Resepi salad epal hijau sedap dan rangup sesuai sebagai kudap kudap ibu mengandung - Cerita Cinta Surirumah

Wednesday, 17 January 2018

Resepi salad epal hijau sedap dan rangup sesuai sebagai kudap kudap ibu mengandung

hi there, so hari ni mrs pip nak kongsi resepi simple iaitu resepi salad epal hijau sedap dan rangup sesuai sebagai kudap kudap ibu mengandung .... yang ni memang sesuai untuk mak mak yang tengah mengandung dan asyik rasa laparrrrrrr yang memanjang ... huh! jenuh kalau asyik nak makan makanan yang high carbo kan, tiap kali lapar cari nasi, so kita tukar daripada nasi, ke kudap kudap yang simple tapi tetap sedap dan mengenyangkan ... dan, bukan sekadar mengenyangkan, tapi sangat mudah disediakan ... tada! ni lah kudap kudap simple tu, resepi salad epal hijau sedap dan rangup sesuai sebagai kudap kudap ibu mengandung ...


macam mana nak sediakan ? ikut suka korang la ya .. kalau nak makan banyak, boleh sediakan dalam jumlah yang banyak, tapi yang resepi mrs pip sediakan ni untuk hidangan dalam mangkuk kecil, cukup sekali makan ...

satu biji epal hijau dipotong dadu (tak perlu kupas kulit, tapi pastikan cuci epal bersih bersih ya)
2 sudu besar sultanas / kismis
2 sudu besar honey peanuts (yang ni banyak jual kat pasaraya, di packing siap sedia. mrs pip guna jenama TONGS) ....
Mayones secukupnya ....

apa yang korang perlu buat, just gaul epal dan sultanas tu, kemudian masukkan mayones dan tabur honey peanuts tu ... memang sedap dimakan begitu saja, ada rasa rangup rangup ... korang boleh ubah suai resepi ni ikut selera masing masing. boleh juga kalau nak tambah hirisan kecil buah anggur ... ataupun nak letak sedikit nata de coco ... mana mana yang korang rasa sesuai di tekak korang la yer ...

ni bukan sekadar kudap kudap untuk ibu mengandung, sesiapa pun sesuai untuk makan kudap kudap ni, anak anak mrs pip pun suka ... lagi best kalau disejukkan seketika ... 

selamat mencuba ...

cheers. 

6 comments:

  1. ha'ah mrs pip..yg tak mengandung pun lapar tengok salad epal ni, tau..haha

    ReplyDelete
  2. yum yum... mmg sedap... akak suka...

    ReplyDelete
  3. freeze bila makan time sejuk, sedap ! =D

    ReplyDelete
  4. Kalau letak sos thousand island pon sodap tapi xjadi diet dah la hahhaha

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa kak.. busyra suka epal hijauu

    ReplyDelete