Review Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo

hi there. aku baru habis tengok korean drama Review Korean Drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo - Cerita 8 Putera Anak King Taejo .

Maksud Tajuk Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo (Ikut Kefahaman Aku)


Sebelum tu, aku bagi sedikit pencerahan tajuk drama ni berdasarkan kefahaman aku. Moon Lovers? Maybe lah kan pasal waktu gadis tu masuk ke dunia Goryeo tu kebetulan berlaku gerhana bulan penuh.

Dan Scarlet tu direct translation bermaksud brilliant red. Jadi Scarlet Heart tu membawa maksud hati merah atau paling senang cakap 'percintaan'.

Jadi Ryeo tu apa benda pula? Ryeo tu bermaksud singkatan daripada 'Goryeo', di mana drama ni berdasarkan zaman Goryeo.

Ok, dah tak perlu pening-pening tajuk kdrama ni. Koreans ni kalau buat drama, tajuk pun kekadang puitis sangat sampaikan nak faham pun susah.


Review Korean Drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo - Cerita 8 Putera Anak King Taejo


Pengenalan dan sinopsis serta barisan pelakon yang menjayakan Moon Lovers - Scarlet Heart : Ryeo 


Title: 달의 연인 – 보보경심: 려 / Moon Lovers – Scarlet Heart: Ryeo
Chinese Title: 月之戀人-步步驚心:麗
Early Title: 달의 연인 / Moon Lovers
Previously known as: 보보경심 : 려 / Scarlet Heart: Ryeo
Genre: Historical, Romance, Time-travel
Episodes: 20
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2016-Aug-29 to 2016-Nov-01
Air Time: Monday & Tuesday 22:00

Sinopsis:

The story set up in the early of Goryeo regime. Hae Soo (IU), a 25 year old girl from modern era got transported back to Goryeo dynasty and got trapped in the conflicts and struggles between princes of Wang’s House. There, she falls in love with Wang So (Lee Joon Ki) who makes other people tremble with fear.

Main Cast

Lee Joon Ki as Wang So (4th Prince)
– Choi Hyun Jin (최현진) as Wang So (young)
– Hong Dong Young as Wang So (child)
IU as Hae Soo
Kang Ha Neul as Wang Wook (8th Prince)
Hong Jong Hyun as Wang Yo (3rd Prince)

Prince

Kim San Ho as Wang Mu (Crown Prince)
Yoon Sun Woo as Wang Won (9th Prince)
Byun Baek Hyun as Wang Hyun (10th Prince)
Nam Joo Hyuk as Wang Yoo (13th Prince)
Ji Soo as Wang Jung (14th Prince)

Royal Family

Jo Min Ki as Wang Geon (King Taejo of Goryeo)
Park Ji Young as Queen Sinmyeongsunseong
Jung Kyung Soon as Queen Shin Jung
Kim Kang Il (김강일) as Lady Kang (King’s 22nd consort and Wang So’s adoptive mother)
Park Jung Hak as Wang Shik Ryum (The King’s brother)

Princes’ Lovers

Kang Han Na as Hwangbo Yeonhwa (later Queen Daemok)
Park Shi Eun as Lady Hae (principal wife of Wang Wook)
Z.Hera as Park Soon Duk (Park Soo Kyung’s daughter)
Jin Ki Joo as Chae Ryung
Seo Hyun as Woo Hee (last Princess of Baekje)

Goryeo Officials

Kim Sung Kyun as Choi Ji Mong
Sung Dong Il as General Park Soo kyung
Choi Byung Mo as Park Young Kyu (Wang Yo’s father-in-law)

Others

Woo Hee Jin as court lady Oh Soo Yun
Nam Sung Joon
Lee Chae Mi
Seo Ga Eun as Hae Soo’s daughter
Kim Jin Seo
Lee Ho Jung as Hae Soo’s friend at present day
Byun Woo Suk as Hae Soo’s ex-boyfriend at present day

Production Credits

Production Company: NBC Universal, YG Entertainment
Chief Producer: Han Jung Hwan
Executive Producers: Jo Jung Ho, Yang Min Suk, Kim Kyu Tae
Producer: Baek Choong Hwa
Director: Kim Kyu Tae
Screenwriter: Jo Yoon Young

Jalan Cerita Moon Lovers - Scarlet Heart : Ryeo

Seorang gadis sedang berfikir betapa malangnya hidup dia, dan kemudian dia ternampak budak jatuh dalam kolam, jadi dia terjun masuk kolam nak selamatkan budak tu. Budak tu dah berjaya diselamatkan, tapi gadis tu pula tenggelam ke dasar kolam.

