10 Cara Mengatasi Kesepian

Kesepian adalah perasaan kesunyian yang berlaku pada seseorang. Perasaan ini seringkali membuatkan seseorang itu terasa kekosongan sekalipun dia ditemani oleh keluarga terdekat ataupun sahabat.

Tanda-tanda seseorang itu dilanda kesepian adalah kehilangan tumpuan terhadap perkara yang dilakukannya, berkhayal atau mengelamun tanpa disedari, kurang motivasi ataupun semangat untuk melakukan sesuatu.

Punca berlakunya kesepian adalah disebabkan oleh peningkatan kematangan diri yang memerlukan pendamping hidup, kehilangan seseorangan ataupun ketika berjauhan dengan pasangan hidup.

Tiada ubat ataupun penawar untuk menghilangkan perasaan kesepian kerana ianya satu situasi umpama penyakit yang tidak kelihatan mahupun tidak dapat dikesan oleh doktor. 

cara atasi kesepian


Namun perasaan kesepian ini boleh diatasi dengan melakukan sesuatu kepada diri anda sendiri melalui beberapa cara. 

Berikut adalah 10 idea cara mengatasi kesepian.


1/ Kenali diri anda secara jujur untuk mengetahui apa yang berlaku


Anda perlu jujur merongkai tentang apa yang berlaku pada diri anda samaada anda benar-benar terasa kesepian ataupun sekiranya berlaku pengaruh dan terikut-ikut dengan kisah drama ataupun kisah sahabat anda. 

Pada kebiasaannya, apabila meningkat dewasa kematangan diri akan semakin terasa untuk mempunyai seseorang sebagai pasangan hidup. 

Manakala individu yang kehilangan pasangan, anak atau keluarga terdekat sudah pasti merasa kesunyian kerana pada kebiasaannya dia mempunyai pendamping hidup. 

Pasangan hidup pula yang situasinya terpaksa berjauhan disebabkan oleh tugas, misi ataupun keadaan tertentu akan merasai kesepian apabila pada masa-masa tertentu di merasa keseorangan tanpa teman.

Apabila anda mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada diri anda, maka akan lebih mudah untuk mengatasinya iaitu dengan memberi tumpuan terhadap kaedah yang sesuai yang perlu dilakukan.

2/ Dekatkan diri dengan keagamaan


Banyakkan berselawat untuk dapatkan petunjuk. 

Membaca Al-Quran atau bahan-bahan bacaan keagamaan boleh melupakan perasaan kesepian disamping peroleh manfaat dunia dan akhirat. 

Selain itu, anda juga boleh mengikuti aktiviti-aktiviti keagamaan di disurau, masjid ataupun secara online.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Quran surat Ar- Ra’d ayat 28 yang artinya:

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”


3/ Pertimbangkan tentang adanya pasangan anda


Tidak salah anda berfikir implikasi baik dan buruk sekiranya anda mempunyai pasangan hidup. 

Anda tidak perlu risau memikirkannya kerana ini cuma berlaku di dalam fikiran anda tanpa pengatahuan sesiapa. 

cara mengatasi kesepian


Namun, anda juga boleh dapatkan pendapat dari keluarga terdekat atau sahabat yang anda rasakan boleh membantu. 

Beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian tentang hidup berpasangan, meninggalkan zaman bujang atau hidup tanpa pasangan, antaranya:-

● Bersediakah diri anda dengan hidup berpasangan

● Kemampuan dari segi fizikal dan mental

● Keadaan kewangan

● Fasiliti untuk menampung kehadiran pasangan anda

● Kemampuan anda menerima kekurangan yang ada pada bakal pasangan●

● Kesesuaian atau kemampuan untuk keserasian hidup bersama


4/ Lakukan aktiviti pada hobi anda


Setiap individu mempunyai hobi sendiri seperti bersukan, membaca, menulis dan sebagainya. 

Hobi adalah aktiviti yang disukai oleh diri secara semulajadi. 

Apabila anda melakukan aktiviti yang anda suka sudah pasti ianya akan melupakan permasalahan diri anda sekaligus mampu menghilangkan perasaan kesepian untuk jangkamasa pendek.

