IFTTT menghubungkan media sosial dengan mudah

hi there, mugkin masih ramai yang tidak tahu mengenai applikasi IFTTT yang bermaksud If This, Then That. IFTTT menghubungkan media sosial dengan mudah. IFTTT boleh digunakan terus dari laptop/desktop anda dengan sign in menggunakan Google / Facebook Account. selain itu IFTTT apps juga boleh dimuat turun di smartphone anda melalui playstore . IFTTT menghubungkan media sosial dengan mudah antara satu media social kepada media social yang lain. contohnya, korang seorang penulis blog dan ingin membuat pekongsian entry blog anda di facebook dan twitter, hanya menggunakan IFTTT korang tak perlu nak copy URL dan letak kat facebook dan twitter, kerana IFTTT akan memuatnaik entry post korang secara automatik ke akaun facebook dan twitter korang. begitu juga dengan gambar IG korang, hanya dengan menggunakan arahan di IFTTT, gambar IG korang juga boleh dihubungkan terus ke akaun twitter dan facebook.

IFTTT menghubungkan media social dengan mudah

korang pergi ke laman web www.ifttt.com, dan sign in guna Google Account korang. di dalam IFTTT tu, korang akan nampak banyak sangat 'Recomended for you', mesti korang akan pening nak pilih apa, nak buat apa ... tapi jangan risau, benda2 yang banyak Recomended for you tu korang boleh explore nanti bila korang ada masa ... sekarang, tetapkan dulu apa sebenarnya yang korang nak link kan, dari mana ke mana , so korang boleh fokus dengan pencarian korang.

IFTTT menghubungkan media social dengan mudah
banyak sangat pilihan, sampai pening ekceli kita nak yang mana satu ni ...

mrs pip guna IFTTT untuk 

1/ link semua blog post entry dari blog ke akaun facebook dan fan page mrs pip
2/ link semua blog post entry dari blog ke twitter

hanya ni yang mrs pip guna untuk IFTTT, so semua blog post mrs pip akan di autoshare oleh IFTTT ke akaun facebook, fan page dan twitter tanpa perlu risau mrs pip akan terlupa nak share ... sejak menjak menggunakan IFTTT ni, facebook merupakan referring URLs kedua selepas google.com untuk blog mrs pip. so, boleh tingkatkan UV dan PV kan ...

ada yang bertanya, macam mana nak linkkan entry post ni terus ke facebook , fan page dan twitter hanya menggunakan IFTTT? kat sini, mrs pip share kan step by step untuk linkkan entry post korang ke facebook, fan page dan twitter .... 

cara autoshare entry blog ke facebook, fanpage dan twitter

1/ Klik button SEARCH


2/ pilih BLOGGING mcm gambar di atas


3/ pilih BLOGGER (kalau korang guna blogspot. atau pilih mana yang berkenaan)


4/ check GET MORE. kat sini lah korang boleh pilih kat mana korang nak SHARE entry blog korang

nampak tak MY APPLETS tu kat atas? tu APPLETS  mrs pip punya. lepas korang dah pilih kat GET MORE dan dah linkkan akaun korang, IFTTT akan letak kat MY APPLETS untuk mudahkan korang nak ubah setting kelak.

nak share entry post ke facebook, korang cari "if new post on your blog, then create a link post on facebook" ....  dah sampai kat sini, IFTTT akan request link FB korang. cuma perlu linkkan dan configure applets ni dulu ....

nampak tak Create a link post "this action will create a new link post on Facebook"?

nampak tak "Post Title" dan "Post URL"? .... lepas tu boleh "Add Ingredient"? .... yang ni ialah, bila entry blog korang masuk FB, apa sebenarnya korang nak letak kat atas post dalam FB tu? 

mestilah tajuk Entry Post korang kan ... so click "Post Title" kat add ingredient tu ....
lepas tajuk, mestilah nak URL link, so nanti bila kawan2 kat FB nampak tajuk blog, dorg tekan tajuk blog tu, terus akan bawa dorg pergi blog korang kan .... so click "Post URL" kat add ingredient ...

selain tu korang boleh tambah "Add Ingredient" tu ikut selera korang ... ada lagi beberapa pilihan yang korang boleh add, tapi mrs pip cuma add ni dua saja ....

Message (optional) .... untuk ruang yang ini, sebenarnya nak isi boleh, tak isi pun boleh ... mcm mrs pip setakat tulis "thanks for reading" , so setiap kali IFTTT sharekan entry post mrs pip ke facebook, akan keluar lah "thanks for reading" kat post di FB mrs pip tu, mcm gambar yang mrs pip kongsikan kat bawah ni .... nampak tak mrs pip dah highlight dalam box IFTTT, maksud perkongsian ni dibuat melalui IFTTT apps, dan nampak tak perkataan "thanks for reading" tu? hah, tu dari message box IFTTT ... so korang letak whatever message yang korang rasa sesuai ok ....


dah siap semua, korang boleh SAVE. nextime nak ubah, boleh masuk IFTTT akaun korang dan check di MY APPLETS ok .... 

so, untuk kongsi di Fan Page .... kena pergi semula Step 1 semula , pilih share your blogposts to your facebook page dan ikut Step 2 hingga Step 4 tadi .... 

begitu juga bila korang nak share kat Twitter, kena pergi semula Step 1, pilih If any new post on your blog, then post a tweet to your twitter dan ikut Step 2 hingga Step 4 tadi.

ingat, sentiasa tekan butang SEARCH untuk mencari apa yang korang nak ... kalau tak jumpa, type apa yang korang nak ... katakan korang nak share gambar IG kat FB korang, so cari perkataan Instagram ....


tengok kat gambar di atas, ada banyak yang korang boleh buat dgn gambar IG korang ... boleh sync ke pinterest, boleh tweet kat twitter, boleh post kat Tumblr, boleh share terus ke FB, dan boleh juga pilih certain gambar sahaja masuk FB page guna hashtag terpilih, atau save di Google Photos ... haish, ada banyak lagi boleh buat ... 

senang tak kalau ada IFTTT ni? memang senang kan ... tak perlu nak buat banyak benda nak share sana sini, nak save sana sini .... IFTTT boleh buat semuanya ... yang penting, korang WAJIB ada IFTTT, sama ada guna desktop/laptop mahupun smartphone ....

dan kalau korang rajin, korang boleh EXPLORE IFTTT ni , banyak lagi kemudahan yang disediakan kat IFTTT untuk korang semua ...

tu jer lah nak share kat korang ... kalau tak faham, tinggalkan komen kat bawah, mana2 yg mrs pip boleh tolong, mrs pip akan tolong jawabkan utk korang .... so, selamat bersosial media dengan lebih mudah selepas ini .... dan happy blogging everyone!

cheers.

Post a Comment

8 Comments

  1. wooah makin senang nak manage maciam2.. semua dengan satu apps je..

    ReplyDelete
  2. Ok .. nanti di try ni 😊 tq sharing pip

    ReplyDelete
  3. snglah nnt nak share entry, tq kak atas tutorialnyaa

    ReplyDelete
  4. sama lah kalau nak naikkan PV mesti share link dekat FB :P

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang menarik nie Mrs Pip..

    ReplyDelete
  6. baru tahu kewujudannya..huhu..tq share

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.