Dan dalam masa yang sama, terjadi gerhana bulan penuh.

Bila gadis tu berjaya keluar dari kolam, dia pelik kenapa dia boleh berada di zaman lain? Dia dapat tahu yang dia berada di zaman pemerintahan King Taejo.

Semua orang panggil dia Hae Soo, tapi dia bukanlah Hae Soo yang sebenar. Jadi apa yang berlaku kepada Hae Soo (yang betul) dan bagaimana pula gadis tu masuk ke zaman Goryeo?

Hae Soo ni tinggal dengan kakak sepupu dia yang berkahwin dengan Prince Uk , putera kelapan. Dan tugas Hae Soo ni ialah sebagai peneman kakak sepupu dia yang sakit. Dan Hae Soo ni ada hand-maid, nama dia ChaeRyung. Macam dayang-dayang untuk urus si Hae Soo.

Hae Soo terpaksa berpura-pura lupa ingatan supaya orang tak suspek yang dia ni bukan Hae Soo sebenar, jadi terpaksalah dia pura-pura hilang ingatan dan sikap dia berubah, tak macam Hae Soo yang asal. 

Kakak sepupu dan Prince Uk perasan Hae Soo berubah perangai, tapi dorang lagi suka perangai Hae Soo yang sekarang ni.

Review Korean Drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo - Cerita 8 Putera Anak King Taejo

Prince Uk ni seorang yang penyayang. Dia jenis yang memang sangat ambil berat dekat Hae Soo. Dia kawin dengan wife dia bukan atas dasar cinta, tapi kerana terhutang budi kepada keluarga wife dia.

Lama kelamaan, Prince Uk dalam dia jatuh cinta dengan Hae Soo. Dan wife kepada Prince Uk tahu yang jangka hayat dia tak lama, so dia benarkan Prince Uk untuk kawin dengan Hae Soo bila dia dah meninggal nanti.

Lagipun dia risau siapa nak jaga Hae Soo memandang Hae Soo memang dah tiada mak bapa.

Review Korean Drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo - Cerita 8 Putera Anak King Taejo

Dalam cerita kdrama Moon Lovers - Scarlet Heart : Ryeo , King Taejo ni ada banyak anak dan isteri kononnya, tapi yang ditunjukkan dalam cerita ni hanya 9 orang , dan dua maharani dia yang memang tinggal bersama di dalam istana.

Dan 9 orang anak dia ni, mak lain-lain, tapi tinggal bersama.

Kalau aku tak silap, dalam cerita ni si Prince Yo, Prince So dan Prince Jung ni satu mak.

The Crown Prince Wang Mu, Prince Uk dan Princess Yeonhwa satu mak.

Dan Prince Won, Prince Eun dan Prince Wook lain mak tapi watak mak dorang tak diwujudkan dalam drama ni.

Dalam cerita ni, King Taejo dah pilih siapa putera yang akan ganti takhta kalau dia dah tiada nanti, dan putera tersebut ialah Prince Mu. Tapi Queen Sinmyeongsunseong nak anak dia si Prince Yo ni yang jadi Crown Prince.

Kengkonon anak dia yang lebih layak , padahal King Taejo pilih Prince Mu pasal putera inilah yang temankan dia pergi berperang terlebih dahulu sebelum anak-anak dia yang lain membesar. Kiranya Prince Mu ni yang paling sulung.

jadi, ada komplot nak jatuhkan Prince Mu. Benci tengok karakter Queen Sinmyeongsunseong , memang geram dekat dia.

Watak utama dalam cerita ni sebenarnya ialah Prince So. Dia ni putera yang malang bagi aku. Queen Sinmyeongsunseong ni, waktu King Taejo nak kawin dengan Lady Kang, dia marah  betul tak benarkan King Taejo kawin lain.

Tapi alasan King Taejo ialah dia kahwin kerana perlu mengukuhkan kuasa dia dan dia perlukan sokongan daripada wilayah lain, jadi dia kawin dengan Lady Kang.

Marah punya pasal, tak sengaja muka Prince So tercedera. Dan sebab tu dia bagi Prince So dekat Lady Kang, kebetulan Lady Kang pula kematian anak. Prince So ni pengganti anak buat Lady Kang.

