Review Korean Drama Remember War Of The Son (Lakonan Yoo Seung Ho, Park Min Young, Nam Goong Min, Park Sung Woong)

Review Korean Drama Remember War Of The Son. hi there, drama Remember ni berkisar tentang seorang ayah yang dituduh membunuh, dan si anak perlu menyelamatkan ayahnya daripada dikenakan hukuman mati. 

Ada empat watak utama di dalam drama ni, dan beberapa watak pembantu yang hebat. Aku tengok Remember Kdrama ni pasal jalan ceritanya menarik, selain pelakon heroin yang cute Park Min Young dan juga Park Sung Woong.

Dan untuk Yoo Seung Ho ini kdrama pertama dia yang aku layan, padahal pelakon ni sudahpun melakonkan banyak kdrama menarik. 

Dan untuk Nam Goong Min, kdrama pertama dia yang aku layan ialah The Birth Of The Rich (2010).

Review Korean Drama Remember War Of The Son

Sebelum tu, jom kita lihat senarai penuh mereka yang menjayakan Korean Drama Remember War Of The Son ...

Senarai Pelakon Korean Drama Remember War Of The Son

Cast

Main Cast

Yoo Seung Ho as Seo Jin Woo
– Kim Hyun Bin as Jin Woo (young)

Park Min Young as Lee In Ah

Park Sung Woong as Park Dong Ho
– Lee Geon Hee as Park Dong Ho (teen)

Nam Goong Min as Nam Gyoo Man

Jung Hye Sung as Nam Yeo Kyung

Byun Doo Ri Law Firm

Kim Jin Woo as Kang Suk Kyu
Kim Hyung Bum as Attorney Song Jae Ik
Lee Jung Eun as Yeon Bo Mi

Il Ho Group

Han Jin Hee as Nam Il Ho (Gyu Man & Yeo Kyung’s father)
Lee Si Un as Section Chief Ahn Soo Bum
Uhm Hyo Sup as Prosecutor Hong Moo Suk
Kim Young Woong (김영웅) as Detective Kwak Han Soo

Seo Jin Woo’s Family

Jun Kwang Ryul as Seo Jae Hyuk (Jin Woo’s father)

Lee In Ah’s Family

Jung In Ki as Lee Hyun Jong (In Ah’s Father)
Park Hyun Sook as Kim Young Sun (In Ah’s mother)
?? as Lee Yun Ji (In Ah’s younger sister)

People Around Park Dong Ho

Lee Won Jong as Suk Joo Il
Kim Ji Hoon as Pyun Sang Ho

People at Court

Song Young Kyu as Tak Young Jin
Oh Na Ra as Prosecutor Chae Jin Kyung

Others

Kim Young Woong as Kwak Han Soo
Shin Hyun Soo as Bae Chul Joo
Lee Seung Hyung as Lee Jung hoon
Seo Jin Wook as Park Dong Jin (prison doctor)
Kim Jung Pal as detective Bae
Ki Se Hyung as Manager Geum
Min Kyung Jin

Cameo

Han Bo Bae as Oh Jung Ah (ep 1, ep 4)
Maeng Sang Hoon as Oh Sung Taek (ep 1-4)
Jung Won Joong as judge (ep 2, ep 4)
So Hee Jung as Lee Hye Sun (Jin Woo’s mother, ep 2)
Jun Se Hyun as Dong Ho’s Helper
Lee Sul Goo (이설구) as casino gangster (ep 2)
Geum Dong Hyun (금동현) as Park Kyung Soo (Dong Ho’s father, ep 4)
Lee Hye In (ep 5)
Nam Myung Ryul as Kang Man Soo (ep 5-7)
Lee Shi Ah as Kim Han Na (ep 5-6)
Lee Dong Jin (이동진) as party’s moderator (ep 5)
Yoon Kyung Ho as a killer with scorpion tattoo (ep 7)
Lee Chang as Ham Ji Suk (ep 11)
Jung Gyu Soo as Sul Min Soo’s father (ep 11-13)
Shin Jae Ha as Sul Min Soo (ep 11-13)
Kim Kyung Ryong as Byung Hoon (ep 11-13)
Ki Se Hyung (기세형) as secretary Geum (ep 11-12)
Kim Ik Tae as Chairman Ha (ep 13-15, 18)
Lee Kang Wook (이강욱) as Kim Chan (ep 15-16)
Jung Yoo Min as Song Ha Young (ep 15-17)
Sung Chang Hoon as Go Kwang Il (ep 17)
Han Yoo Yi as Park Min Hee (ep 17)

