Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun - MrsPip || The Reviewer
News Update
Loading...

الأربعاء، 10 يونيو 2020

Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun

hi semua, Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun  || artikel kali ini mrs pip ingin share tentang faktor trafik blog menurun. Mungkin sudah ramai yang tahu apa yang menyebabkan sesebuah blog itu kehilangan pageviews, namun mungkin saja ada di antara kita yang tidak tahu kenapa blog kita mengalami kehilangan trafik secara tiba-tiba. 

Terus terang, melihat kehilangan trafik pada blog yang selama ini trafiknya nampak elok, sangatlah mendukacitakan bagi seorang blogger. 

Banyak usaha , kerja keras, masa, tenaga, idea yang dicurahkan untuk membangunkan blog tersebut, namun semuanya terasa seperti sia-sia apabila statistik blog hari demi hari kelihatan menurun, sehingga merasakan ada baiknya untuk menutup sahaja blog kerana rasa kecewa.

Blog mrs pip sedang mengalami penurunan trafik / pageviews secara tiba-tiba, tidak diketahui punca sebenar. Pada sekitar pertengahan tahun lepas ketika Google menukar algoritmanya, blog ini juga tidak terkecuali terkena tempiasnya, dan sekali lagi sekitar minggu terakhir bulan Mei tahun ini, blog mengalami penurunan trafik yang sangat ketara!

Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun

Jadi, ayuh kita rungkai antara faktor yang mungkin menyebabkan masalah penurunan trafik di blog, dan ada diantara sebab-sebab trafik blog turun tidak pernah diketahui oleh mrs pip pun sebelum ini.

14 Sebab Kenapa Trafik Blog 
Menurun / Merosot


1. Bilangan konten diblog yang sedikit / tidak berkualiti

Untuk blog yang masih baru, di mana kontennya sangat sedikit , misalnya kurang daripada 10 artikel, mungkin saja trafiknya berkurangan. Tidak dinafikan, blog yang mempunyai konten yang banyak lebih mudah mendapat trafik berbanding konten yang sedikit.

Namun tidak semua blog yang mempunyai konten yang sedikit, maka trafiknya juga sedikit, kerana ada blog yang menulis dengan konten yang baik mampu meraih trafik yang tinggi walaupun bilangan kontennya masih sedikit.

Untuk blog mrs pip, konten blog sudah boleh dikira banyak memandangkan blog menyediakan artikel baru dan artikel lama dikemaskini, dan blog ini sudahpun memasuki usia 5 tahun, selain mrs pip sendiri mula memperbaiki cara penulisan artikel sekitar penghujung tahun 2018. 

Adakah blog ini tidak menyediakan konten-konten yang berkualiti sehingga trafik jatuh merudum?


2. Jarang update artikel

Trafik blog boleh menurun apabila blogger jarang mengupdate artikel di blog. Pelawat setia mungkin merasakan blog sudah dibiarkan lalu mereka beralih ke blog yang lain. Trafik blog mungkin boleh sustain kalau artikel blog ditulis dengan isi-isi yang evergreen yang sentiasa menjadi bahan carian di search engine, namun agak mustahil untuk menulis semua artikel berbaur evergreen kan?


3. Jarang mempromosikan artikel blog

Biasanya, ramai blogger yang berkongsi kemaskini artikel terbaru blog mereka di media sosial dan kebiasaannya perkongsian dibuat di Group Facebook atau Facebook Page persendirian. 

Tapi tidak semua yang rajin untuk mempromosikan artikel blog kerana kekangan masa untuk melakukannya secara manual, dan ada sesetengah blogger yang blognya tersekat daripada dibenarkan dikongsi di Facebook.

Selain itu, bagi blog yang kurang popular seperti blog mrs pip sendiri, untuk mengharapkan organic traffic daripada search engine agak sukar, dan perlu bersaing dengan blog yang mantap dari segi penulisan SEO dan blog ranking, jadi perkongsian URL artikel di media sosial misalnya mampu membantu sedikit sebanyak kenaikan trafik blog.