Prince So nmembesar dengan Lady Kang. Kerana ada upacara yang perlukan dilakukan di istana utama, jadi Prince So balik istana, tapi kali ini dia ada misi tersendiri. Dia takkan balik semula ke tempat Lady Kang.

Hidup dia penuh penderaan, bukan Lady Kang sayang dia pun. 

Tapi, mak Prince So ni tak nak Prince So tinggal dalam istana. Mak sendiri tak sayang anak. Pasal mak dia nak Prince Yo jadi crown prince, dan pengkaji bintang istana dah bagitau yang Prince So bintang dia bersinar sebagai seorang maharaja. 

Gerunlah  Queen Sinmyeongsunseong kot kot si Prince So yang cantas jadi maharaja pula. Padahal Prince So bukan berminat pun nak jadi raja.

Review Korean Drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo - Cerita 8 Putera Anak King Taejo

Balik semula kepada cerita Hae Soo.

Hae Soo dan Prince Uk ni saling mencintai antara satu sama lain, tapi dorang tak show off. Dorang bercinta secara sembunyi-sembunyi.

Prince Uk bila dia senyum, nampak sweet dan caring. 

Prince Eun ni yang paling kebudak-budakan antara semua putera raja ni. Tapi paling kena sayang oleh adik beradik dia. Dia memang happy go lucky.

Kalau adik beradik dia belajar berperang, dia still main permainan patung dan lastik. Hae Soo ditakdirkan bertengkar dengan Prince Eun. Memang tak pernah dalam sejarah anak raja kena pukul dalam zaman Goryeo. 

Marah betul Prince Eun kena belasah. Tapi, insiden pertengkaran tu akhirnya menjadi Prince Eun dan Hae Soo sebagai sahabat.

Prince Jung ni selalu keluar dari istana pergi cari lawan siapa lagi kuat dengan orang-orang dekat pekan. Dia saja mau test ilmu pertahanan dia. Dia pun entah macam mana suka dekat Hae Soo.

Dia memang nak Hae Soo tapi dia tak nak paksa Hae Soo suka dekat dia pasal dia tahu Hae Soo sukakan seseorang. Aku suka Prince Jung ni. Dia nampak tegas. Dia ada pendirian dan tak senang terhasut dengan mak dia yang gila kuasa mahu jadikan Prince Yo sebagai crown prince.

Prince Won ni pula adalah penyokong setia Prince Yo. Apa saja yang Prince Yo tu buat, dia akan support. 

Review Korean Drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo - Cerita 8 Putera Anak King Taejo

Prince Baekha. Aku dalam ramai-ramai prince, memang Baekha ni aku paling feveret.

Dia prince yang tak pandai berperang langsung. Dia ni artist. Dia suka main alat muzik, dan melukis. Dia juga paling lemah lembut dan berbudi pekerti. Cakap pun sopan sangat. Kira macam flower boy lah gitu.

Dan Baekha ni adalah penyokong atau orang kanan Prince So. Kalau semua adik beradik ni tak begitu suka Prince So, berlainan dengan Baekha. Dia memang prefer jadi orang kanan Prince So.

Review Korean Drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo - Cerita 8 Putera Anak King Taejo


Baekha dan Hae Soo ni BFF. Setiap kali kalau Hae Soo ada masalah dengan Prince Uk atau Prince So, memang Baekha ni yang selalu comfort-kan Hae Soo.

Prince So pasal dia nak stay di istana, jadi dia bagitau King Taejo yang dia akan jadi orang setia untuk King Taejo dan crown prince. 

King Taejo ni nampak sahaja tidak suka dekat Prince So, tapi dia dalam dia memang ambil berat pasal Prince So. Lagipun dia percaya ramalan pakar kaji bintang istana yang menyatakan bintang Prince So bersinar untuk jadi maharaja satu hari nanti.

Review Korean Drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo - Cerita 8 Putera Anak King Taejo

Watak Baekha ||  Lee Jung Shin Atau Nam Joo Hyuk?


Ok gais. Aku kan selama aku layan cerita Moon Lovers ni, mati-mati aku ingat si Baekha ialah Lee Jung Shin (ahli kumpulan CNBlue - bassist & singer ).

Tapi bila aku habis layan kdrama ni dan nak buat review, baru aku perasan yang watak Baekha ni dibawa oleh Nam Joo Hyuk!

Oh emm gee.

