KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS! - Cerita Blog Mrs Pip

Wednesday, 1 May 2019

KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!

[ VIRAL ] KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!



( Kisah viral dari FB NIZAM pengasas jamumall oku ) APA PERASAAN KORANG SELEPAS MELIHAT PERKONGSIAN VIDEO NIZAM INI?



Luahan di fb beliau sangat terkesan….


Pada usia 30 tahun, dengan kecacatan pada tubuh badan yang dia miliki, dia mampu membina satu syarikat JAMUMALL SDN BHD , dan membina platform jualan yang dikenali sebagai JAMUMALL.COM ... kecacatan bukanlah penghalang untuk beliau jadikan alasan utk tidak berjaya ...

dia berjaya untuk memiliki kehidupan yang dia inginkan, boleh beli apa yang dia nak, mampu punya hidup yang mewah dan boleh travel ke serata pelusuk dunia seperti Dubai, Korea, Japan, Australia dan bagi dia perkara yang paling menggembirakan dia bila dia mampu menyediakan kediaman mewah dan menanggung kehidupan keluarga dia atas titik peluh dia sendiri, dan boleh bersedekah setiap hari ... wow, memang bukan calang calang orang dia ni kan ...


antara kata kata dia ...

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...


kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .


Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...


Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!


Ramai cuba memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..


Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..

Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!! 


Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

*****************
mrs pip layan habis video yang dikongsi oleh En. Khairul Nizam , memang tersentuh dengar luahan hati dia ... siapa sangka, seorang pemuda OKU, bangkit dan berjaya mengubah kehidupan dia kan ...

kata kata En. Khairul Nizam di bawah ni memang buat mrs pip rasa terinspirasi untuk tidak mudah berputus asa dan cepat mengalah ...

untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah

kita yang sihat tubuh badan, sempurna akal dan fizikal, jom jadikan En. Khairul Nizam sebagai salah seorang sumber inspirasi kita untuk berjaya , tidak mudah putus asa, cekal dan sentiasa berdaya saing ok ...

terima kasih En. Khairul Nizam kerana buat ramai yang kagum dan terinspirasi dengan kejayaan awak, dan semoga En. Khairul Nizam sentiasa sukses, sihat dan dipermudahkan segala urusan ...

P.S : entah kenapa, mata I masuk habuk pula lepas tengok klip video dia .. Sebak mrs pip rasa, kagum pun ya juga ..

Nak kenal dengan lebih dekat Khairul Nizam, Jom follow Khairul Nizam rapat rapat ... dia antara mereka yang sangat sangat memberikan inspirasi buat mrs pip ...





cheers.

18 comments:

  1. Semoga khairul nizam terus suksess dan menjdi inspirasi buat insan di luar sana..

    ReplyDelete
  2. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...

    ReplyDelete
  3. Sangat terharu membaca kisah ini. Kuatnya beliau mengharungi kehidupan dengan hanya 3jari yang berfungsi dan 1 akal.

    ReplyDelete
  4. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha..

    ReplyDelete
  5. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  6. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True, need to find way to shine, stop giving excuses not to success..

      Delete
  7. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    ReplyDelete
  8. Hanya dengan 3 jari beliau mampu berjaya....sangat kagum

    ReplyDelete
  9. saya penah jumpa nizam ni f4f 4 thn lps. ms tu dia mmg dah berjaya dgn bisnes minyak wangi dia. esoknya, keluar berita kt tv ada cerita psl dia tgbh buat pelancaran myk wangi...#salute

    ReplyDelete