Cara Mudah Bersedekah Ke Masjid Guna Aplikasi Sujood

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sekarang ni dah ada platform yang membolehkan korang bersedekah ke masjid atau surau di Malaysia iaitu Aplikasi Sujood. Alhamdulillah, nak bersedekah atau menderma ke masjid-masjid dan surau pun dah jadi semakin mudah nampaknya.

Dah tak perlu rasa risau duit sedekah tak sampai ke tabung masjid. Dengan aplikasi Sujood ni, korang boleh buat transfer secara online. Nak bersedekah banyak mana, semuanya terpulang kepada keikhlasan hati masing-masing, tepuk dada tanyalah hati - eh tak gitu?


Buat masa ini, ada sebanyak 129 pilihan senarai masjid dan surau yang berada dalam aplikasi Sujood (kecuali Labuan) untuk korang bersedekah. Dan dari masa ke semasa, pihak Sujood berusaha untuk menambah senarai masjid yang berada di seluruh Malaysia.


Cara Mudah Bersedekah Ke Masjid Guna Aplikasi Sujood


Kelebihan bersedekah atau menderma menggunakan aplikasi Sujood


Antara kelebihan bersedekah atau menderma menggunakan aplikasi Sujood ni ialah sudah tentu membantu sesiapa sahaja yang nak bersedekah tu boleh bersedekah pada bila-bila masa sahaja dan ianya dibuat secara online. Dah tak perlu susah-susah nak hantar bantuan duit secara fizikal ke masjid.

Korang pun boleh bersedekah atau menderma dengan konsisten dan berterusan. Yang selalu nak buat sedekah Subuh tapi tak tahu nak bersedekah ke mana, korang gunalah aplikasi Sujood ni untuk membuat sumbangan terus ke masjid atau surau ikut pilihan hati.

Semua transaksi akan dicatat dalam aplikasi Sujood, so ini akan mudakan korang untuk tengok senarai masjid atau surau yang korang dah bagi sumbangan. Dan yang PALING best, korang bolehlah menderma secara rahsia, tak perlu nak dicanangkan. Memadailah hanya Tuhan yang tahu derma korang, biarlah sedekah itu menjadi rahsia peribadi.



Sujood tidak mengenakan caj kepada masjid dan surau


Dan apabila korang bersedekah, berapa yang korang bagi tu begitulah yang masjid atau surau akan terima amaunnya, Sujood tidak mengenakan caj kepada masjid dan surau.


Pendek kata, aplikasi Sujood membolehkan korang menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja korang berada.



Sujood untuk ios dan android


Korang yang nak guna aplikasi Sujood ni, worry no Sujood boleh digunakan oleh pengguna ios dan android.

Boleh terus tekan link apps ini untuk install di android & iphone:


Android:

Iphone:


Cara Mudah Bersedekah Ke Masjid Guna Aplikasi Sujood


Antara manfaat bagi orang yang suka bersedekah


  • Malaikat mendoakan orang yang bersedekah

Abu Huraira (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,
“Setiap hari dua malaikat turun dari langit dan salah seorang dari mereka berkata, “Ya Allah! Gantikan (harta) setiap orang yang membelanjakan dalam jalan-Mu.” dan yang lain (malaikat) berkata, “Ya Allah! Hancurkan setiap yang menahan (hartanya) dari sedekah.”

(Bukhari & Muslim)

  • Sedekah membantu menambahkan rezeki

Asma '(RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,
“Bersedekahlah dan jangan berat memberikan agar Allah tidak memberi kamu dalam jumlah yang terhad; dan jangan menahan hartamu agar Allah tidak menahannya dari kamu. Bersedekahlah semampumu.”

(Bukhari & Muslim)

Hadis lain,

Abu Huraira (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Allah, Yang Maha Tinggi, berfirman, 'Belanjakanlah (pada kebaikan) wahai anak Adam, akan Aku belanja pula atasmu (ditambahkan).”

(Bukhari & Muslim)

  • Sedekah ketika hidup lebih baik berbanding sedekah selepas mati (wasiat)

Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,
“Seorang lelaki yang memberikan satu dirham sebagai sedekah selama hidupnya lebih baik daripada memberikan seratus dirham sebagai sedekah (wasiat) pada saat kematiannya.”

(Abu Daud)

  • Terselamat dari api neraka

Daripada Adi bin Hatim RA, Dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sepotong kurma”

  • Pahala berlipat ganda bagi yang bersedekah

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(Surah al-Baqarah: 261)


Sumbangan untuk pembangunan masjid Klebang Putra Chemor, Perak


Untuk pengetahuan korang juga, antara masjid yang sedang dalam perancangan untuk dibangunkan ialah masjid Klebang Putra Chemor di Perak. 

Dan kalau ada yang nak menderma untuk pembinaan masjid Klebang ni, korang boleh buat sumbangan secara terus ke link yang aku share di bawah.

Kapasiti masjid yang akan dibangunkan adalah sebanyak 700 orang. Masjid akan dibangunkan di atas tanah kerajaan seluas 1.2 ekar, Lot 361989, Taman Klebang Putra, Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan.

Bulan puasa sebegini, elok juga kita menambah pahala dengan bersedekah atau menderma, semoga menjadi pahala berterusan untuk semua.


Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang aplikasi Sujood, korang boleh layari website mereka di

 


Bagi masjid/surau yang ingin mendaftar; sila emailkan hasrat anda kepada: salam@sujood.net


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Cheers.

_______________________

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"

Post a Comment

0 Comments