Muka dorang seiras lah ... aku tertipu.

Dan bila aku Google, yes memang ramai yang menyatakan muka dorang seirang. Siap ada cakap lagi kot-kot dorang ni lost twin. haha.

Nam Joo Hyuk tengah meletops dengan drama bertajuk Start-Up bersama Suzy. Dan drama Nam Joo Hyuk pertama yang aku layan ialah Cheese in A Trap , lakonan bersama Park Hae Jin dan Kim Go Eun.

dan filem lakonan Nam Joo Hyuk pula yang aku layan over and over again (pasal anak-anak aku suka filem tu) ialah The Great Battle bersama Zoo In Sung.

Cuba tengok gambar di atas, ada resemblance. Berharap dorang boleh berlakon bersama kelak.

Kalau korang macam was-was muka seiras Nam Joo Hyuk dan Lee Jung Shin ni, korang boleh layan cerita Cinderella And Four Knights tengok persamaan dorang dengan drama Moon Lovers ni. Dua-dua muka flower boy yang soft spoken.

Review Korean Drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo - Cerita 8 Putera Anak King Taejo



Dalam korean drama moon lover scarlet heart ryeo ni, korang silalah sediakan tisu kalau korang memang sejenis hati mudah tersentuh.

Memang layan drama ni, entah berapa kalilah aku nangis. Lagi-lagi part Prince So yang selalu jadi mangsa.

Tapi aku paling suka bila Hae Soo pilih Prince So berbanding Prince Uk. Bukan pasal aku simpati dekat Prince So yang hidup dia tersisih daripada mak dia, tapi pasal Prince Uk agak perahsia untuk bagitau rancangan dia untuk jadi maharaja. Dan Prince Uk ketepikan Hae Soo demi rancangan dia.

Cinta Hae Soo tidak kesampaian.

Dia berpisah dengan Prince Uk. Dan selepas Prince So berjaya menaiki takhta sebagai maharaja, lama kelamaan Prince So juga berubah sehingga Hae Soo merasakan Prince So semakin jauh dari hati dia.

Prince Jung pesan dekat Hae Soo kalau Hae Soo nak keluar dari istana, anytime boleh bagitau dia pasal dia ada jalan untuk bawa Hae Soo keluar.

Cut it short selepas Hae Soo melalui beberapa siri penderitaan semasa bekerja di istana, akhirnya Hae Soo dilantik jadi court lady.

Dan court lady ni dia tak boleh tinggalkan istana melainkan dengan izin maharaja. Jadi Prince Jung sahaja yang ada cara untuk bawa Hae Soo keluar dari istana.

Kalau court lady keluar dari istana tanpa izin maharaja, court lady boleh dikenakan hukuman berat. Fuh, berfikir banyak kali nak jadi court lady kalau gitu.

 
Review Korean Drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo - Cerita 8 Putera Anak King Taejo



Ini ialah Princess Yeonhwa. Adik kepada Prince Uk.

Dan aku ada banyak persoalan bila layan kdrama Moon Lovers ni. Tapi satu persoalan aku paling besar ialah, Princess Yeonhwa adik kepada Prince Uk ni, macam mana pula Princess Yeonhwa pada akhirnya berkahwin dengan Prince So?

Review Korean Drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo - Cerita 8 Putera Anak King Taejo

Bukan dorang adik beradik satu bapa lain mak kan? Jadi kira dorang memang blood siblings kan.

Macam mana pula dorang boleh diizinkan berkahwin? Gila apa zaman Goryeo ni.

Dan ada satu lagi persoalan. Sebelum Prince So kahwin dengan Yeonhwa, terdahulu Prince So terpaksa selamatkan anak buah dia iaitu anak perempuan kepada crown prince yang kemudiannya jadi maharaja, Prince Mu.

Maharaja Mu suruh Prince So kawin dengan anak perempuan dia (anak buah Prince So sendiri). Dan budak tu still muda sekitar 7 tahun.

Gila betul zaman Goryeo ni kan.

Prince So kawin dengan anak buah dia sendiri pasal tak nak budak tu kena hantar sebagai pengantin untuk kawin dengan pembesar di daerah lain demi menguatkan kuasa Maharaja Mu.

Dan lepas Prince So kawin dengan anak buah dia tu, dia hantar budak tu ke kuil untuk dijaga dan diasuh.

