Tonton Korean Drama Flower of Evil (Starring Lee Joon Gi and Moon Chae Won)

hi there, korean drama flower of evil baru sahaja melabuhkan tirai tayangannya. Kdrama ini dibintangi oleh Moon Chae Won dan Lee Joon Gi, serta dibantu oleh ramai barisan pelakon sepertin seperti Jang Hee Jin, Seo Hyun Woo, pelakon cilik Jung Seo Yeon, Nam Gi Ae, Son Jok Hak, Choi Young Joon, Kim Su Oh dan yang lain.


Sinopsis jalan cerita Kdrama Flower of Evil

Cha Ji Won (Moon Chae Won) ialah seorang detektif. Dia berkahwin dengan Baek Hee Sung (Lee Joon Gi), yang bekerja sendiri sebagai craftsman dan mereka mempunyai seorang anak perempuan. 

Di dalam drama flower of evil, watak Baek Hee Sung sebagai seorang suami dan bapa ialah seorang yang baik, penyayang, pandai memasak dan menguruskan rumahtangga.

Pendek kata, Baek Hee Sung ni pilihan yang ideal sangatlah untuk dijadikan pasangan hidup.

Namun, Baek Hee Sung mempuunyai sejarah masa lampau yang dia rahsiakan daripada Cha Ji Won. Malah namanya adalah nama yang dipinjamkan oleh bapa dan mama angkatnya. Baek Hee Sung tidak pernah menceritakan masa lampau dia kepada Cha Ji Won.

Berlaku kes pembunuhan dan team Cha Ji Won dihantar untuk penyiasatan. Kes pembunuhan mengingatkan kembali kepada pembunuhan bersiri berbelas tahun yang lalu, dan kes ini sedikit demi sedikit terkait dengan kisah lalu Baek Hee Sung, sehinggalah Cha Ji Won mengesyaki suaminya terlibat dengan kes pembunuhan tersebut.

Tonton Korean Drama Flower of Evil (Starring Lee Joon Gi and Moon Chae Won)

Barisan pelakon KDrama Flower of Evil

Watak utama Kdrama flower of evil ini seperti yang dinyatakan diawal entry tadi ialah Lee Joon Gi dan Moon Chae Won. 

Selain mereka berdua, pelakon kanan bagi drama flower of evil ini ialah Jang Hee Jin yang memegang watak sebagai Do Hae Su, iaitu kakak kepada Do Hyun Su (Baek Hee Sung).

Seo Hyun Woo memegang watak sebagai Kim Moo Jin, sahabat lama Do Hyun Su, dan bekerja sebagai wartawan / penulis berita. Dan ketika remaja, Kim Moo Jin bercinta denga Do Hae Su, dan bersahabat baik dengan Do Hyun Soo.

Aku suka tengok watak Baek Hee Sung sangat serasi dan blend-in dengan watak Cha Ji Won. Dan watak yang dipegang mereka sebagai suami isteri sangatlah sepadan. 

Dan ini senarai penuh semua watak di dalam drama flower of evil. Ada yang korang familiar tak selain Lee Joon Gi dan Moon Chae Won?

  • Main 

Lee Joon-gi as Baek Hee-sung / Do Hyun-soo
Park Hyun-joon as teenage Hyun-soo
Cha Sung-je as ten-year-old Hyun-soo
Moon Chae-won as Cha Ji-won, Hee-sung/Hyun-soo's wife
Jang Hee-jin as Do Hae-soo
Lim Na-young as teenage Hae-soo, Hyun-soo's older sister
Lee Chae-yoon as eleven-year-old Hae-soo
Seo Hyun-woo as Kim Moo-jin, journalist
Jeong Taek-hyun as young Moo-jin

  • Supporting

Baek Hee-sung & Cha Ji-won's family
Jung Seo-yeon as Baek Eun-ha, daughter of Hee-sung and Ji-won
Son Jong-hak as Baek Man-woo, Hee-sung's father
Nam Gi-ae as Gong Mi-ja, Hee-sung's mother
Jo Kyung-sook as Moon Young-ok, Ji-won's mother

  • Kangsoo Police Station

Choi Dae-hoon as Lee Woo-cheol, leader of Homicide Investigation Team
Choi Young-joon as Choi Jae-sub, veteran detective
Kim Jin-woo as Im Ho-joon, youngest team member
Lim Chul-hyung as Yoon Sang-pil, section chief
Hong Seo-joon as Oh Young-joon, police captain

