2 December 2020

5 Cara Memulakan Perniagaan Online Sendiri Di Malaysia

5 Cara Memulakan Perniagaan Online Sendiri Di Malaysia || Bercakap sahaja mengenai aktiviti membeli belah, aku lebih senang kalau diberi pilihan membuat online shopping. Bagi aku yang punya 3 anak kecil, agak sukar untuk membeli belah dengan aman tanpa gangguan sekiranya aku membawa mereka bersama.

Bukan itu sahaja, aku juga membuang banyak masa semata-mata untuk terpaksa berdepan dengan kesesakan lalulintas, kesusahan mencari ruang letak kereta, berbaris panjang di kaunter untuk melakukan pembayaran, ketiadaan barang di pasaraya dan terpaksa ke pasaraya yang lain dan sebagainya.

Antara kelebihan aktiviti online shopping, aku boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu mengira waktu dan di mana aku berada, melainkan berada di luar talian.



5 Cara Memulakan Perniagaan Online Sendiri di Malaysia

Namun, seronok manapun kita beronline shopping, ianya berlaku kerana wujudnya usahawan-usahawan yang memilih untuk menjual produk mereka secara atas talian. 

Tanpa usahawan online, mana mungkin kita boleh membeli-belah di atas talian kan?

Dan sekiranya ada di antara kamu juga ingin memilih untuk menjadi usahawan online, di sini aku kongsikan beberapa tips menarik cara memulakan perniagaan online sendiri di Malaysia.

1. Pilih Produk Yang Ingin Dijual 

Mungkin kamu sudah mempunyai idea produk apa yang ingin di jual. Namun tidak semua yang mahu menjadi usahawan online mempunyai produk apa yang ingin mereka urusniagakan.

Boleh buat kepala pening sekejap dalam pemilihan produk. Namun, kamu boleh sahaja mencari produk-produk yang sesuai untuk kamu jual.

Antara tips memilih produk untuk di jual ialah :-

  • Mulakan menjual dengan apa yang kamu ada 

Katakan kamu ada banyak novel yang sudah tidak ingin di baca, kamu mungkin boleh mulakan bisnes online kamu dengan menjual pre-loved novel. 

Daripada novel-novel tersebut menjadi usang di dalam almari buku atau bilik stor, maka apa kata kamu jual sahaja novel tersebut kepada orang lain. The book is no longer spark joy to you, but it is probably will spark joy to its new owner.

  • Menjual barangan mengikut trend semasa 

Antara idea untuk memastikan barangan yang dijual mendapat tempat di hati pembeli, maka menjual barangan mengikut trend juga merupakan idea yang baik. 

Bayangkan sekarang ramai yang membeli face mask dan hand sanitizer kerana pandemik Covid-19, maka produk ini sesuai untuk dijadikan item jualan kamu. 

Dan, kalau kamu perasan saat ini juga, kerana ramai yang perlu stay-at-home, maka ramai yang mula menyukai hobi menanam pokok. 

Jadi apa sahaja yang berkaitan dengan bercucuk tanam seperti menjual pasu, menjual tanah hitam, menjual anak pokok atau pokok bunga (yang trending), menjual alatan bercucuk tanam mungkin boleh dijadikan produk jualan kamu.

Barangan lain yang sesuai dijual pada waktu ini mengikut apa yang aku baca ialah alatan senaman seperti yoga dan pilates mat, board games, jigsaw puzzle, buku, barangan alatan dapur, perabot, dan banyak lagi.

  • Menjual barangan yang mempunyai permintaan mengikut kawasan setempat kamu

Katakan tempat kawasan korang tu ramai yang kerja pejabat, dan mungkin mereka tiada masa untuk memasak makan tengahari ataupun makan malam. Jadi kamu bolehlah sediakan perkhidmatan bento box untuk lunch dan dinner.

Ataupun kedai kek jauh dari kawasan tempat tinggal, mungkin kamu yang ada kemahiran membuat kek, bolehlah memberikan perkhidmatan menjual kek untuk sebarang majlis.

Ini apa yang dilakukan oleh adik ipar aku. Kawasan dia tinggal memang agak jauh dari pekan, dan kebetulan dia ada kemahiran membuat kek dan pastri. Aku boleh katakan, hampir setiap hari ada sahaja tempahan kek dan pastri dia terima daripada komuniti sekitar dia tinggal.