 Menarik Juga : Review Flower Of Evil Lakonan Lee Joon Ki dan Moon Chae Won


Review Korean Drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo - Cerita 8 Putera Anak King Taejo


Prince Jung ni jatuh hati dekat Hae Soo pasal Hae Soo pernah selamatkan dia. Jadi dia pun rasa dia akan selamatkan Hae Soo bila Hae Soo perlukan pertolongan.

Ending cerita ni aku memang sangat diluar jangkaan. Akhirnya Hae Soo kahwin dengan Prince Jung. Tu saja cara Prince Jung untuk bawa Hae Soo keluar dari istana.

Fuh.

Korang kena layan drama ni kalau nak tahu kenapa Hae Soo nak keluar dari istana dan macam mana Prince Jung berjaya kawin dengan Hae Soo padahal Prince So yang lebih berkuasa terhadap Hae Soo.

.......

Bagi aku, kdrama Moon Lovers ni walaupun banyak elemen cinta, tapi ianya bukan fokus bercinta sahaja.

Ianya juga berkisar tentang persaudaraan, kepercayaan, kasih-sayang, kesetiaan, keadilan, dan persahabatan.

Kau takkan tahu sekuat mana diri kau kalau kau tak diuji. Begitula dengan Hae Soo dan Prince So, dan juga putera-putera yang lain.

Cerita Prince Eun yang ceria akhirnya dikahwin paksa oleh King Taejo dengan anak perempuan panglima pertahanan. Dan akhirnya Prince Eun bahagia dengan isteri dia walaupun pada mulanya dia tidak mencintai gadis tersebut.

Tapi sedih kerana bahagia tu hanya sementara apabila Prince Yo yang mencantas menjadi maharaja sanggup membunuh adik sendiri.

Review Korean Drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo - Cerita 8 Putera Anak King Taejo

Begitu juga dengan Prince Baekha, yang harus melihat kematian bunuh diri isteri kesayangan.

Moon Lovers Scarlet Ryeo tidak begitu mendapat sambutan di Korea, mungkin kerana ketika drama ini ditayangkan, ianya bersaing dengan drama korea yang lain.

Namun, kdrama ini mendapat sambutan yang sangat hebat di China, dan menjadi kdrama pertama yang berjaya dijual pada harga yang paling tinggi ketika itu, mencecah 8juta dollar.

Dan mengikut apa yang aku baca, Lee Joon Ki merupakan antara artis Korea yang diminati di China, dan tidak hairan kalau setiap drama lakonan dia akan mendapat tempat di kalangan penonton China.

Dalam kdrama ni, aksi lawan Lee Joon Ki nampak sharp dan sangat groovy. Jadi skodeng kejap bio Lee Joon Ki. Rupa-rupanya Lee Joon Ki memang terlibat dengan martial arts sejak dari kecil sehingga kini dia masih aktif dengan ilmu mempertahankan diri.

Review Korean Drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo - Cerita 8 Putera Anak King Taejo


Momen yang aku suka dalam kdrama ni ialah sewaktu semua prince ni boleh duduk dan bergurau bersama.

Kalau korang antara peminat drama-drama sejarah / saguek , kdrama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo ni antara kdrama yang wajib untuk korang tonton.

Adakah drama ni berdasarkan kisah benar?


Drama ni tak dipastikan berdasarkan kisah benar atau tidak, namun timeline drama ni memang ikut timeline yang betul pada monarki Dinasti Goryeo iaitu Taejo, Hyejong (Prince Mu), Jeongjon (Prince Yo) dan Gwangjong (Prince So).

Ending kdrama ni menunjukkan seolah-olah ada sequel Season 2 , tapi menurut apa yang aku baca, semuanya tidak dapat dipastikan dan kena tunggu sebarang pemberitahuan anytime before 2022.

sequel tak sequel, I am happy Lee Joon Ki lead the drama :) --- rooting for Lee Joon Ki.

Happy Watching.

cheers.

Post a Comment

3 Comments

  1. eh kdrama yg lama ni rasanya sha pernah tgk skit dlu dkt tv, best jugala byk prince nya haha

    ReplyDelete
  2. akak kurang minat sikit drama sejarah ni, tapi tengok pelakonnya cantik dan hensem belaka

    ReplyDelete
  3. jarang menangis tngk KDrama walaupun suka tngk. tapi ni salah satu yang buat cheq mengalir air matooo.. lama da fans tunggu sambungan tapi nan hadooo penat tunggu je..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.