  • Hanjoogan Magazine

Yang Hye-jin as Gang Pil-young, lead reporter
Ju Ye-eun as Reporter Joo

  • Others

Choi Byung-mo as Do Min-seok, father of Hae-soo and Hyun-soo
Kim Ji-hoon as Baek Hee-sung
Lee Kyu-bok as Nam Soon-gil
Kim Geon as Kim In-seo
Lee Ju-yeon as Park Seo-young
Han Soo-yeon as Jung Mi-sook
Yoon Byung-hee as Park Kyung-choon, taxi driver and husband of Jung Mi-sook
Park Seung-tae as Oh Bok-ja
Kim Ki-cheon as Dr. Lee Hyun-suk

Tonton Korean Drama Flower of Evil (Starring Lee Joon Gi and Moon Chae Won)

Review Kdrama flower of evil

Seperti mana-mana drama , pasti ada cerita suka duka dan kisah percintaan, persahabatan dan kekeluargaan, begitu juga dengan korean drama flower of evil.

Do Min Seok ialah bapa kepada Do Hyun Su dan Do Hae Su. Bayangkan kehidupan kau apabila dapat tahu yang bapa tersayang kau ni seorang pembunuh bersiri? Padahal bapa kau seperti kebanyakkan orang, rapat dan penyayang dengan kau sehingga kau rasa macam tidak masuk akal pula yang bapa kau ni seorang pembunuh.

Lepas Do Min Seok mati , dilaporkan membunuh diri (padahal Do Min Seok dibunuh oleh rakan subahat (accomplice)) , Do Hyun Su dituduh sebagai anak yang bersekongkol dengan siri pembunuhan bapa dia sehingga ketua kampung menuduh Do Hyun Su ni dirasuk oleh hantu bapa dia dan perlu dilakukan ritual untuk menghalang segala kejahatan berada di dalam diri Do Hyun Su.

Dan sebab paling utama kenapa si Hyun Su ni suspek utama pembunuhan pasal polis jumpa pisau dalam beg sekolah dia, lepas tu rumah dorang dibakar secara sengaja untuk hapuskan bukti dan Hyun Su hilang / lari dari kampung mereka selepas ketua kampung tu mati dibunuh.

Betul atau tidak si Hyun Su yang bunuh ketua kampung tu? Di sini permulaan Hyun Su dituduh sebagai penjenayah. Dan apa yang terjadi kepada kakak dia, Do Hae Su selepas Hyun Su lari dari kampung?



Tonton Korean Drama Flower of Evil (Starring Lee Joon Gi and Moon Chae Won)

Hyun Su lepas lari dari kampung dia, sempatlah dia bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran selama beberapa tahun. Dan dia pun ada buat savings. Malangnya savings dia tu kena kebas oleh rakan sekerja dia.

Marah betul Hyun Su dekat rakan sekerja dia. Lepas tu dia gaduh dan hampir-hampir nak bunuh rakan dia tapi bayangan bapa dia menjelma, buat dia tak jadi nak teruskan pergaduhan. 

Hyun Su ni ada masalah nak ekspresikan perasaan dia. So nampak dia ni macam jahat sangat. Senang saja orang nak tuduh dia ni jahat. Lepas dia gaduh dengan rakan dia tu, dia lari blah tinggalkan rakan dia, dan tup tup Hyun Su kena langgar.

Bila dia sedar diri, dia dapati diri dia berada di kediaman sepasang suami isteri. Dan suami isteri tu offer Hyun Su guna nama Baek Hae Sung untuk jadikan Hyun Su anak angkat mereka.

Siapa yang langgar Hyun Su sebenarnya, dan apa yang terjadi kepada orang yang langgar Hyun Su tu?

Part ni aku tunggu lama gila untuk dapat jawapan, dan kerana ni jugalah aku terus layan tonton kdrama flower of evil ni. kah kah kah. Selain tu , aku memang  suka tengok Moon Chae Won dalam drama ni, dia lebih cool berbanding dalam drama lalu dia The Innocent Man (lakonan bersama Song Joong Ki).

