Kesan Baik Buruk Akibat Bercakap Bohong Untuk Kebaikan

Kesan Baik Buruk Akibat Bercakap Bohong Untuk Kebaikan || Berbohong adalah topik yang meluas utuk dibincangkan. Namun untuk kali ini kita cuma mengolah kesan terhadap kata-kata bohong yang dilafazkan dalam perkara tertentu atas niat kebaikan yang difikirkan.

Istilah cakap bohong

Cakap bohong bermaksud kata-kata ataupun percakapan seseorang yang tidak benar, karut ataupun dusta dari perkara sebenar yang diketahuinya. 

Ia merupakan teknik atau kaedah untuk mempengaruhi seseorang dengan niat tertentu yang dirancang.

Terdapat situasi yang mana tanpa disedari, tanpa dirancang ataupun secara tradisi kita mengatakan sesuatu yang yang kurang tepat dengan situasi yang berlaku dengan niat untuk memperoleh kejadian atau hasil yang kita agak lebih baik di pengakhirannya.

Atas dorongan kebaikan yang difikir, maka timbul lah idea untuk mempengaruhi seseorang agar melakukan sesuatu mengikut telunjuk, cadangan mahupun arahan yang diberikan. 

you always have a choice


Itu lah yang dimaksudkan berbohong untuk kebaikan. Ada sesetengan mengistilah keadaan ini sebagai bohong sunat, bagaikan gurauan ataupun kesalahan timbang tara.

Adakah berkata bohong atas niat kebaikan itu salah?

Realitinya, berkata bohong itu tetap salah dalam apa-apa situasi dan kebaikan itu berlaku sejak lahirnya niat baik dari dalam hati yang diolah oleh akal fikiran.

Jadi, apakah berkata bohong untuk kebaikan itu salah? Mari kita bincangkan beberapa situasi yang berlaku dalam kehidupan manusia seharian.

Situasi 1

Kanak-kanak sedang asyik bermain di luar rumah dan sehingga melepasi waktu maghrib masih tidak mengendahkan beberapa kali seruan ibu supaya masuk ke dalam rumah untuk mandi. 

Niat baik ibunya adalah untuk mendisiplinkan anaknya supaya membiasakan diri berhenti bermain apabila masuk waktu maghrib (petang), supaya mengerjakan solat maghrib dan persiapan untuk aktiviti malam hari iaitu makan malam dan ulangkaji pelajaran.

Maka si ibu membuat helah iaitu mengatakan kepada anaknya bahawa apabila hari senja hantu akan keluar, merayau-rayau, ikut bermain dan mengganggu kanak-kanak yang kotor (belum mandi). 

Teknik ini difikirkan oleh si ibu supaya anaknya takut dan segera masuk ke dalam rumah.

Soalan dan kemungkinan jawapan;

Adakah anaknya akan menjadi berdisiplin untuk mandi dan solat mengikut rancangan baik ibunya?

Kemungkinan jawapan;
● Ya dan mungkin juga tidak

Apakah kesan sekiranya si anak mendapati tiada hantu wujud di waktu maghrib?

Kesan Baik Buruk Akibat Bercakap Bohong Untuk Kebaikan




Kemungkinan jawapan;
 
● Tidak mempercayai kata-kata ibunya lagi.
● Boleh mempengaruhi kawan-kawan kerana ternyata hantu itu cuma cerita rekaan sahaja
● Boleh meneruskan permainan sebab tiada apa yang perlu dirisaukan
● Si anak mungkin akan menakut-nakutkan adik-adik atau rakan-rakannya tentang wujudnya hantu disana-sini ataupun berkata tidak benar dalam apa-apa situasi untuk tujuan tertentu difikirannya. Situasi ini dipelajari melalui perlakuan ibunya.

Apakah kesan kepada anaknya sekiranya dia mempercayai ada hantu wujud diwaktu maghrib?

● Menjadi penakut, malahan bukan sahaja diwaktu maghrib
● Takut melakukan aktiviti bersendirian seperti mandi, tidur, bermain dan sebagainya
● Sifat penakut mungkin akan terbawa-bawa hingga dewasa
● Menjadi rajin solat disebabkan takut (tetapi bukan solat disebabkan kewajipan)

Situasi 2

Pertengkaran antara pihak A dan pihak B disebabkan pihak A telah terlanggar dan menyebabkan kematian kucing kesayangan pihak B.

