Perut Buncit? Ini Punca Dan Cara Mudah Menghilangkan Perut Buncit

Perut Buncit? Ini Punca Dan Cara Mudah Menghilangkan Perut Buncit. 

hi there masalah perut buncit (pot belly) selalu dikaitkan dengan lelaki, lebihm untuk nampak lelaki yang perut buncit berbanding wanita. 

Tapi, wanita juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah perut buncit. 

Apa sebenarnya yang menyebabkan masalah perut buncit? Dan ada tak cara yang mudah untuk menghilangkan masalah perut buncit tersebut?

Punca Dan Cara Mudah Menghilangkan Perut Buncit


Apa itu perut buncit (pot belly)?

Perut buncit ialah apabila abdomen membesar atau membuncit yang mungkin disebabkan oleh lemak di bahagian perut, masalah abdomen seperti kehadiran fibroid, penggumpulan air dalam rongga abdomen yang dipanggil ascitis dan untuk mungkin juga anda sedang hamil (untuk wanita sahaja)


Apa yang menyebabkan perut buncit?

Ada banyak sebab yang menjadikan seseorang itu mempunyai masalah perut buncit, dan diantaranya ialah:-


  • Masalah Angin / Gas 

Apabila makanan tidak dicerna dengan baik, ataupun saluran pencernaan mempunyai masalah, maka angin akan terhasil di dalamnya. Biasanya ini berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah dengan lactose intolerant yang menyebabkan penyakit Coeliac iaitu alahan pada gluten.

Tetapi benda ini berlaku hanyalah apabila terdapat makanan pencetus dan bersifat sementara. 

Jadi kamu yang mempunyai alahan gluten, mungkin boleh elak memakan makanan yang mengandungi gluten.

Selain itu, perut yang kosong juga boleh menyebabkan perut buncit kerana masalah pengumpulan angin di dalamnya. 

Merokok selepas makan juga dikatakan tidak elok kerana boleh menjejaskan aktiviti penghadaman.


  • Stress , Keresahan dan Kemurungan

Sekiranya seseorang mempunyai masalah kesihatan seperti stress, keresahan dan kemurungan juga menyumbang kepada masalah perut buncit.

Masalah perut buncit juga dikaitkan mereka yang berhadapan dengan masalah anorexia nervosa dan bulimia nervosa. Ini penyakit orang yang tidak suka makan , tapi still boleh berdepan dengan masalah perut buncit.


  • Penambahan Berat Badan

Penambahan berat badan adalah punca yang paling ketara menyebabkan perut buncit.

Well, kerana lebihan lemak dan karbohidrat ditambah dengan senaman yang kurang atau langsung tidak bersenam, tidak hairanlah kalau perut jadi buncit.

Semua lelemaks tu berkumpul di sekeliling kawasan abdomen.


  • Masalah Bakteria Semula Jadi Pada Perut


Dalam saluran usus kita ni ada bakteria semula jadi

Tetapi ada sesetengah orang mengalami masalah kekurangan bakteria semula jadi tersebut yang mencetus kepada masalah perut menjadi buncit.

Oh, sebab tu la kot kita digalakkan mengambil minuman seperti yakult yang kaya dengan bakteria hidup yang baik. 

Perubahan Hormon

Semakin kita tua, tubuh badan mengalami perubahan, dan salah satunya ialah perubahan hormon.

Kalau wanita ni senang cakap, bila masuk tempoh menopaus.

Hormon estrogen makin susut, jadi ini juga antara punca perut boleh buncit.

Oh, no wonder saya perasan mak saya dan makcik makcik saya yang meningkat tua memang ketara perut dorang buncit, walhal badan kurus.

Selain tu, sindorm pre-menstruasi juga boleh sebabkan perut buncit dan masalah penghadaman.

Ni macam kes sayalah ni, setiap kali PMS memang akan ada masalah bloated tummy. Ni pun kategori perut buncit la jugakan. Cuma, ianya bersifat sementara sahaja.juga masalah penghadaman.

  • Hipotiroidisme


Masalah tiroid akan menyebabkan berat badan naik dan menjadi berlebihan.

Kerana kelenjar tiroid tu ada peranan utama dalam metabolisme badan di mana pecahan makanan yang masuk ke dalam badan akan ditukar kepada bentuk yang lebih ringkas seperti karbo kepada glukosa, protein kepada asid amino, dan lemak kepada triglisero dan asid lemak.

Karbohidrat dicerna dengan cepat . Protein dan lemak pula mengambil masa yang agak lama untuk dicerna sekitar 3.5jam.

Jadi, kalau ada masalah tiroid, bermakna kadar pencernaan juga akan terganggu yang akan menyebabkan kepada masalah berat badan naik.

  • Masalah Malas Bersenam


Hah! Ini pun punca yang sangat jelas kenapa perut jadi semakin buncit.

Dah lah suka makan banyak, tapi nak bergerak aktif sangatlah malas!

