Susu formula terbaik untuk bayi sembelit Frisolac Comfort - MrsPip || The Reviewer
News Update
Loading...

الأربعاء، 3 يونيو 2020

Susu formula terbaik untuk bayi sembelit Frisolac Comfort

hi semua, Susu formula terbaik untuk bayi sembelit Frisolac Comfort || mrs pip nak cerita pengalaman menggunakan susu Frisolac Comfort untuk bayi yang sukar membuang air besar, baby colic, dan bayi yang selalu kembung perut .

Beberapa minggu selepas melahirkan baby Iman (Mac 2013), mrs pip mengalami masalah kurang air susu. Segala usaha mrs pip buat untuk stimulate agar air susu keluar pada hari pertama baby Iman lahir, sangat malang air susu tetap tidak berjaya untuk diproses, dan hanya selepas hari ketiga melahirkan baby Iman barulah air susu keluar, tetapi tidak lancar.

Dipendekkan cerita, mrs pip hanya berjaya mampu susukan baby Iman selama 10 minggu pertama sahaja. Namun, mrs pip berasa syukur kerana bagi mrs pip walaupun sangat singkat susukan baby Iman, ianya pengalaman indah perjalanan awal mrs pip menjadi seorang mommy.

Selepas gagal untuk breastfeeding, mrs pip bersama mr.Husband sepakat untuk berikan susu formula dan antara susu formula terawal yang baby Iman minum ketika itu ialah susu jenama anmum, tetapi selepas seminggu dua penggunaan, baby Iman mengalami sembelit yang agak teruk.

Terpaksa tukar susu formula lagi. Dan baby Iman juga sangat mudah kembung perut mungkin disebabkan baby Iman sukar untuk melepaskan angin atau 'burp' selepas menyusu.

susu formula terbaik untuk bayi sembelit frisolac comfort
susu formula terbaik untuk bayi sembelit frisolac comfort

Sampai satu tahap, mrs pip dan mr.Husband buntu nak bagi baby Iman susu formula yang mana satu kerana banyak susu yang dicuba, tetapi semuanya seperti tidak sesuai.

Susu formula Dumex pula kami cuba. Alhamdulillah baby Iman serasi dengan susu Dumex, tiada lagi sembelit. Tetapi tetap sukar untuk buang angin / burp selepas menyusu dan baby masih selalu menangis kerana kembung perut.

Dan terasa penat tau ikut cakap orang sekeliling, disuruh kejap cuba itu kejap cuba ini, kita yang masih dalam berpantang dengan anak yang sangat sensitif suka nangis dan selalu perut berangin, akhirnya kami memilih untuk membawa baby Iman ke klinik bagi mendapatkan nasihat doktor.

Teringat satu insiden tu, baby Iman menangis sepanjang malam dan sukar untuk tidur. Dan bila dia nangis, jangan harap dia nak tidur di tilam bayi. Sepanjang malam tu jugalah mrs pip dan mr.Husband bergilir-gilir dukung baby Iman untuk tidurkan dia.

Kalau baby mak mak sekalian ambil berapa minit untuk 'burp' selepas menyusu? Seingat mrs pip la kan, baby Iman ambil masa sekitar 30 minit untuk berjaya di-burp-kan! Penat nak gosok belakang dia semata-mata untuk nyah angin.

Berbalik kisah bawa baby Iman jumpa doktor kerana masalah kembung perut tu, kami pergi Klinik Purnama, satu-satunya klinik swasta yang ada di Membakut.

Baiknya seorang doktor, bilamana dia berusaha buat kami tenang. Doktor Purnama ajar kami tips parenting with newborn baby, dan dia syorkan kamu untuk berikan baby Iman dengan susu formula terbaik untuk bayi sembelit Frisolac Comfort , juga sesuai untuk atasi masalah bayi kolik.

susu formula terbaik untuk bayi sembelit frisolac comfort
Iman newborn

Doktor tersebut suspect baby Iman ada masalah kolik, sebab tu dia selalu nangis. Dan kitorang memang tidak tahu langsung tentang apa itu bayi kolik

Seminggu baby Iman minum susu Frisolac Comfort tu, mrs pip perasan dia lebih mudah burp, perut pun dah tak kembung, nangis-nangis pun dah kurang. Dan kelebihan lain susu Frisolac Comfort ni, bila baby Iman buang air besar, smooth saja.

Selepas beberapa bulan baby Iman minum special formula milk ni, kami selang selikan pengambilan antara susu Frisolac dan Dumex Dulac kerana harga Frisolac Comfort ni agak mahal, dan baby Iman pula sangat kuat menyusu.