Production Credits

Director: Lee Chang Min
ScriptWriter: Yoon Hyun Ho

Jalan Cerita Korean Drama Remember War Of The Son

Seo Jin Woo (lakonan Yoo Seung Ho) mempunyai satu kelebihan iaitu hyperthymesia di mana membolehkan dia mengingati hampir semua yang dia lihat secara detail dengan sempurna. 

Satu hari, bapa Jin Woo balik lambat dari tempat kerja. Malangnya bapa dia tidak mengingati jalan balik ke rumah , dan merayau di sekitar hutan tidak jauh dari tempat dia bekerja.

Seorang gadis mati dibunuh dan diletakkan di kawasan hutan tersebut dan ditemui oleh bapa Jin Woo.

Yang lebih memeranjatkan, gadis yang mati adalah anak kepada kawan baik bapa Jin Woo. Dan pada waktu bapa JIn Woo disoal siasat, dia tidak mampu mengingati apa yang terjadi pada hari kejadian tersebut.

Bapa Jin Woo disahkan mempunyai penyakit Alzheimer's dan dia kehilangan memorinya sedikit demi sedikit.

Review Korean Drama Remember War Of The Son

Jin Woo perlukan seorang peguam yang boleh membela nasib bapanya. Dia bertemu dengan peguam handal bernama Park Dong Ho (lakonan Park Sung Woong).

Oh ya, kalau kamu ada menonton Filem The Great Battle, lakonan Zo Insung, Park Sung Woong memegang watak utama sebagai Li Shimin, si penjahat yang mahu menakluk Ansi Fortress. 

Serius aku menyampah betul watak Li Shimin dalam The Great Battle tu, dan tak sangka betul Park Sung Woong berjaya membawa watak emperor tu dengan baik.

Balik kepada cerita Remember ni, Park Dong Ho bagitau Jin Woo dia perlu membayar kos guaman yang tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan Dong Ho, dan Jin Woo berjanji untuk membawa sejumlah wang yang diminta Dong Ho.

Kerana Jin Woo seorang yang hebat menggunakan memorinya, dia pergi berjudi dan menang besar. Jadi duit tersebut digunakan untuk membayar Dong Ho.

Review Korean Drama Remember War Of The Son

Nam Goong Min memegang watak sebagai Nam Gyoo Man, anak chaebol yang sombong dan semua kerja kotor dia ditutup menggunakan kuasa dan pengaruh bapa dia, Chairman Nam.

Kalau korang peminat Goong Min, aku suggest korang janganlah tengok drama Remember ni. Watak dia yang paling aku menyampah dalam drama ni.

Perfecto sangat. Dia buat salah apa sekalipun, mesti bapa dia akan bersihkan kerja kotor dia ni. Hiks, bapa dia si Chairman Nam tu pun aku menyampah sangat.

Pembunuhan yang berlaku sehingga menyebabkan bapa Jin Woo disabitkan kesalahan adalah hasil kerja kotor Gyoo Man.

Review Korean Drama Remember War Of The Son

Lee In Ah (lakonan Park Min Young), membawa watak seorang prosecutor. 

Dia pelajar perundangan ketika bertemu Jin Woo yang ketika itu masih pelajar high school. Dan berlaku satu insiden di mana In Ah menuduh Jin Woo mencuri tas tangannya. 

Namun berjaya dibuktikan oleh Jin Woo yang In Ah tersalah menuduh orang. Bermula dari situ, mereka menjadi teman tapi mesra.