Macam manalah perut tak buncit sayang oi.

Apa taknya, maka lemak visceral korang tu makin selesa berada di sekeliling perut.

  • Kurang Tidur


Dikatakan kalau korang kurang tidur, akan menyebabkan perut jadi buncit.

Jadi cuba dapatkan tidur yang cukup, sekurang-kurangnya 6 jam sehari.

Kemudian sila perhatikan adakah perut kurang buncit selepas itu.


Sebenarnya, ada banyak lagi sebab yang menyebabkan perut buncit seperti pengambilan alkohol yang berlebihan dan kerap, postur tubuh yang membongkok, mengambil diet rendah lemak, sindrom Cushing, masalah hormon insulin dan sebagainya.


Jenis-jenis perut buncit yang anda ingin tahu


jenis jenis perut buncit pada wanita
source: https://era.je/interaktif/trending/perut-buncit-pada-wanita

  • Perut Buncit Tummy Pear


Biasanya mereka yang berbadan kurus atau ramping tetapi mempunyai di bahagian bawah perut tu sedikit besar.

Ini disebabkan oleh lebihan lemak yang ada pada bahagian pinggul.

Faktor estrogen atau ketidakseimbangan hormon mungkin penyebab kepada masalah perut buncit sedemikian.

  • Perut Buncit Mummy Tummy


Ini biasa berlaku pada wanita yang sudah bersalin.

Habis jak bersalin, perut tu sedikit kendur dan menggeleber dan kelihatan buncit.

Tapi biasanya perut akan kembali kempis dalam masa beberapa bulan selepas bersalin.

Dan buncit akan hilang.

Tapi ada juga masalah perut buncit berlaku selepas bersalin, tak nak hilang.

Fuh, yang ni kena usahakan untuk hilangkan perut buncit dengan bersenam dan kurangkan makan.

  • Perut Buncit Stress Tummy


Stress juga penyumbang kepada perut buncit.

Biasanya, kalau stress akan menyebabkan kita malas untuk buat sebarang aktiviti fizikal.

Jadi segala tenaga tersimpan rapi di dalam badan yang menyebabkan pengumpulan lemak di dalam badan.

Jadi, kalau korang stress, apa kata korang keluar bersenam, cukupkan tidur dan makan secukupnya bukan makan melantak berlebihan kerana nak melayan stress tu.

  • Perut Buncit Bloated Tummy


Bloated tummy ni perut yang kembung / menggelembung.

Biasa berat badan tak naik, tapi perut tu pula yang nampak sangat naik.

Ini disebabkan masalah angin akibat daripada bakteria dalam usus keluarkan gas ketika makanan masuk ke dalam sistem pencernaan.

  • Perut Buncit Thyroid Tummy
Biasanya yang ada masalah thyroid tummy ni, mereka yang ada masalah penyakit tiroid.

Penyakit tiroid dikatakan akan menyebabkan seseorang ada masalah dengan pengawalan berat badan.

Jadi tidak hairan kalau perut menjadi buncit.


Cara menghilangkan perut buncit mudah dan cepat


  • Bersenam dengan betul seperti seat up dan juga jogging


Ya, untuk hilangkan perut buncit, cara paling senang ialah dengan bersenam

Pilih senaman yang tepat untuk menghilangkan perut buncit.

Ada banyak pilihan senaman, terpulang anda nak pilih yang mana.

Macam mrs pip sendiri juga mempunyai masalah perut buncit selepas melahirkan baby Nami, dan senaman sit up dan gabungan beberapa senaman pilates lain membantu mengurangkan perut buncit.

Bersenamlah dengan konsisten setiap hari. 

Berdisiplin akan membuahkan hasil.

  • Kurangkan makanan berlemak atau tinggi karbohidrat dan ambil makanan berserat tinggi


Mengurangkan pengambilan makanan juga membantu dalam menghilangkan perut buncit.

Secara logiknya, semakin banyak kita makan, maka semakin banyaklah lebihan lemak terkumpul di badan dan kalau tidak digunakan sebagai tenaga, ianya akan membukit dalam tubuh kita.

Jadi, untuk kurangkan lemak berkumpul di dalam badan, kenalah kurangkan makan.

Dan gabungan kurangkan makan makanan yang berlebihan dan bersenam akan cepat memudahkan proses hilangkan perut buncit.

Kunyah makanan tu biar betul-betul hancur

Ini juga adalah gaya hidup yang semakin kita lupakan.

Dalam ajaran Islam, kita juga diminta untuk mengikut sunnah nabi untuk mengunyah makanan dengan betul sebelum kita telan makanan. Jadi ini mungkin kebaikan disebalik sunnah tersebut kan.

Apabila makana dikunyah dengan sempurna, maka proses pencernaan akan menjadi mudah.

So, no more extra gases dikeluarkan di dalam perut.

