Bertemu dan berpisah itu lumrah kehidupan. 24Julai2026 playschool Anim buat aktiviti Hari Bersama Bomba, dan tarikh ni juga adalah tarikh akhir salah seorang guru iaitu TICER WEE di playschool Anim bertugas, dan akan berpindah ke Kota Samarahan, kampung halaman beliau dan akan mengajar di sana.
Nama playschool Anim ni PAPN, dan lebih dikenali sebagai Pusat Anak Permata. Tahukan sekolah ni? Ada banyak cawangan seluruh Malaysia, dan milik kerajaan.
So, basically ticer Wee tu akan berpindah ke PAPN Kota Samarahan. Nampak gayanya, kami kehilangan salah seorang pendidik yang berdedikasi dan sangat penyayang dengan anak didikan.
First time kenal ticer Wee tahun 2017, time tu ticer Wee bertugas di PAPN Beaufort. So time ni abang Iman KONVO PAPN, dan kebetulan PAPN Membakut + PAPN Beaufort buat KONVO bersama, jadi di situlah kita kenal ticer Wee.
Rasanya somewhere tahun 2021 ticer Wee dipindahkan ke PAPN Membakut. Waktu ni abang Nami pula masuk Permata waktu usia dia 3 tahun, dan ini ialah waktu post-Covid (so memang sangat kurang aktiviti beramai-ramai dijalankan akibat Covid-19). Flash back, waktu abang Nami tu, ada juga Hari Bersama Bomba and mereka buat dekat sekolah PAPN.
Memandangkan Mrs Pip tahu ini adalah last day ticer Wee di PAPN Membakut, jadi waktu aktiviti bomba tu, sempatlah Mrs Pip borak-borak dengan ticer dan minta ticer bergambar kenangan bersama Anim.
Di manapun ticer mendidik, kami akan selalu ingat dan rindu dengan telatah ticer Wee.
____________________
"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"






0 Comments
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.