Boleh guna IFTTT untuk auto publish artikel blog di Twitter dan FB Page. Baca artikel yang mrs pip pernah tulis sebelum ini mengenai IFTTT menghubungkan blog dan media sosial dengan mudah.


4.Penggunaan SEO yang tidak tepat / salah

Bercerita mengenai SEO, ianya ilmu blogging yang sangat panjang untuk dihuraikan. Nampak seperti mudah untuk menerapkan SEO, namun kalau tersilap langkah dalam penggunaan, maka boleh menjatuhkan trafik pada sesebuah blog.

Ada beberapa perkara SEO yang harus difahami dengan baik seperti SEO on pages, SEO off pages, White Hat SEO, Black Hat SEO, Grey Hat SEO. 

SEO yang baik pada sesebuah blog mampu disukai oleh search engine, jadi blog lebih mudah kelihatan pada halaman utama search engine.

Jangan memanipulasikan SEO kerana risau blog dikenakan penalti / sandbox oleh Google.


5. Perubahan pada algoritma Google

Tidak dapat dinafikan, Google sentiasa mengubah algoritmanya , sama ada perubahannya dilakukan secara kecil-kecilan mahupun drastik. Dan mengikut apa yang mrs pip baca, Google mengubah algo-nya sehingga mencecah ribuan kali dalam setahun!

Agak sukar untuk kita catch-up dengan penukaran algo Google, dan seperti biasa Google akan menasihati pemilik laman web untuk sentiasa memperbaiki konten masing-masing.


6. Mengganti template blog / menukar domain

Mengganti template dikatakan boleh membuatkan trafik blog menurun, kerana pada waktu template ditukar, robot (seperti Googlebot misalnya) sedang mengambil masa untuk crawl template terkini, kerana mungkin ada perubahan arahan crawling antara template lama dan template baru, begitu juga dengan menukar domain baru, ianya mengambil sedikit masa untuk diindex.

Menggantikan template terbaru, disarankan menggunakan template yang responsive dan user friendly, punya struktur meta-tag yang baik. Dan ada yang menyarankan untuk menggunakan template premium yang berkualiti.

Tapi, tidak semua blogger bijak untuk memilih dan memahami apa itu template berkualiti, responsive lagi friendly kan. Ada yang berkongsi pengalaman membeli template premium yang memenuhi kriteria di atas, namun terpaksa menukar ke template percuma kerana masalah trafik semakin menurun dengan template premium. Adakah kerana alasan meta-tag yang tidak baik?

Hurm, adakah ini salah satu kenapa blog mrs pip mengalami penurunan trafik kerana menukar template  kepada yang premium yang dikatakan mesra SEO dan Adsense? 

Dalam membangunkan sesebuah blog, kenalah berani mencuba melakukan perubahan. Sekiranya blog mrs pip masih tidak mampu memperbaiki trafik blog dalam masa 3 bulan ini, mungkin mrs pip kembali saja ke template percuma yang disediakan blogger!
 

7. Penggunaan keyword yang berlebihan

Pemilihan keyword perlulah sesuai dengan tajuk yang ingin disampaikan, dan haruslah memilih keyword yang betul.

Ada banyak cara untuk mencari keyword yang sesuai di dalam penggunaan sesebuah artikel, dan mrs pip pun baru tahu teknik pemilihan keyword dan pantang larang penggunaan keyword selepas membaca blog pakar SEO seperti blog Neil Patel, Ahrefs, dan Wordstream.

Jangan menggunakan kata kunci yang berulang ulang (stuffing keywords) sehingga menyusahkan search engine untuk memahami artikel blog dan merasakan artikel tersebut adalah spam. 


8. Tidak menghantar / salah hantar URL blog untuk diindeks oleh Webmaster

Rasanya sudah ramai yang tahu mengenai Google Search Console dan kepentingannya dalam memberitahu pembangun blog sekiranya laman web mereka mempunyai masalah untuk diindex oleh search engine.

Selain Google Search Console, boleh juga hantar link blog ke Webmaster yang lain seperti Yahoo Webmaster dan Bing Webmaster.

Dan jangan lupa untuk mengindex sitemap blog secara berkala untuk memastikan search engine tidak terlepas pandang daripada mengindex isi kandungan blog anda.