Dan ketika bapa Jin Woo melalui proses perbicaraan, In Ah memberikan sokongan kepada Jin Woo dengan menemaninya mendengar kes perbicaraan berjalan.

Malangnya, kerana kuasa duit Chairman Nam yang berjaya 'membeli' prosecutor, detektif, doktor yang merawat bapa Jin Woo, dan juga peguam Dong Ho yang terpaksa berpaling tadah kerana diugut oleh abang angkatnya yang bekerja dengan Chairman Nam, maka bapa Jin Woo dijatuhkan hukuman mati.

Jin Woo meninggalkan In Ah kerana merasakan dia perlu mencari jalan untuk membebaskan ayahnya.

4 tahun kemudian, Jin Woo kembali dan menjadi seorang peguam, selain itu juga Jin Woo membuka syarikan guamannya sendiri yang bernama Byun Do Ri Law Firm.

Jin Woo mempunyai masalah kesihatan, namun dia merahsiakan keadaannya daripada semua orang kecuali Yeon Bo Mi , orang kepercayaannya.

Jin Woo perlu menyegerakan proses untuk appeal semula kes ayahnya sebelum keadaan kesihatan dia semakin merosot.

Jin Woo kalah pada re-trial pertama ketika kes dibuka semula, dan yang paling menyedihkan bapa Jin Woo mati pada hari perbicaraan terakhir dijalankan. Hakim tidak membuat sebarang perubahan kepada keputusan terdahulu, bapa Jin Woo masih didapati bersalah kerana membunuh.

Agak sukar untuk mengalahkan Nam Gyoo Man kerana dia dan bapanya akan menggunakan apa sahaja jalan untuk memastikan Gyoo Man tidak dikaitkan dengan kes pembunuhan tersebut.

Review Korean Drama Remember War Of The Son

Antara scene yang menyedihakan dalam drama Remember ni ialah bila bapa Jin Woo tidak mampu mengingati anaknya sendiri. Padahal mereka tinggal berdua selepas mak dan abang Jin Woo mati di dalam kemalangan jalanraya ketika Jin Woo masih kecil.

Dan kemalangan tersebut juga mempunyai kaitan dengan peguam Dong Ho. Dan kerana kemalangan yang berlaku satu ketika dulu, Park Dong Ho selepas mengetahui kemalangan tersebut berkait rapat dengan Jin Woo, maka dia berusaha memastikan Jin Woo tidak diapa-apakan oleh Nam Gyoo Man.

Untuk mengalahkan Nam Gyoo Man, Lee In Ah dan Jin Woo mempunyai idea namun mereka perlukan pertolongan daripada boss In Ah , iaitu Tak Young Jin.

Percaturan mereka sangat berisiko namun itu sahaja jalan yang terbaik untuk mereka.

Park Dong Ho dituduh membunuh abang angkatnya (ketua gengster yang bekerja untuk Chairman Nam), namun itu semua adalah perangkap untuk menyumbat Dong Ho ke dalam penjara.

Review Korean Drama Remember War Of The Son


Dong Ho berjaya dibuktikan tidak bersalah atas bantuan Jin Woo.
 
Park Dong Ho yang pada asalnya bekerja dengan Il Ho Group milik keluarga Nam Gyoo Min, akhirnya meninggalkan firma guamannya dan dia bercadang untuk menebus segala kesalahan dia terhadap Jin Woo.

Walaupun ayah Jin Woo sudah tiada, namun Jin Woo tetap ingin membersihkan nama ayahnya daripada pertuduhan membunuh.

Jin Woo meminta untuk re-trial kali kedua. Dan untuk re-trial kali kedua, Jin Woo dan atas bantuan In Ah, Tak Young Jin dan juga Park Dong Ho, mereka bersedia untuk memenangi kes ini.

Dan Jin Woo juga berjanji akan menyumbat si pembunuh sebenar dan mereka yang terlibat dalam kes bapa Jin Woo untuk diseret masuk ke dalam penjara dan dikenakan hukuman setimpal.

