5 Cara Belajar Bahasa Cina Mandarin Untuk Anak

5 Cara Belajar Bahasa Cina Mandarin Untuk Anak | hi there. Sejak sekolah ditutup, aku jadi naik pangkat jadi cikgu gantian untuk anak-anak. Aku yakin, ramai parents juga sama seperti aku, perlu mengajar anak di rumah dan menyelia tugasan sekolah mereka.

Salah satu cabaran untuk aku bila berdepan dengan semua homework anak-anak ialah mengajar anak bahasa cina Mandarin! Untuk pengetahuan, anak-anak aku, Iman dan Amin bersekolah di sekolah Cina. Dan aku yang sangatlah cetek pengetahuan dalam Mandarin ni, memang ada rintanganlah juga kan.

Untuk Amin yang berada di tadika (next year masuk darjah 1), aku still ok lah ajar dia since homework dia pun ada dual language untuk bahagian arahan. So aku fahamlah apa yang laoshi dia nak Amin buat.

Tapi untuk Iman, homework dia seperti Bahasa Cina, Sains, dan Matematik memang semua 100% di tulis dalam tulisan Cina. Dan terpaksalah aku kerja extra sikit untuk translate kan semua kerja dia ke dalam English.

5 Cara Belajar Bahasa Cina

1. Guna apps untuk translate tulisan cina - Camji Apps.

Aku guna CAMJI Apps untuk buat kerja-kerja translation tu. So far so good, walaupun ambil masa nak translate, tapi apps sebegini sangat membantu aku. Kalau tidak, memang takkan siaplah tugasan homework si Iman tu.

Dan belum masuk aksi-aksi drama minggu ini setiap kali belajar menulis tulisan Cina. Iman punya alasan nak tangguh-tangguhkan kerja tu, ya Allah sangat mencabar kesabaran aku ya mak mak sekalian.

Ada saja alasan dia buat asalkan nak mengelak dari buat tugasan Cina. Tapi kalau tugasan English, dia punya laju tu sekejap saja sudah siap!

Selain buat kerja rumah kan, cabaran lain aku hadapi ialah, mengajar Iman membaca dan menyebut dengan betul setiap Chinese character. Fuiyo, banyak sangat yang aku tak tahu macam mana nak sebut dengan betul. Boleh buat aku dan Iman terkial-kial!

Pasal aku nak sangat bantu Iman dan Amin sama-sama belajar bahasa Mandarin, dan aku nak mereka suka untuk study 3rd language mereka (selepas BM dan BI), jadi kita pun kenalah ada inisiatif juga kan untuk bantu anak-anak sebaik mungkin.


2. Beli Buku Bacaan Mandarin Yang Ada Pinyin Dan Juga Online Audio  

Untuk belajar bahasa cina, cara lain ialah beli buku bacaan yang ada pinyin dan online audio.

Pasal aku tidak pandai sangat untuk sebut dengan betul bunyi setiap character huayi, jadikan aku buat sebaik mungkin dengan belikan buku bacaan Mandarin, dan siap ada pinyin sekali untuk aku tahu setiap character cina tu, more or less macam mana mau baca.

Cara Anak-Anak Belajar Bahasa Mandarin

Korang yang nak beli buku ni di Shopee, 

  • Yang aku beli ni, 40 buah cerita dongeng di dalam bahasa cina buat pembelian di Shopee. 
  • Dan harganya pun agak affordable kan. 
  • Dengan saiz kecil mudah dibawa 14cm x 14cm sahaja dan setiap satu buku tu ada 10 mukasurat, harga RM40.69 (termasuk shipping charges)

Cara Anak-Anak Belajar Bahasa Mandarin



  • Kalau korang nak beli sikit sahaja pun boleh. Seller ni jual random books ya, jadi tak boleh nak request buku cerita apa yang korang suka.
  • Buku di jual dalam pakej 20 buah, 40 buah, 60 buah, dan 80 buah kalau tak silap.
Cara Anak-Anak Belajar Bahasa Mandarin
  • Semua buku dicetak dalam kertas yang berkualiti dan penuh warna warni. Bukan anak saja suka, aku pun suka sangat. 
  • Gambar pun semua cantik-cantik.


  • Nampak tak tulisan pink tu? Tu lah yang aku tulis buku yang ada pinyin.
  • Bagusnya buku seperti ni kan, bila anak anak cuba kenal tulisan cina tu , dan dia tak berapa ingat nak sebut, so bila ada pinyin, senanglah dia nak sebut.

Cabaran Ajar Anak Bahasa Mandarin

  • Buku yang aku beli ni, belakangnya ada barcode. Jadi aku pun happylah kan. 
  • Kena scan dan dibawa terus ke laman web mereka. 
  • Dan lepas tu boleh klik link yang disediakan di web dan dengar audio / podcasts secara online.
  • So bila dah hari-hari dengar audio yang sama, ianya membantu anak-anak untuk perbaiki bacaan mereka. Suka sangat dengan buku ni T_T.

