Resipi Ringkas Baked Cheesy Pasta

Resepi Ringkas Baked Cheesy Pasta || siapa suka pasta kita geng! cumanya kalau pasta yang pedas pedas tu mrs pip kurang sikit nak makan. perut mrs pip ni kalau bab bab pedas susah nak tahan, nanti gastrik. sesekali berbuka puasa dengan menu yang sedikit lain daripada biasa ... jadi hari tu sempatlah mrs pip sediakan resepi ringkas baked cheesy pasta untuk berbuka puasa mr.Husband ... happy kitorang dapat makan pasta ... lil' Iman lah paling suka makan ni, siap tambah lagi extra , kalau nasi bukan dia nak pandang sangat! ...

bahan bahan nak siapkan menu ni pun mudah, cumanya hari tu mrs pip tak cukup cheese *ouch ouch*, tapi malas nak keluar beli cheese semata mata, so guna sajalah cheese yang ada walaupun tak cukup ... kalaulah cukup cheese ni, mesti lagi sedap ...

Resepi Ringkas Baked Cheesy Pasta
Resipi Ringkas Baked Cheesy Pasta

cara membuatnya easy peasy like ABC tau ... memang senang nak sediakan , bukan sekadar untuk berbuka puasa, tapi menu ni boleh juga korang hidang bila bila masa lagi lagi kalau korang ada tetamu yg datang mendadak , lepas tu tak sempat nak memasak , so hidang baked cheesy pasta pun boleh ....

Resepi Ringkas Baked Cheesy Pasta

Bahan-Bahan :-

400gm pasta jenis small shells (pilihan masing masing, boleh guna jenis macaroni, spiral, atau bow)
500ml susu segar
2 biji telur
3 sudu besar planta (sebaiknya guna unsalted butter, tapi mrs pip tiada stok dalam dapur)
6 batang sosej black pepper (boleh guna sosej biasa atau sosej berkeju kalau suka)
Garam secukupnya
Black peper secukupnya
10 - 12 keping cheedar cheese (boleh lebih kalau nak extra keju) 
>>> mrs pip cuma ada 6 keping keju saja time buat menu ni *sob sob keju tak cukup*
Aluminium foil

Resepi Ringkas Baked Cheesy Pasta
Resipi Ringkas Baked Cheesy Pasta

Cara Membuatnya:-

1. Didihkan air di dalam pot. Bila air sudah mendidik, masukkan pasta dan rebus pasta tersebut. Biasanya rebus antara 5 - 8 minit ... Kemudian , toskan pasta yang sudah siap direbus

2. Sos Pasta : Pecahkan dua biji telur di dalam mangkuk, tambah susu segar, planta dan pukul sehingga sebati ... malas nak pukul guna tangan, boleh masukkan dalam blender ... senang kerja T_T

3. Pasta yang sudah ditoskan airnya tadi, tambah garam dan black pepper secukupnya ...

4. Siapkan loyang dengan melapiskannya menggunakan aluminium foil

Resepi Ringkas Baked Cheesy Pasta
Resipi Ringkas Baked Cheesy Pasta

5. Lapisan pertama: masukkan separuh pasta ke dalam loyang, potong sosej kecil kecil atau mengikut potongan kesukaan korang dan letak di atas pasta ... 

6. tuang separuh sos pasta ke dalam loyang, dan letakkan 5 - 6 keping cheddar cheese serata di atas pasta  ... Ulang langkah 5 dan langkah 6 untuk lapisan kedua pula ....  

7. Bakar pasta di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius menggunakan api atas bawah selama 20 - 30 minit  mengikut kesesuaian oven korang  ...

8. Siap! sedia untuk dihidang ....

walaupun semasa mrs pip sediakan baked cheesy pasta ni ada bahan yg kurang, tapi licin satu loyang tu kitorang kerjakan ! nextime insya allah mrs pip akan buat lagi dengan bahan bahan yang lengkap sepenuhnya .... 

selamat mencuba Resipi Ringkas Baked Cheesy Pasta dan selamat menjamu selera ....

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

2 Comments

  1. Best.. Beat.. Sha bookmark.. Lepas puasa nanti nak cubalah.. Tq share mrs pip..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.