9. Terdapat broken link pada blog & invalid offer link

Broken link pada blog juga boleh menyebabkan penurunan trafik blog kerana tautan yang ada pada blog tidak lagi valid menyebabkan Google akan triggered yang blog mungkin sudah lama terbiar / tidak lagi berfungsi.

Ada banyak sebab bagaimana broken link boleh terjadi pada blog, antaranya

  • user profile di ruang komen tidak lagi valid
  • live link yang ditinggalkan di ruang komen oleh para pengkomen tidak lagi wujud
  • link artikel yang sudah terhapus / not found 404
  • link telah diprivatekan 
  • dan banyak lagi sebab berlakunya broken link

Penggunaan offer link yang banyak dengan memautkan 'URL keluar' akan membebankan kualiti blog dan sekiranya anda meletakkan offer link, pastikan anda menyambung kepada link yang berkualiti dan boleh dipercayai. 


10. Komen Spam

Fuh, berderet komen berbaur spam yang blog mrs pip pernah terima, dan semuanya mrs pip tidak publish, malah dipadam terus untuk mengelakkan masalah risiko pelawat lain dari ter-klik komen spam yang akan membawa mereka ke laman web yang tidak elok.

Selain itu, Google sendiri tidak suka sebarang aktiviti spam diblog dan boleh menyebabkan trafik merosot jika dikesan.


11. Loading blog yang lambat

Ini sangat straight forward. Kalau loading blog lambat , maka kita boleh kehilangan pengunjung. Zaman sekarang ni, semua mau cepat. Kalau lambat loading, sesaat dua saja terus blog kita dipangkah pengunjung. Malas mahu tunggu loading lama-lama kan.

Jadi, apakah blog mrs pip ni loading lembab atau cepat pada kelajuan internet yang maksima? Kena tanya pengunjung blog ni. Cuba kamu komen sikit dulu blog ni laju atau lembap?


12.  Memasang terlalu banyak iklan

Kalau pasang iklan, biarlah berpada-pada. Jangan pasang iklan yang terlalu banyak sehingga mengganggu pembacaan pelawat blog.

Syiok membaca artikel, tiba-tiba ada gangguan iklan sama ada pop-up mahupun iklan bersepah-sepah dalam satu-satu artikel. Selain itu, kalau kebetulan keluar iklan yang sakitkan mata , x-Rated misalnya, nah terus ditutup laman web oleh pengunjung kan .


13. Tidak menggunakan HTTPS

HTTP dan HTTPS kelihatan seperti tidak ada perbezaan namun dari segi keselamatan, dan keamanan, maka website lebih baik berlalih menggunakan HTTPS.

Dikatakan penggunaan HTTPS lebih selamat kerana mempunyai SSL (Secure Socket Layer) agar komunikasi melalui pelayar web seperti Chrome dan Fox dengan laman web dirahsiakan, encrypted untuk keselamatan penggodam.

Kerana ianya lebih selamat, maka boleh menarik trafik ke blog yang menggunakan HTTPS, tetapi mrs pip tertanya-tanya adakah HTTPS mampu menghalang laman web untuk dihack dan di re-directs ke laman web yang lain seperti ke laman web perjudian misalnya?


14. Laman web kena HACK?

Yes, seriously blog mrs pip rasanya di hack oleh penggodam yang tidak bertanggungjawab! Ada beberapa info yang mrs pip dapat, cara blog dihack adalah apabila URL Blog ada ketikanya akan diarah ke laman web yang kita sendiri tidak pernah tahu dan kenal!

Pengalaman mrs pip apabila blog secara tidak semena-mena di re-directs ke laman CDNGATEAWAY.NET, dan selang beberapa saat kemudian, CDNGATEAWAY ini akan membuka laman web perjudian, atau laman web spam iklan Celcom misalnya.

Ada kenalan mrs pip yang memberitahu apabila mereka membuka blog ini, mereka akan mendapat notifikasi bahawa blog ini mengandungi TROJAN! 

Sebelum ini, mrs pip mengunakan template percuma dari 3rd party dan mungkin juga template tersebut mengandungi script yang membenarkan blog di spam / di hack / ada malware dan sebagainya.