2. Pemilihan Nama (Branding) Yang Sesuai & Pendaftaran Perniagaan


  • Pemilihan nama untuk buat bisnes online kamu antara faktor penting yang harus kamu fikirkan.
Ini adalah brand perniagaan kamu. Perniagaan mudah dikenali dengan menggunakan brand yang sesuai. 

Boleh guna nama yang umum kalau kamu berniat untuk menjual pelbagai jenis produk, atau pilih nama yang spesifik kalau kamu sememangnya mahu menjual yang berkaitan dengan satu dua niche sahaja.

Namun, apapun pilihan nama bagi brand yang kamu pilih, eloklah memilih brand yang boleh digunakan untuk jangka panjang, jadi kalau berlaku perubahan di dalam pernigaan kamu, brand sedia ada masih relevan untuk digunakan.

Seperti Tesco yang menjual aneka produk, dan juga Althea yang spesifik menjual produk kecantikan dari Korea. Mungkin satu hari nanti siapa tahu Althea ingin memasarkan produk kecantikan dari negara lain, nama Althea masih relevan untuk digunakan. 

  • Pendaftaran perniagaan 
Penting juga untuk mendaftarkan perniagaan bagi memastikan aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah mengikut peraturan dan sah disisi undang-undang. Seperti mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pembeli lebih mudah merasa yakin dengan perniagaan yang anda jalankan.

  • Reka logo perniagaan anda
Ambillah inisiatif untuk mereka logo anda sendiri. Logo juga bertindak seperti signature kepada perniagaan anda. Cuba tengok kebanyakkan usahawan yang berjaya, perniagaan mereka mempunyai logo tersendiri.

Kalau rasa tidak ada idea nak reka logo macam mana, bolehlah dapatkan khidmat designer untuk buatkan logo ataupun cari freelancer yang boleh cipta logo untuk perniagaan anda.

3. Online Payment Yang Mudah Dan Selamat

Ini antara faktor yang penting untuk anda yang membuat bisnes online. Bayangkan anda ada customer yang siap sedia untuk membeli produk anda, namun tiada pilihan untuk membuat online payment yang mudah dan selamat, mungkin sahaja anda akan kehilangan potential buyer anda.

Aku sendiri pun kalau payment rasa tak secure, aku memang akan cancel pembelian. Ada banyak pilihan untuk membuat perkhidmatan online payment yang mudah dan selamat untuk customer anda.

ipay88 dan senangpay antara yang terbiasa digunakan di kebanyakkan platform e-commerce online shopping. 

Dan pilihan yang boleh digunakan ialah bayaran melalui credit card, online banking, dan juga e-wallet.

4. Diskaun Potongan Harga, Dan Khidmat Penghantaran & Pengeposan

Antara cara memulakan perniagaan online sendiri ialah dengan memberikan diskaun potongan harga bagi pelanggan yang terawal atau pelanggan yang pertama kali membeli produk anda.

Ini salah satu cara untuk menarik minat potential customer membeli produk bisnes online anda. Ya siapa tahu, hanya dengan potongan harga RM5.00 bagi pembelian pertama boleh membuka hati pembeli untuk terus menjadi pelanggan tetap anda kan.

Aku antara mereka yang memang gemar untuk mendapatkan diskaun potongan harga, dan akan terasa gembira walaupun potongan harga tu sekadar hanya beberapa ringgit sahaja. 

Selain itu, penghantaran dan pengeposan menggunakan kurier servis agar barang yang dibeli pelanggan selamat tiba ke destinasinya.

Kalau dulu Poslaju mendominasi penghantaran dan pengeposan, sekarang ini ada pelbagai syarikat yang boleh dipilih untuk menghantar atau mengepos barang ke alamat pelanggan.

Berilah pilihan yang terbaik untuk pelanggan memilih perkhidmatan kurier mana yang sesuai untuk dihantar ke alamat mereka.

Seperti aku sendiri yang lebih suka seller menghantar barang menggunakan perkhidmatan ABX , GDex, dan JnT kerana lebih mudah aku menerima barangan tersebut berbanding perkhidmatan kurier yang lain.

Jadi, usahawan online perlu peka dengan pilihan perkhidmatan penghantaran dan pengeposan barang untuk customer bagi memudahkan urusan jual beli.

5. Buat Laman Web E-Commerce Untuk Perniagaan Anda

Usahawan online mungkin boleh menggunakan medium media sosial untuk menjual produk seperti Instagram, Facebook, Twitter, dan juga blog. Selain itu, boleh juga menggunakan platform e-commerce percuma seperti Lazada dan Shopee. 

