Resepi ringkas sardin roll - Cerita Cinta Surirumah

Wednesday, 25 October 2017

Resepi ringkas sardin roll

hi there,

selamat pagi semua. dah sarapan belum? kalau dah, korang sarapan apa pagi pagi ni? mrs pip sarapan bersarapan ringkas saja, tapi cukup mengenyangkan; sardin roll. siapa suka makan sardin? kalau suka makan sardin, bolehlah cuba resepi ringkas sardin roll mrs pip ni. tapi resepi ringkas sardin roll ni mrs pip buat ikut suka hati mrs pip tau, selera masing masing kan ...

Resepi ringkas sardin roll
selain dimakan ketika sarapan, sardin roll ni pun best juga dibawa sebagai bekal dalam bento box untuk ke tempat kerja, atau yang nak ber-road trip ... boleh kudap kudap dalam kereta T_T

Resepi ringkas sardin roll
bahan bahan pun tak guna banyak sangat ...

250 gram tepung,
1 tin sardin,
air sejuk
50 gram mentega,
1 biji bawang besar,
2 ulas bawang putih,
garam secukupnya,
sedikit air asam jawa
sedikit sos tiram

Resepi ringkas sardin roll
 cara membuat:-

1/mula mula kena sediakan doh dulu ... gaul tepung dan mentega bersama, kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh tadi tidak melekat di tangan, kira macam kalau buat bola bola tu, doh tu tak lekat kat tangan ...

2/ buat bola bola kecil. agak agak saiz yang tidak terlalu besar tidak terlalu kecil, boleh lipat selepas sardin dimasukkan nanti ... letak tepi sekejap.

3/ toskan air sardin dan hancurkan sardin di dalam mangkuk.

4/ cincang bawang putih dan bawang besar.

4/ panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau, masukkan sardin dan tambah sedikit air asam jawa (untuk hilangkan bau hanyir sardin), masukkan garam dan sos tiram secukupnya ... kalau yang suka sardin pedas, tambahlah hirisan cili padi atau sedikit cili boh ... dah siap, letak tepi.

5/ gelek bebola doh yang kecil tadi untuk dileperkan. kemudian letak satu sudu besar sardin yang ditumis tadi (jumlah sardin mengikut kesesuaian saiz doh) di atas doh yang sudah dileperkan.

6/ ikut kreativiti masing masing, lipat doh tadi kemas kemas sehingga sardin dibungkus sepenuhnya dengan elok.

Resepi ringkas sardin roll
7/ dah siap semua doh diisi sardin, bolehlah mula menggoreng ...

8/ dah siap goreng, bolehlah menjamu selera.

bon apetit!

macam mana? senang tak nak siapkan sardin roll ni? tu saja kongsi simple recipe yang tidak seberapa dari dapur mrs pip ... makan panas panas, memang best sambil layan drama kegemaran.

cheers.


klik banner untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dimsum

korang layan tak drama drama dari Thailand, China dan Korea? boleh try guna DIMSUM. Dimsum ni web hosting untuk dramas / movies / shows dari Asian, kalau tak silap sebulan kena bayar RM15. tapi sebelum nak membayar tu, boleh korang TRY dulu 30 DAYS FREE TRIAL, kalau suka baru korang subscribe. #justforsharing

17 comments:

  1. Wah..Sedapnya nmpk..Boleh try nih..Huhu

    ReplyDelete
  2. bawang besar yang di maksud ini yang mana mbak,..bawang merah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan bawang merah.... bawang besar yang kulit kaler brown tu ...
      kalau nak guna bawang merah, better guna bawang bombay ...

      Delete
  3. nampak senang nak buat kalau ikut resepi ni..boleh try nnt , thanks share :)

    ReplyDelete
  4. Simple tapi menyelerakan. Boleh lah ana cuba nanti :)

    ReplyDelete
  5. Mcm senang jugak. Tp kalau cikla pakai roti putih tu Hehe. Btw, good sharing. Nanti boleh try.

    ReplyDelete
  6. Rajin akak buat doh. Selalu ira buat sardin roll guna roti (canai nipis) je heheh nampak jugak la malasnya kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. sama dgn aida.
      tak buat doh pun.
      just gelek kan roti gardenia :)

      Delete
  7. Dapnya.. selalu makan popia sardin ja.. Mau try la ni

    ReplyDelete
  8. Morning... dah breakfast dah cuma bukan sardin roll aje hehehhe...
    Rajin Mrs. Pip kongsi resepi. Nampak mudah nanti nak try juga.
    Eh! seketika tak singgah sini banyak sungguh yang dah berubah.
    Good job Mrs. Pip ;-)

    ReplyDelete
  9. resepi mudah..boleh try ni, tambah idea baru utk bfast

    ReplyDelete
  10. Mrs pip.. Hantar kat sha sikit.. Hehehe..

    ReplyDelete