Terkini : Harga Susu Frisolac Comfort Rumusan Khas 400gram ialah RM48.90 / tin

Cara kami selang selikan seperti selepas Frisolac Comfort, nanti next menyusu minum Dumex Dulac pula, lepas tu next menyusu Frisolac Comfort pula ... dan baby Iman minum special baby formula sehingga dia berusia genap setahun yo.

Sebenarnya, Dumex Dulac pun ada special infant formula milk, cuma kami lambat tahu. Dan harga special infant formula untuk Dumex sedikit murah jika dibandingkan dengan Frisolac Comfort.

susu formula terbaik untuk bayi sembelit frisolac comfort
susu formula terbaik untuk bayi sembelit frisolac comfort

Kalau lihat gambar di atas, untuk Dumex Dulac penutup warna putih, itu adalah special infant formula, manakala untuk penutup hijau tu ialah susu formula biasa.

mrs pip memang dulu kalau beli susu, sekali harung beli bertin-tin kerana risau tiada stok di Membakut memandangkan sewaktu baby Iman lahir , mr.Husband selalu outstation ke Membakut - Beaufort, padahal waktu tu kami tinggal di KK. Setiap kali mr.Husband outstation, maka mrs pip dan baby Iman pun ikut sekali.

Untuk mak-mak yang ada newborn baby kolik / colic , baby sembelit sukar buang air besar kembung perut, mungkin mak-mak boleh pertimbangkan untuk berikan special infant formula kepada baby mak-mak semua (yang bukan baby breastfeeding).

Kalau rasa susu rumusan khas Frisolac Comfort tu mahal, boleh cuba cari susu rumusan khas jenama lain yang harganya lebih affordable seperti Dumex Dulac.

happy parenting.

Nota: 

  • Ini bukanlah artikel advertorial / berbayar. Artikel ini hanyalah sekadar berkongsi pengalaman mrs pip mempunyai baby kolik dan baby menghadapi masalah sembelit kerana tidak serasi guna susu formula jenama lain. Semoga perkongsian ini membantu ramai mak-mak yang berdepan dengan situasi apa yang mrs pip pernah lalui dulu.
  • Artikel ini diterbitkan pada 9 Ogos 2016, dan diterbitkan semula selepas beberapa kemaskini dibuat.


Semoga entry Susu formula terbaik untuk bayi sembelit Frisolac Comfort bermanfaat untuk mak-mak dan mrs pip berharap, semua mak-mak yang dalam berpantang, agar berpantang dengan baik, dan jaga emosi elok-elok agar tidak stress atau depressi ok.

Selain itu, dapatkan bantuan pakar sekiranya baby mak-mak ada masalah kesihatan, hatta sekecil masalah pun seperti baby sukar untuk burp atau kembung perut, rujuklah mereka yang profesional untuk khidmat nasihat.

hugs & kisses.

cheers.

Share with your friends

هناك 18 تعليقًا

  1. Hi mrs pip. Blh tahu x kekerapan anak membuang bila guna susu frisolac comfort ni brapa kali shari dan how the stool looks like..

    ردحذف
    الردود
    1. Hi Ibu dilemma... Saya dah tak ingat berapa kali kekerapan anak saya buang air besar bila guna susu ni, it was like 5 yrs ago, now anak pun dah usia 5 tahun ... Tapi the stool lembut, just like normal baby stool, tak cair tak keras. Anak saya senang nak berak, senang nak burp kan dia ... Hope it helps.

      حذف
  2. Oh really. Anak saya minum susu ni sekarang since susu dutch baby dia alahan. Got rashes all over the face and muak susu sampai tersembur. Bila guna susu ni alhamdullillah dia dah x colic and muak susu. Cuma dia poo2 about 5times a day. Tp stool dia yellowish and lembut..xkeras and not too watery. Cuma normal ke 5x shari poo-ing. Aih

    ردحذف
    الردود
    1. Hi Ibu dilemma .... Hurm, 5x sehari tu mcm agak kerap la pula kan... Baby awak brapa bulan dah? Mcm saya, susu ni saya bg consume anak saya selang seli dgn susu formula biasa ... Well, susu tu agak mahal utk kami, anak saya pula sangat kerap minum susu, so, nak jimat kos, kami selang seli dgn susu dumex biasa ... Selain frisolac comfort ni, saya bg anak saya consume susu dumex biasa ... Anak saya tak boleh kalau minum susu formula biasa sahaja, dia mmg kembung perut dan tak nak burp ... So ni cara saya buatkan susu utk anak saya, saya selang seli kan lepas minum frisolac comfort, nnt time susu kedua dia, saya bg pula susu formula biasa, on and on mcm tu lah .... Hope baby awak sihat and aktif ...