Kesudahan Korean Drama Remember War Of The Son

Cerita drama ni memang sangat berkait dengan tugas peguam serta cara mereka menjadi 'detektif' untuk mendapatkan maklumat untuk setiap kes yang mereka wakili.

Terus terang, bukan senang kerja sebagai peguam bila aku tengok drama ni. Lagi-lagi bila si kaya boleh membeli semua mereka yang terlibat dalam satu-satu kes.

Kau bayangkan kalau semua orang yang memegang peranan penting seperti detektif, doktor, hakim, peguam, polis, saksi kes boleh dibayar dengan duit menjadikan mereka pecah amanah, maka memang sia-sia bila penghakiman sangat berat sebelah.

Aku puas hati dengan kesudahan cerita korean drama Remember War of The Son ni apabila Jin Woo berjaya menyumbat masuk si Nam Gyoo Man ke dalam penjara, dan bapa dia si Chairman Nam juga menerima nasib yang sama berjaya disumbat ke dalam penjara.

Tapi, aku tak puas hati dengan watak utama Jin Woo yang disebenarnya disahkan mempunyai sakit yang sama seperti bapa dia.

Menurut doktor yang merawat Jin Woo, kelebihan yang dimiliki Jin Woo boleh mengingati semua perkara merupakan satu kecacatan buat Jin Woo.

Penyakit hyperthymesia akan menyebabkan sedikit demi sedikit selepas semua ruang memori Jin Woo digunakan akan membuatkan Jin Woo mengalami Alzheimer's.

Dan sampai satu masa, Jin Woo akan menghadapi kesukaran untuk bekerja dan bersosial kerana tidak mampu mengingati apa-apa dan untuk menguruskan dirinya juga akan menjadi sukar.

Review Korean Drama Remember War Of The Son


Selepas kemenangan Jin Woo terhadap kes yang melibatkan bapa dia, Jin Woo meninggalkan firma guamannya dan menyerahkan kepada Park Dong Ho.

Walaupun In Ah sentiasa ada untuk Jin Woo, tapi ianya sesuatu yang agak mustahil untuk mereka bersama kerana Jin Woo tidak mengingati apapun tentang In Ah.

Cerita ni juga tidak memaparkan romantic scene sangat. Kissing scene pun seingat aku ada sekali sahaja. Aku rasa dorang patut cut sahaja the kissing scene tu untuk menjadikan drama ni 'clean'. 

Tapi dah korean drama kan, susah betul nak tengok yang clean dari sebarang kissing scene, hurm.

Kalau korang sejenis sukakan cerita genre perundangan, korean drama Remember War Of The Son ni bolehlah masuk wishlist korang nanti.

Korang suka Park Min Young, boleh baca review korean drama When The Weather is Fine lakonan Park Min Young bersama Kang Seo Joon.

Tonton When The Weather is Fine Kdrama (Starring Park Min Young dan Kang Seo Joon) || Review Full Episode

thanks for reading.

cheers.

7 Comments

  1. Rasa macam tak pernah tengok lagi drama nih.Nanti saya cari .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengoklah Diana . Drama ni ok, tapi memang ada part yang agak bosan.

      Delete
  2. cantiknya jaket heroin tu kat gambar last tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju2 dia semua rasa macam cantik dalam drama ni.
      maybe pasal nak masuk winter kan, so pakai coat tebal nampak mcm cantik la pula.

      Delete
  3. Ada try tengok sampai episode 5 dengan husband. Pahtu dia kata bosan, sampai sekarang tak tengok lagi. Haha Kalau nak tengok sorang memang passed aje la dengan Aien ni mrs.pip. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kalau layan kdrama memang tengok sorang2, husband tak layan drama2 merapu ni, haha.
      tapi saya suka kdrama berbanding drama tempatan kita.
      entahlah, rasanya kdrama ni lagi senang nak adapt dan lagi banyak logik.

      Delete
  4. rajinnya kakpip layan drama korea hehe

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.