Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Tips Shopee : Beli Barang Jimat Duit Postage

Tips Shopee : Beli Barang Jimat Duit Postage. OK gais, kalau beli barang online, aku memang paling suka kalau dapat jimat duit postage.

Almaklumlah, postage ke Sabah ni memang selalu mahal. Dan tips ni aku rasa ramai yang buat sama macam aku buat.

Bayangkan saja aku nak beli 3 barang dari seller yang sama, caj postage sahaja dah cecah RM50! Padahal barang yang aku nak beli tu taklah sebesar dan seberat mana, tapi mak oiiii boleh pula kena bayar harga postage mahal.


Cara Jimat Duit Postage Beli Barang Di Shopee

Cara Jimat Duit Postage Beli Barang Di Shopee


Dan serius aku tak tipu hokey shipping fee murah guna cara macam yang aku syorkan ni.



Cuba tengok 3 item kat atas tu. Mulanya aku nak beli barang tu dalam satu transaksi. Malangnya bila aku tengok caj postage mahal cecah RM50++, terus aku badmood kejap! Dasar mak cringy ke apa ni.

Lepas tu aku dapat idea beli asing-asing, tengok harga postage boleh kurang atau tidak. Jomlah kita buat matematik mudah.



Item #1

Shipping Fee : RM0.00
Dapat diskaun seperti begini, aku memang happy berganda-ganda.
Rezeki sangat.



Item #2

Shipping Fee: RM14.10
Discount : RM12.40
Shipping kena bayar selepas diskaun: RM1.70


Item #3

Shipping Fee: RM15.79
Discount : RM12.40
Shipping kena bayar selepas diskaun: RM3.39


Jadikan, cuba bayangkan kalau aku beli 3 item ni sekali bayar, gila sangat shipping fee RM52.05. Dan discount pula hanyalah RM12.40 (max diskaun dah ni kan).

Kalau tolak discount tu, aku masih kena bayar sekitar RM30.00.

Tapi, kalau aku beli asing-asing, satu item tu satu transaksi,  jumlah postage sangatlah murah berganda -ganda iaitu hanyalah RM5.09 sahaja (total untuk 3 barang di atas).

Beza gila kan harga postage tu.

Jadi kalau nak shipping fee murah, korang belilah per item per transaction (atau ikut minimum syarat yang ditetapkan, let say minimum barang kena beli harga RM15.00), lepas tu kena guna SHOPEEPAY untuk jadikan SHIPPING VOUCHER korang tu VALID atau boleh di-redeem.

Jadi, kalau korang tiada SHOPEEPAY, eloklah korang buat. Gunalah kesempatan yang ada. Dah memang Shopee nak kita guna e-wallet, lepas tu win-win situation lah kan dapat shipping discount voucher, jadi no harm bayar saja barang thru e-wallet. Cepat pun cepat, jmat masa gitu.

Satu lagi, biasanya barangan yang diberi diskaun guna shipping voucher ialah barangan yang dekat gambar produk tu siap-siap ada tulis contohnya "Free Shipping min. spend RM15.00" ...

Kalau gambar produk tu tiada menyatakan free shipping, besar kemungkinan memang shipping voucher shopeepay tu tak dapat digunakan hokey.

Jadi tu sajalah tip membeli belah di Shopee. 

Thanks sudi baca.

Oh ya, nanti aku update once barang sampai ke rumah ya.

Item #3 tu aku nak beli extra satu lagi nanti kemudian. Bolehlah simpan buat stock untuk anak-anak bereksperimentasi sendiri.

cheers.

Post a comment

3 Comments

  1. paham2 mrs pip, mmg shipping fees ke Sabah mahal. kadang rasa tak berbaloi harga barang dengan kos shipping. Good tips formula ni. Mmg berguna sangat ni utk yang nk shopping di shopee & berada di Sabah/Sarawak. Dpt jimat shipping. tak dpt free, kurang2nya boleh kurang sikit.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.