Beli Planner 2022 Untuk Kerja Blogging Dan Senang Nak Plan & Track Aktiviti Harian.

Not a planner person pasal aku lebih suka tulis rojak dalam buku jurnal. Dan aku bukanlah banyak projek blog pun, tapi aku rasa untuk aku stay on track untuk semua kerja-kerja blog aku, sememangnya aku perlukan planner sangat-sangat. Ada masa bila kerja blog dan tulis konten datang, aku boleh terlupa dateline hantar tugasan, hiks!

Rasanya next year aku akan busy once anak anak start sekolah seperti biasa, so bukan sahaja life as a blogger and mommy tapi juga as a driver - ulang alik ambil anak. Iman and Amin jadual harian sama 6.30am - 1.00pm, tapi Nami jadual dia masuk sekolah 7.30 am and balik 4.30pm. 

Busy jadi driver, lepas tu busy jadi grocery shopper pasal once anak-anak sekolah nanti, aku jugalah yang akan keluar beli barang while mr.Husband busy dengan mini project dia dan terikat dengan masa.

Planner ni akan bantu aku untuk track aktiviti harian aku - blogging, content writer, aktiviti study anak-anak, diet and health, soul enhancements, money savings, dan few more mini projects yang aku plan. Doakan my mini projects berjaya.

Dan sticky notes aku beli tu pula untuk create my Quran tagging. Dah lama nak buat tagging tapi haish malas sangat nak buat, so next year kena buat.

Beli Planner 2022 Untuk Kerja Blogging

Aku jenis kalau beli planner cantik-cantik, dengan sticker yang so cute-cute tu, nanti dia end up jadi perhiasan atas rak. Tak realistik buat aku. Maybe korang yang planner addict wajib beli planner cantik so that korang semangat nak menulis dalam planner korang.

Aku beli corporate planner (buku pink tu - ada 4 pilihan warna disediakan). Ruang agak besar juga untuk aku menulis. Happy dapat planner simple and minimalsit, and yes ada Islamic calender sekali. Senang nak tengok bila puasa dan raya kan, haha.

Untuk loose item pula - TO DO List, MONTHLY Planner dan WEEKLY Planner , yang ni aku beli untuk jot down aktiviti aku such as my diet and health - nak track kalori dan apa benda yang aku  makan dan minum of the day. Nowdays kalau aku salah makan, aku cepat sakit kepala dan sakit badan. Ada ja yang tidak kena, maybe faktor usia meningkat kan. 

Dan lepas tu lekat dalam buku jurnal biasa.  Nak tebuk lubang masuk dalam fail pun ok juga. Ikut koranglah mana yang korang prefer.

Ni harga semua item yang aku beli :-

Corporate Planner : RM7.52

Loose Planner 48 Sheet- Monthly Planner RM5.57

Loose Planner 52 Sheet - Weekly Planner RM5.45

Loose Planner 50 Sheet - To Do List RM5.72

Sticky Note (200pcs) - RM3.48

Jumlah semua RM27.74 (exclude shipping)

Aku beli dengan trusted seller di Shopee >>> Link Seller Planner 2022

Pembungkusan bubble wrap dan penghantaran guna Poslaju ke Sabah.

Aku bagi link kedai seller tu ok so senang korang nak check planner lain. Banyak pilihan yang ada dekat kedai seller tu, so far semua nampak nice sangat.

Happy Decembre.

cheer.

4 Comments

  1. Suka juga beli planner tapi tu la, kdag xtrtulis. Need to be more praktikal. H

    ReplyDelete
  2. abe kie pun dah siap2 beli planner di kedai buku je. cuma jrg guna sbb mudah simpan to do task kat hp...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, saya pun dah beli, cuma tak sempat lagi nak share kat blog

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.