, so suka hati moms nak sos yang mana satu, mcm mrs pip mmg suka keju, so beli sos prego cheese & herbs tin warna kuning ...

nak guna sos tu bukanlah susah mana, ada cara memasak disertakan di label tin tersebut , just follow saja instructions tu, sure menjadi masakan korang 👍

prego buddies yummy for kids
prego buddies yummy 

maybe akan datang nak try buat baked pasta untuk nami pula ...

selain tu, nami dah 13 months now, dah pandai makan ayam goreng (mrs pip potong kecik2 ikut baby bites size), nami suka makan buah , any fruits, tapi mrs pip selalu bagi dia makan dragon fruit, grapes, papaya ... banana dia tak sesuai, selalu sembelit ...

bread dan biscuits pun dia suka, tapi yamg plain saja, tak da butter spread atau jem di dalam ... 

semua bentuk jajan dilarang sama sekali untuk nami ... kalau drinks, just breastfeeding dan plain water saja , nothing else ...

korang bagi baby korang makan apa? jomlah share kat komen ...

cheers.

6 comments:

  1. memang sentiasa ada stok kat rumah sebab kalau dah terlambat or takde idea ammi buat pasta soup je for the kids. Pecahkan telur hmmmm sedap je dorang makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, masak simple2 mcm tu pun sedap.

      Delete
  2. Anak saya dua2 suka makan pasta, memang elok beli sebab cantik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, anak2 kak pip pun suka pasta ... Prego buddies ni lagi sedap , tak liat kan ..

      Delete
  3. ank sy dlu ms umo setahun memilih sgt mkn..
    pasta pon pyh nk mkn.. haha..
    skrg ni nk masuk 2tahun mcm2 dh mkn..
    nt blh try pasta ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope anak awak pun suka pasta preggo buddies ni ... Sedapp.

      Delete