  • Disyorkan pengmabilan jus limau sebelum mengambil sebarang makanan di pagi hari


Ini sedang diamalkan oleh mr.Husband saya.

Setiap pagi dia akan buat hot lime water tanpa gula.

Katanya ini akan membantu dia mengempiskan perut yang semakin buncit.

Sebelum ini, dia pernah mengamalkan diet sedemikian dan berjaya, jadi tidak salah untuk melakukan sekali lagi diet yang sama untuk mengurangkan perut dia yang semakin besar seperti sebuah bantal yang empuk!

Dan, mrs pip pun terjebak sama mengamalkan petua minum air limau setiap pagi untuk hilangkan perut buncit.

Pengambilan jus limau di pagi hari dikatakan membantu membuang sisa-sisa makanan dalam perut dan juga asid yang tertinggal di dalamnya, jadi this is not a magic thing untuk kembalikan perut yang cantik, tetapi just a scientific fact yang logik.

  • Ambil air suam / air putih yang mencukupi dan kurangkan pengambilan minuman manis


Kalau tadi kita diminta untuk kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan karbo, sam juga dengan pengambilan minuman.

Minumlah air suam atau air putih biasa yang mencukupi setiap hari, 8 gelas sehari sudah cukup. Pengambilan air yang berlebihan juga tidak baik untuk badan.

Manakala untuk air manis, elaklah mengambil secara berlebihan.

Sehari segelas sudah memadai setakat nak hilangkan craving minuman manis.

Tapi jangan ambil berlebihan kerana segala jenis minuman manis juga memyumbang kepada simpana lemak berlebihan di dalam tubuh badan.

Amalkan teh hijau

Yes, pengambilan teh hijau baik untuk badan.

Ada banyak jenama teh di pasaran yang mengeluarkan teh hijau.

Teh hijau dikatakan membantu memperbaiki pembakaran lemak dan meningkatkan kadar metabolisma badan, selain dapat menstabilkan suhu badan dan juga gula.

Jadi apa kata ambil teh hijau pada waktu sarapan dan juga sebelum tidur malam.

  • Puasa sunat 


Ini baik untuk kita yang beragama Islam untuk puasa sunat setiap Isnin dan Khamis.

Selain memperoleh pahala, kita juga dapat menjaga kesihatan tubuh badan.

Nak try juga puasa sunat ni nanti.

Since Intermittent Fasting tak sesuai untuk mrs pip, jadi puasa sunat adalah alternatif yang baik untuk kurangkan berat sekaligus membantu hilangkan perut yang buncit.

  • Kurangkan pengambilan garam


Ok, makanan yang bergaram, rasanya lebih sedap.

Secara logiknya, bila makanan tu sedap kita pun makan dpenuh selera dan makan dengan banyak.

Jadi, makanlah makanan yang kurang garam.


Ada banyak lagi cara untuk menghilangkan perut kempis dengan mudah seperti pengambilan minuman yang membantu menurunkan berat badan.

Ada banyak minuman kurus cepat di jual di pasaran, tetapi harganya cecah ratus ringgit sebulan.

Jadi, untuk elak pembaziran beli minuman cepat kurus ni, alternatif lain adalah seperti yang dinyatakan di atas.

Pilihan terpulang kepada kita semua mengikut gaya hidup masing-masing.

Apapun, tujuan kita semua sama, mahukan perut yang ramping dan hilang daripada masalah perut buncit.

Korang lebih suka yang mana untuk hilangkan perut buncit?

Macam mrs pip lebih memilih bersenam dan kurangkan makan.

Stay healthy semua.

cheers.

Post a Comment

14 Comments

  1. saya kalau nak turun kan berat memang takkan ambik apa2 produk.saya lebih percaya dengan senaman dan kawal makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. Better lagi kawal makanan dan bersenam.

      Delete
  2. saya dh buncit gemuk ni nak jaga makan lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawal makan . Hope boleh bantu Rabia turunkan berat badan.

      Delete
  3. Puasa sunat, pergi gym dan Jaga pemakanaan sangat penting..boleh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah berjaya kurangkan berat dan hilangkan perut buncit.

      Delete
  4. Nice sharing 🤗... Nak konsisten tu yang payah... 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu MF, nak konsisten memang agak sukar.

      Delete
  5. Sebulan lebih naik turun tingkat 4 tak ada lift tapi perut still buncit 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pa Zumal, perut buncit ni bukan semua org mampu nak hilangkan dalam masa yang singkat. Kena add exercise juga.

      Delete
  6. bersenam dan kurangkan karbo tu payah sikit. aduhaiii. tq share tips kak

    ReplyDelete
  7. Saya sedang bergelut dgn mslh ini... ofis baru ada lif & byk kedai mkn; ofis dulu hari2 naik tangga sampai tingkat 3 & kurang kedai makan. Dan malas bersenam...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, mencabarnya kalau sekitar ofis ni banyak kedai makan.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.