      حذف
  3. brapa kali ye sis bg susu ni baby baru buang air bsar ank sya dh 4hari xmembuang risau dr suggest frisolac comfort ni...bru strt harini...

    ردحذف
    الردود
    1. pernah anak saya time baby, dia tak buang air besar lebih 5 hari ... memang saya risau ... jadi bila minum susu frisolac comfort ni, dia buang air besar setiap hari. dan doktor tmpat saya ni, dia bagi juga ubat penitis untuk titiskan di mulut... ubat tu fungsinya untuk bantu baby senang nak berak kalau kena sembelit ... so time tu, selain bagi susu frisolac comfort, saya bagi juga ubat penitis tu in case anak tak berak lebih dari sehari ...

      apapun, sis try dulu susu frisolac comfort ni seperti saranan doktor, bagi anak minum air biasa selepas menyusu juga ... kalau anak tak nak membuang juga, elok jumpa doktor semula ... kalau anak buang air tapi agak keras, maybe boleh cuba cairkan sukatan susu tu ...

      sekadar membantu.

      حذف
  4. Mrs pip..anak sy skrg menyusu frisolac biru..boleh ka sy tukar dgn frisolac comfort sbb dia buang air 2 hari sekali..najis keras sedikit n cair..

    ردحذف
    الردود
    1. Frisolac comfort utk baby berusia di bawah umur 12 bulan ... boleh saja cuba, beli 1 tin dulu, try bg baby ... kalau baby serasi, boleh teruskan ..

      Ataupun, sis cairkan frisolac biru tu, jgn bagi pekat sgt kat baby ... Manatau najis boleh lembut. Kadang2, susu formula yg pekat akan buat najis baby keras ...

      semoga membantu.

      حذف
  5. Anak sy minum anmum rumusan 1 berak sehari sekali. Tp bila berak meneran smpai merah padam muka. Najis dia keras. Ada masanya lembut just like normal. Hari hari kembung. Muntah susu. Tk sesuai ke kalo gitu? Masa newborn minum lactogen naik ruam n kembung njis mcm cirit2.

    ردحذف
    الردود
    1. anak saya dulu mmg tak sesuai dengan anmum, najis dia keras gila gila sampai kena cucuk air kat bontot ... atas nasihat doktor, kita tukar guna frisolac comfort ni la ... kalau dah berak keras , mmg tak sesuai kat baby tu. kesian anak sukar nak berak ... dan anak saya baby colic, so memang kena minum susu rumusan khas kata doktor..

      حذف
    2. Hi mrs.pip..mau tanya bby mrs.pip minum friso comfort tu berak berapa kli kerap??bby sya minum susu tu tp birak sgt kerap smpai 2jm 3kli..kasian bby..bby sy bru 1bulan..minum susu lain sembelit pula..friso comfort ni ok tp trlalu kerap berak pula..

      حذف
    3. alamak, tak ingat sangat berapa kali baby saya dulu berak.
      ni entry lama, just sharing pengalaman guna susu frisolac comfort.
      tapi seingat saya dulu, saya memang selang seli frisolac comfort dengan susu formula lain ... frisolac comfort ni mahal, so tak mampu kalau nak bagi susu frisolac comfort sepenuhnya dgn baby saya ...

      mcm ni saya buat :-

      1x frisolac comfort (susu rumusan khas), lepas tu 1x susu formula biasa (dumex dulac) ... memang seli saya guna ... anak saya dgn anmum pun tak serasi ... dumex ni ok, tapi mmg kena selang seli juga dgn frisolac comfort ni ...

      حذف
  6. Hai mrs pip.. Bole taw x nk cari kat mana susu dumex dulac khas ni? Anak sy xbole minum susu biasa cepat muntah n kembung perut. Dh cuba frisolac tp baby xnk minum..

    ردحذف
    الردود
    1. hi there,

      dumex dulac khas ni boleh dibeli di mana-mana pasaraya yang menjual susu formula ... biasanya pasaraya besar ... mcm kalau di Kota Kinabalu, boleh beli di Servey Hypermarket ...

      kalau tak sure juga, boleh tanya jurujual di bahagian susu formula.

      semoga membantu.

      حذف
  7. Kesiannya kalau anak sembelit kann...Sis pernah sekali laaa anak sembelit, seksaaaa, dulu tak banyak pilihan, paling tak kena bawa je ke klinik amik ubat pancit...sekarang senang dah ada susu khas..

    ردحذف
  8. الردود
    1. tenkiu FS. semoga bermanfaat buat ibu ibu yang ada masalah sembelit / kolik pada baby mereka.

      حذف

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done