Tonton Korean Drama Flower of Evil (Starring Lee Joon Gi and Moon Chae Won)

lelaki yang bertanggungjawab menyusahkan hidup Hyun Su / Baek Hee Sung


Hyun Su lepas jadi Baek Hee Sung, dia buka kedai metal crafting. Dan biasa kita tengok hero tackle heroin kan, tapi dalam drama ni, heroin yang tackle hero.

Memang thumbs up lah effort Cha Ji Won mengurat Hee Sung. Tak pernah putus asa. Dan end up Hee Sung rasa dia lebih selamat dan selesa setiap kali dekat dengan Ji Won, dan akhirnya mereka pun berkahwin. 

14 tahun usia perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Suka tengok watak Hee Sung jadi bapa yang penyanyang dan lemah lembut. 

Pertemuan dengan rakan lama Kim Moo Jin secara tidak disangka, dan kes pembunuhan seorang makcik tua yang meniru cara pembunuhan bersiri yang dilakukan oleh mendiang bapa Hyun Su, dan juga kemudian pembunuhan bekas rakan sekerja Hyun Su yang mempunyai ciri yang sama dengan cara pembunuhan yang dilakukan oleh bapa Hyun Su dulu , membuatkan Moo Jin terfikir adakah Hyun Su rakan lama dia ni memang seorang pembunuh?

Moo Jin dikurung oleh Hee Sung di bawah basement kedai metal craft dia. Woha! Kejam gila bila kau kurung rakan sendiri beberapa hari dan lepas tu siap ugut nak bunuh Moo Jin. Aku pun rasa time ni memang Hee Sung ni seorang yang jahat. 

Tapi, ada sebab Moo Jin yakin yang Hee Sung bukanlah pembunuh kepada siri kes pembunuhan yang berlaku kerana masa kematian mangsa adalah sama dengan masa Moo Jin dikurung dan Hee Sung berada di dalam basement tersebut bersama Moo Jin.

Jadi, siapa yang jadi pembunuh dalam kes ini? Untuk dua kes awal ni, kes pertama tu dapat rungkai siapa pembunuh sebenar. Tapi untuk kes kedua, memang ada kaitan dengan kes pembunuhan yang dilakukan oleh mendiang bapa Hyun Su / Hee Sung.

Dan plot twist menarik dalam drama ni bila aku dapat jawapan apa yang berlaku dengan orang yang langgar Hyun Su malam tu. Dan sedikit demi sedikit jalan cerita kdrama flower of evil semakin menarik untuk ditonton.

Cha Ji Won akhirnya tahu identiti sebenar Hee Sung ialah Hyun Su, dan on off juga perasaaan dia untuk syak suami sendiri ni pembunuh ke tak, dan sangatlah kebetulan bila kes pembunuhan seterusnya ialah orang gaji mak bapa Hee Sung dan Hee Sung sendiri berada di kawasan tempat mayat di tanam.

Siapa yang bunuh orang gaji mak bapa Hee Sung ni pula dan motif pembunuhan? Dan macam mana pembunuh sebenar mampu libatkan Hee Sung untuk jadi kambing hitam? 

Yang part ni dah obvious semua tahu siapa pembunuh sebenar, cuma nak buktikan Hyun Su / Hee Sung tak bersalah yang ambil masa. Hyun Su perlu bertindak sendiri untuk bersihkan nama dia. 

Boleh gila juga bila orang yang dekat dengan kau selama ini adalah pengkomplot utama dan sanggup buat kau kelihatan seperti seorang pembunuh semata-mata untuk melindungi penjenayah sebenar.

Fuh, memang korang kena tonton kdrama flower of evil ni yang penuh dengan suspens thriller.

Tonton Korean Drama Flower of Evil (Starring Lee Joon Gi and Moon Chae Won)


Dan dalam drama flower of evil ni, korang boleh tengok entah berapa banyak kali Lee Joon Gi menangis. Muka dia memang pure sangat untuk jadi seorang suami yang baik dan penyayang. 

Lepas ni aku harap lebih banyak drama romantik thriller atau romantic comedy untuk Lee Joon Gi selain drama drama sageuk yang terlalu biasa dia lakonkan.

Happy ending drama. Puas hati tengok.

Aku tengok kat apps Viu, langganan pun murah. RM20 untuk 3 bulan. 

cheers.

Post a Comment

6 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.