AFY haniff wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Kubang Kerian - MrsPip Dot Com

Wednesday, 16 October 2019

AFY haniff wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Kubang Kerian

Risau rumah diserang serangga dan mencari cara untuk menghalau serangga? Kini, surirumah seperti mrs pip sudah boleh mengukir senyuman kerana detergan penghalau serangga keluaran AFY haniff yang diformulasikan dengan intipati serai mampu menakutkan serangga. Dan detergan AFY haniff merupakan detergen herba organik, bebas bahan kimia merbahaya.

Surirumah seperti mrs pip yang ada anak kecil ini memang mengambil langkah berjaga-jaga dalam penggunaan sebarang detergen kerana risaulah nanti anak terkena detergen yang mengandungi bahan kimia , dan boleh menyebabkan masalah kerengsaan kulit contohnya. Tapi, dengan AFY haniff ini, tak perlulah panik, kerana produknya yang organik.

Untuk pengetahuan anda Afy Haniff Group (M) Sdn Bhd diasaskan pada tahun 2006 di Malaysia, dan sehingga kini jenama AFY haniff telah berjaya berada di lebih dari 2,000 pasar raya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand.

Produk keluaran AFY haniff
Produk keluaran AFY haniff 

Antara produk keluaran AFY haniff ialah 

πŸ“Œ1. Pewangi Fabrik D'MENC AFY haniff
πŸ“Œ2. Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff
πŸ“Œ 3. Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff
πŸ“Œ4. Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWiPEL AFY haniff AFY haniff serai wangi concentrated liquid
πŸ“Œ dan banyak produk lain lagi.

AFY haniff baru-baru ini telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan mengadakan gotong royong untuk mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian. Aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald ini merupakan hasil kerjasama yang pertama di antara AFY haniff dan team McDonald's da dibantu bersama pihak Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama-sama menjayakan event gotong royong mewangikan Rumah Ronald McDonald.

bite media consultants
Pihak AFY haniff bersama pihak Bite Media Consultants membeli barang keperluan untuk Rumah Ronald McDonald


Agenda utama AFY haniff melaksanakan aktiviti / program mewangikan Rumah Ronald McDonald adalah sebagai tanda simpati kepada para pesakit bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian, dan waris pesakit yang menggunakan Rumah Ronald McDonald dan diharap dengan kehadiran AFY haniff sedikit sebanyak dapat meringankan beban adik-adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang berada di HUSM Kubang Kerian untuk tujuan rawatan.

Aktiviti program mewangikan Rumah Ronald McDonald bersama AFY haniff berlangsung pada 24 September 2019, dan di bawah ialah senarai aktiviti sepanjang program berlangsung :

bite media consultants
Gambar di atas menunjukkan aktiviti membersihkn rumah Ronald McDonald


πŸ“9.00 pagi - Berkumpul untuk sesi perkenalan dan taklimat ringkas

πŸ“9.30 pagi - Melawat Rumah Ronald McDonald

πŸ“10.30 pagi - Membeli barangan keperluan untuk kegunaan penghuni Rumah Ronald McDonald (antara barangan yang dibeli adalah seperti barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah.)

πŸ“12.30 tengah hari - Masak beramai-ramai untuk makan bersama

πŸ“2.00 petang- Aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald sepenuhnya dengan menggunakan produk AFY haniff 

πŸ‘‰ Menyapu sampah, mengemop lantai dengan menggunakan pencuci lantai AFY haniff, 

πŸ‘‰ Menyembur pewangi untuk fabrik seperti langsir dan sebagainya dengan menggunakan pewangi fabrik AFY haniff, 

πŸ‘‰ Mencuci pinggan dengan menggunakan pencuci pinggan AFY haniff

πŸ‘‰Pemberian sumbangan dalam bentuk barangan jenama Afy Haniff kepada para penghuni yang ada di sana.

Sumbangan kilat pihak AFY haniff kepada keluarga pesakit

Selain mewangikan Rumah Ronald McDonald , pihak AFY haniff juga memberikan sumbangan kilat berbentuk kewangan kepada salah seorang waris pesakit pediatrik HUSM Kubang Kerian pada hari program berlangsung.

Dengan pemberian wang yang tidak seberapa, dan diberikan secara mengejut (on the spot) ini diharap dapat membantu keluarga seorang pakcik yang mana anaknya dilanggar kereta, dan baru saja berusia 5 tahun.

Kecederaan yang dialami oleh anak kecil tersebut agak serius. Semoga sedikit sebanyak bantuan kewangan daripada pihak AFY haniff mengurangkan rasa sedih ke atas keluarga tersebut. Dan marilah kita sama-sama mendoakan kesembuhan adik tersebut dan mendoakan kebaikan untuk pihak AFY haniff.

Diharap lebih banyak syarikat-syarikat yang sudi menjayakan program sebegini pada masa akan datang, dan bukan sahaja penaja luar seperti AFY haniff yang mengambil inisiatif untuk mewangikan dan membersihkan Rumah Ronald McDonald, tetapi mereka yang menggunakan Rumah Ronald McDonald (pesakit dan keluarga) juga perlu menjaga kebersihan tempat tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AFY haniff, and boleh melayari laman web, akaun facebook dan Instagram rasmi AFY haniff seperti di bawah.

Laman Web : 




#AFYHaniffCares 
#AFYGiveBack
#bitemediaconsultants
#bitewithyou
#mcdonaldcharityhouse
#HUSM
#swipel
#plash
#40days
#kelantan

5 comments:

  1. Tahniah buat team AFY haniff. Satu program yg patut dijadikan contoh buat pihak di luar sana.

    ReplyDelete
  2. Banyak kan produk AFY haniff ni...terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serai wangi ni pernah guna dulu, berkesan juga halau semut2 liar masuk rumah ...

      Delete
  3. Bagusnya usaha pengusaha Afy Haniff ini..

    ReplyDelete