3. Ajar Anak Tulis Tulisan Cina Dengan Strokes Yang Betul / Tepat


Tulis Tulisan Cina Dengan Strokes Yang Betul / Tepat


  • Buku belajar tulis dengan betul tulisan Cina tu, korang boleh tengok setiap character tu nak tulis macam mana. 
  • Tengok barisan terakhir bagi setiap character .
  • Lepas tu pula, buku ini juga memberi contoh ayat untuk digunakan dan beberapa cantuman character untuk bunyi lain dan maksud lain.
  • Buku ni best sangat untuk sesiapa yang baru mula belajar menulis bahasa cina Mandarin.


Tulis Tulisan Cina Dengan Strokes Yang Betul

Korang yang nak beli buku ni di Shopee, 


Ini harga buku untuk satu set (3 buah buku). Korang kalau nak beli, bolehlah try cari trusted seller ni, erlanshen.my. Buku ni pun penuh warna warni dan kertas berkualiti baik.

Selain itu, dua buku lagi tu ialah short poems dan satu lagi short stories yang ditulis di dalam tulisan Cina beserta Pinyin sekali.

4. Belajar Melalui Lagu 

Ya, aku rasa salah satu kaedah ajar anak-anak bahasa Mandarin ialah dengarkan mereka dengan lagu, sebaiknya yang ada video sekali.

Iman dan Amin pun dulu aku biasakan mereka dengan VCD Mandarin. Sukalah budak berdua ni menyanyi Mandarin.

Salah tak salah sebutan tu, kalau dah time nyanyi kita nyanyilah saja.

5. Belajar Online Bahasa Mandarin di Lingohut

Aku baru juga kenal website Lingohut ni. Website ni best bagi pendapat aku kerana selain belajar sebut Cina dengan betul, juga ada tulisan Pinyin dan boleh dengar audio!

Awesome sangat.

Ajar Anak Bahasa Mandarin


Yang nak belajar cina tu, nak try buat ayat, bolehah lawat laman web Lingohut ni. 

Aku harap yang mana mak bapa tiada idea untuk ajar anak bahasa Mandarin, mungkin boleh beli buku-buku seperti yang aku dapatkan di Shopee. 

Atau boleh saja guna buku teks mereka yang sedia ada, cumanya mungkin agak sukar sedikit kerana tiada audio untuk belajar sebut satu-satu character Cina tersebut.

Perangai Anak Belajar Bahasa Cina Mandarin

Dah alang-alang cakap pasal belajar bahasa cina ni, Iman memang selalu mau escape dari belajar tulis Mandarin. Haha, tapi mommy tak layan drama dia kalau dia malas nak menulis.

Memang kita ni kena keraskan hati kat depan anak-anak. Dah lah Iman ni banyak homework guna tulisan Cina seperti Sains,dan Maths, so memang kena paksa juga Iman tulis cina.

Tu saja nak sembang dengan korang perihal anak anak belajar Mandarin.

cheers.

p/s: Saya tak jual buku2 belajar bahasa cina tu, saya just kongsikan sahaja kot2 ada parents yang mencari buku tambahan Mandarin untuk anak anak.


7 Comments

  1. good sharing mrs pip..bagus untuk anak2 belajar 3rd language lepas BM & BI. teringat plak masa belajar kat U dulu, saya ada belajar subjek mandarin ni jugak. Tapi tak ingat cara cakap & sebutan..dah lama tak praktik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan FS, saya pun ambil mandarin kat U juga , tapi kita belajar yang basic2 saja, so memang tak ingat banyak pun. lagi2 bila tak praktik.

      Delete
  2. Tu dia mencabarnya..saya ajar anak2 bahasa arab pun dah rasa mencabar macam naik gunung..Ni pulak bahasa mandarin. pitam...hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang boleh pitam, lagi2 bila anak asyik mengelat tak nak buat homework.
      Nak tak nak memang kena paksa lah juga.
      Rasanya Bahasa Arab dan Mandarin ni, level susah senang hampir sama sajakan.
      Beginilah bila anak2 kena belajar 3rd language / foreign language, kita mak2 kena bagi dorongan sehabis baik.

      Delete
  3. haha..pandai iman mengelat tak nak buat latihan mandarin..ye lah jadi mak ni ada masa kena keras hati jugak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, suka sangat ngelat. kekadang time buat kerja rumah time tu lah kejap2 nak minum dekat dapur... teknik dorang semua kita dah pernah guna dulu, ekekek.

      Delete
  4. nice sharing. berguna ni para ibu2 hehe

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.