Apa Itu Forex? – Dalami Konsep Asas Pertukaran Asing

Itulah persoalan yang kerap timbul di benak fikiran ramai setiap kali mendengar istilah pertukaran asing. Dengan beredarnya kisah-kisah dan pelbagai coretan mereka yang terlajak berjaya dalam bidang ini, tidak dapat dielakkan firasat ingin tahu kita untuk mendalami forex dan konsep-konsepnya agar kita juga dapat merasa sedikit sebanyak keuntungan yang dijanjikan olehnya.

forex pertukaran asing
Gambar: Kredit pixabay.com

Tetapi di mana titik permulaan anda dalam dunia forex? Dan yang paling penting sekali apa itu forex sebenarnya? Bolehkah semua orang menjadi pedagang forex? Semua persoalan ini ada jawapannya dalam penulisan pendek kami kali ini, jadi baca hingga akhir!

Forex – Kaedah pertukaran wang berpaksikan untung

Untuk menjawab soalan utama di sini – apa itu forex? – kita berbalik kepada mekanisme pertukaran asing. Paparan harian bagi setiap matawang di mana-mana pelusuk dunia akan berbeza – setiap saat akan ada titik turun atau naik bagi semua matawang yang disiarkan pada paparan dagangan harian. Jika anda mahu menukarkan sejenis matawang kepada suatu yang lain pula, akan ada margin perbezaan yang digelarkan “exchange rate”, atau dalam bahasa kita ‘kadar pertukaran’.

Ciri inilah yang digunakan oleh para pedagang untuk menjana untung. Pola turun-naik harian berpotensi menyebabkan jurang perbezaan nilai yang cukup besar untuk menunjukkan keuntungan kumulatif pada akhir hari dagangan setiap hari. Inilah yang digelarkan forex, iaitu pertukaran asing.

Apakah saya boleh menjadi pedagang forex?

Sesiapa sahaja boleh memulakan projek main forex mereka – cuma perlukan pengetahuan asas tentang pertukaran matawang asing dan modal yang sederhana besar. Sudah pasti langkah pertama adalah untuk memastikan anda arif tentang konsep dagangan serta bagaimana anda boleh menggunakan leveraj yang dijanjikan oleh perubahan kadar pertukaran setiap hari.

forex pertukaran asing
Gambar: Kredit pixabay.com


Dari situ, anda perlu mengaplikasikan semua yang anda pelajari pada setiap transaksi jual-beli matawang anda. Ada juga beberapa ciri futuristik pada platform dagangan masa kini – ciri salin dagang dan akaun demo. Salin dagang, atau “copy trading” adalah kebolehan menyalin strategi dagangan pengguna berjaya pada platform dagangan anda dan menggunakannya . Adanya ciri akaun demo membantu anda mencubapakai platform forex baru anda dan membantu membiasakan diri dengan aktiviti dagangan.

Apakah platform forex dikelola badan berkanun tempatan?

Semua aktiviti dagangan di Malaysia akan dikawal selia oleh dua badan utama -  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA). Transaksi dagangan di kawasan Semenanjung di bawah atur kuasa SCM manakala Sabah & Sarawak pula dikelola oleh LFSA. Akan tetapi, segala regulasi dan polisi berkaitan dengan mana-mana dagangan finansial dan kripto akan jatuh ke bidang kuasa SCM. Tambahan pula, kebanyakan platform yang dibuka kepada pengguna tempatan juga mempunyai pengiktirafan dari badan regulasi finansial antarabangsa termasuklah FINRA, CySec, FCA, FINMA, dan banyak lagi.

Bolehkah forex menjana untung tetap?

Keuntungan itu pasti, jika anda berjaya mengatur strategi yang tepat dan teliti dengan poin-poin dagangan anda. Akan tetapi, sudah menjadi lumrah pasaran bersifat tidak tetap. Sebagai seorang pedagang forex, anda perlu menyiapkan diri untuk berhadapan dengan sebarang perubahan pasaran yang tidak dijangkakan. Senantiasalah mengamalkan sikap sediakan payung sebelum hujan. Kerana dengan forex, hujan boleh bertandang tanpa amaran apa pun.

Forex – Sumber untung sekunder baru

Forex ini ada baik buruknya, tetapi potensi pulangannya sememangnya sangat lumayan. Seperti mana setiap pekerjaan yang lain, anda perlu berani memahirkan diri dengan segala macam strategi dan taktik dagangan untuk melangkah masuk ke dunia forex. Setelah itu, anda perlu mengadaptasi segala yang anda pelajari – baik dari buku ataupun pengalaman dagangan – untuk mendapatkan formula yang sesuai dengan portfolio dan corak trading anda. Selamat berjaya!

________________________

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



Post a Comment

0 Comments