Namun, penggunaan media sosial dan platform e-commerce percuma mempunyai kekurangannya yang tersendiri. 

Aku punya seorang kawan yang mempunyai peniagaan online. Menurutnya, pada mula dia berniaga, dia memang menggunakan Facebook dan Instagram sahaja. 

Tetapi ketika perniagaannya ingin dikembangkan, dia memilih untuk mempunyai laman web e-commerce sendiri untuk dia membina branding dan memudahkan urusan transaksi jual beli. 

Selain itu, dia juga memberitahu transaksi jual beli melalui laman web e-commerce yang disambung dengan online payment yang selamat menghindarkan dia dari ditipu pelanggan.

Lihatlah, memang wujud kes pelanggan menipu peniaga kerana hal ini berlaku kepada kawan aku sendiri. 

Ada pelanggan yang licik mengubah resit pembayaran dan ada juga pelanggan yang sengaja memilih untuk membayar secara 'floating' dan kemudiannya memberitahu bayaran telah dibuat, padahal mereka akan membatalkan pembayaran sebaik sahaja barang yang dibeli sudah dipos keluar oleh seller.

Memiliki laman web jualan sendiri selain terhindar daripada transaksi penipuan, ianya juga memberikan kelebihan kepada usahawan online untuk membuat promosi jualan secara terus di laman web mereka sendiri.

Go Get Space Pembina Laman Web E-Commerce di Malaysia


Mungkin ada usahawan online Malaysia yang terfikir bagaimana untuk membuat laman web e-commerce kerana tidak mempunyai pengetahuan untuk membangunkan sesebuah online shopping website.

Jangan risau, kerana ada sememangnya ada Website Design Malaysia yang memberikan perkhidmatan membina laman web mengikut kehendak dan kemampuan (budget) anda.

Pereka laman web profesional akan memberikan rekaan sesuai dengan apa yang anda inginkan untuk produk perniagaan anda.

Antara yang pakar dalam hal ini ialah Go Get Space sebagai pembina laman web e-commerce di Malaysia.

Kalau anda belum mengenali Go Get Space, mari kita tengok perkhidmatan yang disediakan oleh mereka untuk membuat laman web bisnes online anda.

1. Free Consultation

go get space website design malaysia

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan konsultasi percuma untuk rekaan laman web. Jadi , tidak ada salahnya untuk anda menghubungi mereka bagi mendapatkan free website design consultation.

Dan sekiranya anda tertanya-tanya apa itu domain, hosting dan server, jangan risau kerana mereka di Go Get Space akan membantu anda untuk menjelaskan berkaitan hal ini.

cara memulakan perniagaan online go get space

 

2. Perkhidmatan Membina Laman Web Mengikut Kehendak Citarasa Klien


Anda sebagai seorang usahawan online pastinya mempunyai kehendak atau citarasa bagaimana laman web e-commerce milik anda direkabentuk. Jadi, di Go Get Space, mereka akan merekabentuk laman web mengikut details yang anda berikan. 

Namun details yang anda berikan belum tentu mampu menarik perhatian pengunjung. Jadi di sini, salah satu tugas mereka di Go Get Space ialah membina laman web yang boleh memberikan impression menarik kepada pengunjung seperti memberikan identiti logo, jenama, dan avatar yang sesuai.

Menyediakan banner promosi untuk jualan produk anda, menyediakan konten multimedia dan animasi yang menarik untuk mendapatkan perhatian daripada pelawat laman web tersebut.

Selain itu juga, Go Get Space juga memberikan perkhidmatan copywriting untuk laman web dan juga membantu untuk redesign laman web sekiranya diperlukan di masa depan, selain menyediakan laman web yang responsive, SEO optimized web page design, juga focused on audience expectation.


Responsive Website Design For Every One

Our website designers will design your website to make accessible by every user and every device. Along with maintaining web standards, usability, and new designing approach, the results are fast, responsive and user-friendly. 

We create the experience of your audience on both desktop and mobile so responsive for easy access on any device. The more user engagement on your website increases the chance of more conversions.


SEO Optimized Web Page Design

Our website design will get the right audiences for you along with expanding your business reach. Our website designers work alongside the digital marketers to ensure your contents are well optimized and SEO-friendly to commence initial traffic. 

