Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down

Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down. hi there, mrs pip tukar template blog, dan bila tukar template maka bloglist pun hilang. 

Masalah pula timbul mrs pip tidak tahu macam mana mau buat bloglist baru boleh scroll up and down. Sebelum ni blog diedit oleh designer blog , siap-siap minta bloglist tu boleh scroll up and down. 

Tapi hari tu time tukar template, terlupa pula minta agar bloglist yang ada di blog dikekalkan ...

Tapi tidak mengapa, benda-benda edit simple seperti ini, mesti ramai yang tahu macam mana nak edit-edit kan, so bila tanya geng biters, maka blogger MF yang edit template terbaru mrs pip ni share coding dari blog Lyssa Secret.

Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down
Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down

Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down

Terima kasih MF sharekan coding mudah ini, dan terima kasih Lyssa kerana rajin buat tutorial untuk blogger lain guna. 

So kita tepeklah di sini coding yang diberikan tu untuk rujukan di masa akan datang, dan manalah tahu ada blogger lain yang perlukan tutorial buat bloglist boleh scroll up & down ni, maka korang pun boleh rujuk kat sini ya. 



Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down
Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down


  • Kalau korang tengok cara yang dikongsi oleh Lyssa, memang senang sangat. Korang hanya perlu masuk ke blog, dan klik Theme, lepas tu klik Edit HTML.

  • Lepas dah klik Edit HTML, pastikan korang jumpa "Jump To Widget"

  • Lepas tu scroll cari Bloglist

Macam mrs pip cuma ada 1 sahaja senarai bloglist di blog, jadi mrs pip klik "BlogList1"

  • Lepas dah jumpa Bloglist1, korang klik ya, then korang mesti akan jumpa coding <div class='widget-content'>

Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down
Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down

  • once korang dah jumpa coding <div class='widget-content'> , korang ganti dengan coding yang disarankan oleh Lyssa seperti gambar di atas tu ...

  • Masukkan coding ni tau:-

<div class='widget-content'
style='overflow:auto;width:ancho;
height:200px;'>

Untuk saiz height blog mrs pip, 200px tu mrs pip ganti dengan 400px , then baru nampak ok. 

Depends dengan blog korang nak guna tinggi height bloglist tu berapa banyak. 

Korang cuba dulu dengan 200, kemudian 400, kemudian 600 , tengok mana yang ok dengan blog korang.

  • Dan sebelum korang SAVE theme korang tu lepas perubahan, pastikan korang PREVIEW THEME dulu, tengok ok atau tidak ... 

kalau dah OK, baru save ya.

Selamat mencuba.

cheers.

Post a Comment

10 Comments

  1. tq for sharing this tutorial..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. senang jak pula buat kalau tahu coding.

      Delete
  3. Mmg cantik template baru ni 👏👏.. haritu nk atur template baru juga tapi nk setting widget dan list tu sedap guna laptop, cuma lama dh xbuka laptop 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ni template yang paling puas hati pakai.
      nammpak lebih kemas dan pro sikit.

      Delete
  4. samalah dengan Mya. setiap kali tukar template, mesti bloglist pun jadi default. Kena cari lagi tutorial untuk scroll bar. Lepas ni, xperlu cari kat tempat lain, blog mrspip kan ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila-sila bookmark entry ni utk rujukan.
      ni yg tak tahu coding mcm mrs pip, of coz kena buat entry sendiri utk rujukan di masa depan.

      Delete
  5. terima kasih kak.. baru perasan atie tak letak bloglist.. hahahaa~ apo perangai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eekeke, ok jom buat bloglist ....
      tapi dah nak raya ni, esok esok saja lah buat :))

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.