Tonton Online Episod 1 - Final Episod 13 || Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

Romantika 4 Hari 3 Malam ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Nizam Zakaria, di bintangi oleh Amelia Henderson dan Sean Lee. Diadaptasi dari novel 2018 bertajuk sama karya Wizana Emilia.

Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 10 Mac 2021

drama romantika 4 hari 3 malam tonton online


Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam


Lana Analia memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. 

Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. 

Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai.

Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. 

Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.

Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. 

Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan.

Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. 

Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. 

Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?

Pelakon Drama Romantika 4 Hari 3 Malam


Amelia Henderson sebagai Lana Analia
Sean Lee sebagai Amar
Syafi Tee sebagai Hisham
Oshin Ahmad sebagai Nia Erlina
Nynaa Harizal sebagai Aida Safia
Daniesh Suffian sebagai Baim
Dottie sebagai Zeti
Wafariena Roslan sebagai Raina
Izzendra sebagai Azlinda
Jesse Lim sebagai Encik Masri
Aida Aris sebagai Cik Norsira
Lisdawati sebagai Mak Salmah
Sahronizam Noor sebagai Dato' Zahid


HIGHLIGHT: Episod 1 | Romantika 4 Hari 3 Malam (2021)



HIGHLIGHT: Episod 2 | Romantika 4 Hari 3 Malam (2021)



HIGHLIGHT: Episod 3 | Romantika 4 Hari 3 Malam (2021)




HIGHLIGHT: Episod 4 | Romantika 4 Hari 3 Malam (2021)



HIGHLIGHT: Episod 5 | Romantika 4 Hari 3 Malam (2021)



HIGHLIGHT: Episod 6 | Romantika 4 Hari 3 Malam (2021)



HIGHLIGHT: Episod 7 | Romantika 4 Hari 3 Malam (2021)




happy watching!

cheers

1 Comments

  1. ya3.. pernah nampak iklan pasai cerita ni. cida masih belum tonton lagi. suka tengok Amelia ni. cantik orangnya

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.