Building an SEO-friendly site requires dedicated planning, time-consuming and a structured approach to representing your business and the services you provide. With any of our website design service, you will get this impressive facility at no cost!


Focused on Audience Expectation

We make sure to align the content strategy and website design into your goals so your audience gets deeply engaged and form a long-run commitment to you. 

There’s no good design or bad design, there’s only web page design that matches with your user’s expectation and engages them.

Your website design creates the first impression with your users, and you want to make their interaction with your site as human-friendly as possible. Nobody likes to be greeted and instructed by a robot.

3. Go Get Space Menawarkan Harga Yang Berpatutan Untuk Website Design Price Malaysia 

Kos pembinaan bagi sesebuah laman web e-commerce berbeza antara satu syarikat designer dengan yang lain. 

Dan ada sesetengah syarikat mungkin sahaja tidak mahu menyatakan harga permulaan atau harga basic bagi perkhidmatan yang mereka sediakan.

Salah satu Frequently Asked Question Go Get Space ialah berkaitan dengan Website Design Price Malaysia. Sememangnya, kos merupakan hal terpenting dalam pembinaan laman web kerana ianya bukan mudah dibangunkan, dan mengambil sedikit masa untuk direkabentuk.

Dan tanpa perlu berselindung, Go Get Space menyatakan website price Malaysia yang mereka tawarkan untuk kos permulaan minimum untuk laman web profesional adalah bermula serendah RM2,000.00 dan ke atas.

Sesiapapun Boleh Menjadi Usahawan Online Yang Berjaya

Berminat untuk berbisnes dan menjadi usahawan online yang berjaya? Anda boleh sahaja melakukannya selagi anda mempunyai kekuatan untuk melaksanakan rancangan anda.

Dulu dan sekarang, mungkin ada bezanya dengan cara kita membeli belah. Kalau dulu platform online shopping bukanlah pilihan utama, namun sekarang makin ramai yang lebih menyukai pembelian atas talian.

Cara Memulakan Perniagaan Online Sendiri Di Malaysia


Bagi usahawan yang menjalankan perniagaan bisnes online, sememangnya ada cabaran tersendiri seiring dengan keadaan semasa dan juga teknologi yang ada.

Usahawan online selain memikirkan mengenai produk jualan, harus juga sentiasa sentiasa senang berurusan dengan pelanggan. Tanpa pelanggan, usahawan online mungkin tidak mampu survive untuk mendapatkan hasil jualan yang banyak.

Mudahkan pelanggan membuat transaksi beli belah, berikan diskaun potongan harga mengikut keadaan yang sesuai seperti pembelian buat pertama kali, pembelian di musim perayaan, pembelian shop anniversary dan sebagainya.

Untuk  kekal lama dan berjaya, selain memiliki laman web e-commerce sendiri, jangan lupa juga untuk menggunakan platform media sosial yang lain sebaik-baiknya di dalam usaha untuk mempromosikan dan mengukuhkan bisnes online anda.

Semoga bermanfaat.

cheers.

12 comments:

  1. wah bagus info ni tq for sharing

    ReplyDelete
  2. haaa sampai sekarang la tak tahu nak jual produk apa. Nak berniaga pun tak pandai sangat

    ReplyDelete
  3. singgah sini.. nice info utk yg berminat nk mulakan bisnes dr rumah ni.

    ReplyDelete
  4. kdg2 jual pre-loved items di mudah.my. tp akhir2 ni x laku la plak.

    ReplyDelete
  5. masih lagi belajar..trima kasih share mrs.pip ^_^

    ReplyDelete
  6. teringin nak jual barangan preloved, terlalu banyak barang yang tak dipakai

    ReplyDelete
  7. dulu pernah jadi agent zawara memang seronok sebab waktu tu tak banyak pesaing tapi nak seribu daya kan

    ReplyDelete
  8. Tq sharing mrs.pip.banyak dapat tips dari ni. Best sebenarnya kalau dpt setup web ecommerce sendiri kan

    ReplyDelete
  9. Menariklah part buat website ecommerce tu.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  11. BAgus la perkongsian ni. Moga memanfaatkan lebih ramai peniaga dan usahawan

    ReplyDelete
  12. Nak berniaga memang kne fikir panjang, tambah pula zaman online skrg nie.. website yg kita nk buat pun kne betul pada tempatnya.. . Go Get Space yer.. nice sharing..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Follow Us @soratemplates