Anda harus melakukannya secara berterusan agar anda tidak berdiam diri yang boleh merasakan kesepian.

5/ Aktiviti menanam


Anda boleh melakukan aktiviti menanam bunga, pokoh buah, sayur ataupun pokok hiasan. 

Selain menggunakan masa yang terluang untuk mengelak daripada perasaan sepi, anda akan memperolehi manfaat sampingan seperti hasil, keindahan dan hiburan hati.

cara atasi kesepian

Perasaan kesepian akan teralih pada perhatian dalam aktiviti menanam kerana aktiviti menanam memerlukan penumpuan dari segi mempelajari ilmu menanam iaitu dari penyediaan tanah, membibit, cara menanam, membesarkan tanaman, membuat penyelenggaraan serta mempelbagaikannya.

6/ Pelihara binatang kesayangan


Memelihara binatang kesayangan mampu mengalih perasaan kesepian kerana anda tidak akan merasa kesunyian untuk melayan aktiviti ini kerana selain memerlukan masa untuk melakukannya, sifat-sifat binatang peliharaan mampu menarik perhatian anda.

Banyak haiwan boleh dipelihara untuk dijadikan binatang kesayangan seperti kucing, arnab, iguana, burung, ayam serama, kuda dan sebagainya.

7/ Aktiviti hiburan


Hiburkan hati anda dengan bermain muzik, menyanyi atau melayan lagu kegemaran. 

Aktiviti hiburan mampu menceriakan diri dan melupakan seketika perasaan hati yang sepi.

8/ Melayani internet (cerita sensasi, berita, blog, facebook)


Perasaan sepi selalunya hadir apabila bersendirian tanpa sebarang aktiviti. 

Melayani perasaan sepi boleh menyebabkan anda kebingungan, mengalamun dan kurang motivasi. 

Anda boleh mengisi kelapangan masa dengan melayani internet pada komputer atau handphone anda. 

Banyak perihal yang anda boleh layani di internet seperti membaca informasi terkini, u-tube, tik-tok, drama atau movie, bermain game online dan sebagainya.

9/ Mengikuti aktiviti-aktiviti umum


Anda juga boleh aktifkan diri dengan mengikuti program atau aktiviti umum seperti mengikuti kursus memasak, menyertai pertubuhan kebajikan atau aktiviti komuniti di tempat anda, menjalankan perniagaan secara online dan sebagainya.

Selain bertujuan untuk membelakangi perasaan kesepian, kesibukan sebegini akan memberi manfaat kepada anda dari segi peroleh pengalaman, kematangan diri serta mampu menjana pendapatan kewangan.

10/ Aktiviti mengeratkan hubungan silaturahim dengan keluarga


Mengeratkan hubungan silaturahim dengan keluarga adalah sesuatu yang dituntut dalam agama. 

Apabila anda telah hidup berpasangan (berkahwin) anda tidak lagi banyak masa untuk diluangkan kepada keluarga seperti ibu bapa, adik beradik, sepupu dan saudara terdekat. 

cara mengatasi kesepian


Oleh itu, gunakan kesempatan ini untuk aktiviti silaturahim dengan menghubungi mereka, membuat kunjungan, menyertai atau membuat aktiviti keluarga dan sebagainya. 

Insya Allah anda telah manfaatkan masa bujang (single) dengan keluarga serta peroleh keberkatan dunia dan akhirat.

Sebenarnya, ada banyak lagi hal yang boleh dilakukan untuk mengatasi kesepian, terpulang kepada individu cara bagaimana yang paling sesuai untuk dilakukan.

Memandangkan kita berdepan dengan Covid-19 dan pergerakan keluar rumah dan bersosial agak tersekat, diharap kita masih dapat mencari aktiviti bermanfaat untuk mengelak diri berasa kesepian.

Apapun, admin doakan kesejahteraan semua dan stay healthy ya.

cheers.

3 Comments

  1. selalunya saya suka dengar lagu, layan series pastu usha blog orang. cara paling senang untuk buang semua rasa tu...

    ReplyDelete
  2. Sedihnya kalau hidup rasa sepi. Tq for sharing.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.