Untuk plugin pula, mrs pip pernah menggunakan 3rd party plugin untuk meletakkan link gambar instagram di blog, dan kemungkinan juga ada script yang tidak sepatutnya disertakan.

Untuk iklan pula, mrs pip tidak pernah meletakkan sebarang iklan lain melainkan iklan adsense di blog.

Dan buat masa sekarang, agak sukar untuk mrs pip kenal pasti bagaimana blog terkena hack. 

Menurut seorang blogger otai yang mrs pip tanya (sudah agak lama blogger ini tidak menulis di blog) mengenai kejadian pelik blog yang secara tiba-tiba boleh redirects ke laman web yang tidak seharusnya, dia menasihati untuk menukar kata laluan blog (password) , dan melaporkan hal tersebut ke hosting provider.

Memandangkan hosting provider ialah Blogger (aka Google), jadi mungkin saja mrs pip akan membuat aduan /pertanyaan ke blogger community dalam masa yang terdekat.

Selain itu,  disebabkan redirects pelik ini juga memungkinkan kenapa URL blog mrs pip disekat oleh Facebook dan Instagram.

Tiada sesiapa yang berminat untuk rasa ditipu apabila laman web yang ingin dibuka tiba-tiba bertukar ke laman web yang meragukan.

Kalau dilihat di statistik dashboard blogger, Google seakan-akan tidak crawl blog mrs pip dan kebanyakkan trafik (top referrers) yang datang adalah dari tempat lain yang tidak dinyatakan sumbernya.

Kalau mengikut pemeriksaan di Google Developer, blog kelihatan tidak bermasalah, namun tidak kalau diperiksa dilaman web yang menyediakan pemerikasaan anti spamming / malware, blog menerima amaran tidak selamat untuk dikunjungi.

Pada saat artikel ini ditulis, mrs pip sudah pun menukar password blog seperti yang disarankan, dan menggunakan 2 step verification untuk login ke akaun Google, selain menukar email back up yang baru.

Kalau ada sesiapa yang ada maklumat bagaimana untuk hilangkan redirects merapu CDNGATEAWAY tu, tolong bagitau / share dengan mrs pip ya.

Doakan blog mrs pip kembali pulih seperti sediakala dan semoga trafik meroket dengan baik, amin.

Semoga entry ini memberi manfaat untuk semua.

cheers.

Share with your friends

هناك 13 تعليقًا

  1. ohhh ni pun main peranan rupanyaaaa

    ردحذف
  2. Artikel yang menarik dan berguna..bukan senang nak mantan visitor kena rajin dan konsitenk

    ردحذف
    الردود
    1. nak konsisten tu memang agak sukar buat sahm macam saya.

      حذف
  3. terima kasih perkongsiannya sis, dalam banyak sebab yang diberi, saya paling malas nak kongsi update atau link blog kat media sosial, jadi sy kena usaha lebih sikit untuk buat content yang mudah masuk ke Google search..

    ردحذف
    الردود
    1. saya mmg dah diblock di FB, jadi buat masa ni just share kat twitter atau pinterest, tu pun kalau ingat. hehe.

      حذف
  4. thanks for the sharing... saya belajar benda baru hari ini...!

    ردحذف
  5. so far masuk ke blog mrs. pip ni, laju je. cpt je buka. tukar template tu boleh jadi juga rasanya mrs pip jadi trafik menurun. sbb penah alami dulu. tu yang jarang saya tukar template, risau ganggu pageview blog

    ردحذف
    الردود
    1. tu lah, rasa macam nak tukar template yang lagi ok lepas ni kalau sebulan dua trafik still rendah.

      حذف
    2. rasanya template ni seperti tak mesra trafik :(

      حذف
  6. baiknya hati kak pip, share psl ni, sha pun sdh trafik kjp naik kjp turun..aishh buat nya malas nak update hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Algo Google selalu berubah.
      Now dorang lebih kepada user experience.
      kalau letak link macam macam, ndak ikut konsep no follow, etc habislah blog terseret jauh ke lautan dalam.

      حذف

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done