7 Tempat Makan Sarapan Pagi Yang Menarik Di Sekitar Kuala Lumpur

7 Tempat Makan Sarapan Pagi Yang Menarik Di Sekitar Kuala Lumpur.

Sarapan pagi sering diabaikan oleh ramai orang tetapi ia sebenarnya adalah waktu makan yang paling penting. Jika menyebut sarapan pagi, biasanya kita akan terbayang dengan nasi lemak dan aroma teh tarik yang memukau.

Nasi lemak memang tak dapat lari daripada budaya orang kita. Malah jika anda tidak berminat ataupun bosan dengan nasi lemak, anda juga boleh cuba makan sarapan pagi di restoran makanan segera yang tidak kurang hebatnya.

Di sini disenaraikan 7 tempat makan sarapan pagi sekitar KL untuk anda. Jangan risau juga sekiranya anda tidak mempunyai masa, anda juga boleh menggunakan khidmat online food delivery. Ianya dapat membantu hari-hari anda. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


 Tempat Makan Sarapan Pagi Yang Menarik Di Sekitar Kuala Lumpur


#1 Restoran McDonald’s

Ada orang wajib ada menu telur dalam hidangan sarapan mereka. McDonald’s turut mendapat ilham daripada menu kegemaran rakyat Malaysia. Kini penggemar telur boleh nikmati Scrambled Egg Sandwich dan Sausage & Scrambled Egg Sandwich.

Dua menu ini boleh didapati dimana-mana cawangan McDonald’s sekitar Kuala Lumpur dan harganya bermual dari RM8.50 untuk set sarapan pagi yang dihidangkan bersama hashbrown dan McCafe Premium Roast Coffee.

Tempat Makan Sarapan Pagi Yang Menarik Di Sekitar Kuala Lumpur


#2 Restoran My Makan


My Makan yang terletak di Bukit Antarabangsa juga adalah tempat sarapan pilihan warga kota.

Boleh dikatakan semua jenis juadah boleh anda dapati di sini termasuklah hidangan western. Hidangan berasaskan udang galah di sini cukup special. Ia termasuk mee udang dan udang galah ala Barat, nasi udang galah berlado. Portionnya banyak dan saiz udangnya memang besar.


#3  Restoran Subway


Di Subway mengamalkan konsep ‘Makan Yang Segar’ di pagi hari cukup mudah untuk hari anda, di mana anda boleh mendapatkan sandwich telur di atas tortila yang penuh dengan sayur-sayuran.

Jika anda mengamalkan sandwich setiap pagi, ianya dapat mengelakkan daripada terkena penyakit jantung.


#4 Restoran Patatimo


Untuk penggemar masakan dari Pantai Timur, anda boleh terjah ke Restoran Patatimo. Juadah heba seperti nasi dagang, nasi kerabu, dan kuih muih dari Pantai Timur memang menyelerakan.

Pada waktu pagi anda boleh menikmati roti canai, roti bakar, nasi dagang, dan berlauk ikan tongkol. Restoran ini tidak tidak pernah lekang dengan kehadiran pelanggan. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati makanan asli Pantai Timur.


#5 Ikea Damansara


Sepinggan nasi lemak, ayam goreng dan otak-otak hanya RM3. Kopi yang refillable. Selain itu juga, mereka mempunyai hidangan lain seperti mee goreng, ayam goreng, bihun goreng, salad, jus, meatball yang dijual dengan harga bermula RM1.

Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Jika masih tak percaya juga boleh lihat contoh menu makanan dengan harga yang ditawarkan melalui banner di bawah.

 


#6 Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC)

Sebut sahaja KFC, semua orang pasti mengenalinya. Bagi anda yang menggemari sarapan ringkas dan pantas, anda boleh memilih pelbagai hidangan ‘Grab N Go’ seperti Egg Riser, Zinger Riser dan Twister Lite. Tidak ketinggalan juga hidangan sarapan pagi yang paling populur di KFC iaitu Bubur Zinger.


#7 Nasi Kak Wook

Asyik nasi lemak dan roti canai sahaja, apa kata tukar selera untuk mencuba menu sarapan yang lain pula? Untuk itu, singgah sahaja di restoran Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju ini. Semestinya menu yang boleh didapati ialah Nasi Kak Wook. 

Ramai pelanggan mengakui yang menu tersebut rasanya persis dengan Nasi Kak Wook di Kelantan, memang best!

 



Best bukan 7 tempat makan sarapan pagi di sekitar Kuala Lumpur? Jadi anda tidak perlu risau lagi untuk bersarapan di setiap pagi. Malah hari minggu, anda turut boleh menggunakan khidmat untuk menghantar makanan sarapan pagi anda.

Sebagai seorang warganegara Malaysia, memang rasa happy sangat sebab ada banyak jenis makanan. Tetapi untuk nak keluar makan di restoran pilihan memang sangat sukar untuk keselamatan.

Apapun, untuk anda yang makan itu ini tanpa perlu keluar dari rumah, bolehlah gunakan perkhidmatan fast food delivery by Foodpanda ini! Jom makan makan.

cheers.

2 Comments

  1. Bestnya. Area saya tak ada foodpanda hehe

    Nasi kakwok tu alahaii sedapnya nampakk

    ReplyDelete
  2. Dekat sini semua ada tinggal nak pilih je dekat foodpanda tu haha

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.