Pihak B mengesyaki pihak A yang melanggarnya atas andaian melalui siasatannya tetapi tidak mempunyai bukti yang kukuh. 

Manakala pihak A dengan sengaja tidak mengaku melanggarnya. Apabila pertengkaran menjadi semakin serius, muncul pihak C yang mengetahui hal sebenar kerana dia melihat sendiri pihak A telah melanggar kucing pihak B.

Namun untuk meredakan keadaan, pihak C mengatakan bahawa sebenarnya pihak D yang melanggar kucing tersebut.

Soalan dan kemungkinan jawapan;

Apakah pertengkaran akan segera selesai dan situasi peroleh perdamaian?

Kesan Baik Buruk Akibat Bercakap Bohong Untuk Kebaikan




Kemungkinan jawapan;
● Ya (berkemungkinan besar)

Setelah perdamaian diperolehi, apakah kesan sampingan yang tanpa disedari berlaku kepada pihak A, B dan C?

Kemungkinan jawapan;

● Pihak A akan lebih yakin untuk bersifat tidak mengaku kesalahannya dimasa akan datang dan berpotensi untuk terlanggar kucing atau apa-apa binatang / objek kerana kemenangan atau perdamaian adalah mudah diperolehi. Namun dia akan berhadapan masalah besar sekiranya satu hari nanti keadaan sebenar terbongkar.
● Pihak B tidak lagi akan mempercayai pihak A dan C sekiranya keadaan sebenar terbongkar oleh sebarang kemungkinan, malahan mungkin akan terjadi pertelingkahan yang lebih buruk.
● Pihak C tanpa menyedari telah menyokong pihak A untuk mengekalkan sifatnya yang kurang baik (tidak mengaku kesalahan). Disamping itu, ia juga mengujudkan suasana kurang selamat kerana pelaku (yang melanggar) mungkin mengulangi kesalahannya dimasa akan datang.

Situasi 3

Dalam satu peperangan antara kumpulan 1 dan kumpulan 2, kumpulan 1 telah membuat perancangan tipu helah iaitu menyerah kalah diperingkat awal sambil membuat persediaan serangan mengejut ketika berada pada kedudukan berhampiran dengan kumpulan 2.

Soalan dan kemungkinan jawapan;

Kesan Baik Buruk Akibat Bercakap Bohong Untuk Kebaikan

Apakah peperangan akan berakhir?
● Ya dan mungkin juga tidak

Apakan kemenangan akan memihak kepada kumpulan 1?
● Ya (berkemungkinan besar)

Apakah kesan atau pengajaran yang diperolehi daripada situasi ini?

● Peperangan akan dapat dihentikan lebih cepat dan mengurangkan kadar kerosakan, kemusnahan dan kematian
● Kemenangan boleh diklasifikasikan sebagai kelebihan dari segi teknik tipu helah tetapi dilihat sebagai ambil kesempatan atas penerimaan keterbukaan kumpulan 2 untuk tidak menyerang (membunuh) mereka diperingkat awal.
● Kemenangan cara ini akan mendorong peperangan di masa akan datang dengan sifat lebih kejam iaitu kemenangan hanya dicapai dengan kematian dan kemusnahan secara total (keseluruhan)
● Kejadian ini juga membuka mata semua pihak yang mana perundingan atau genjatan senjata tidak lagi menjamin sebagai kaedah terbaik untuk meghentikan dalam kejadian peperangan dimasa akan datang.

Apakah berbohong itu berkesan untuk tujuan kebaikan?

Daripada 3 situasi di atas kita mempunyai asas untuk menilai sejauh mana keberkesanan bercakap bohong untuk tujuan kebaikan.

Tidak kurang penting juga kita mengambil perhatian tentang impak atau kesan jangkamasa panjang daripada situasi tersebut. 

Diharap sedikit perkongsian ini mampu dijadikan panduan untuk kita membuat keputusan baik buruk tindakan sebegini dan kiranya ada pendapat atau komen, anda bolehlah dilanjutkan di ruang komen di bawah untuk diskusi bersama.


2 Comments

  1. betullah bohong salah..
    kalau berbohong bagi mendamaikan kedua belah pihak ,itu baik...

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.