Tips beli dan pasang brick wall paper dari Shopee

hi there, tips beli dan pasang brick wall paper dari Shopee.Well, sekarang ni platform beli online paling mrs pip suka semestinya Shopee. Ada banyak sebab mrs pip pilih Shopee berbanding platform lain, dan salah satu sebab kenapa beli barang di Shopee sangat best kerana persaingan sengit antara seller dengan seller yang lain membuatkan harga jualan bersaing secara sihat. Jadi kita boleh beli barang pada harga yang reasonable, dan juga ada kadang-kadang berpeluang dapat FREE SHIPPING ke Sabah , yeah!

pasang brick wall paper dari shopee
pasang brick wall paper dari shopee

Tips beli brick  wall paper di Shopee:

Di Shopee ni ada ramai seller yang jual produk yang sama, tapi harga berlainan. Jadi sebagai pembeli, kita kena pandai cari seller yang trusted dan reliable. Salah satu cara nak tahu trusted seller ini ialah, tengok nilai jualan dan review pembeli. Lepas tu compare harga jualan dia dengan seller yang lain. Kemudian, sila ikut kata hati anda, nak beli kat seller yang mana satu. 

pasang brick wall paper dari shopee
pasang brick wall paper dari shopee

macam kes mrs pip beli brick wall paper beberapa bulan lalu. memang buat comparison dengan beberapa seller, dan akhirnya kami pilih seller CADARSTATION. Seller ni jual brick wall paper memang laku keras, ribu ribu dia punya buyer ...

mrs pip perlukan 60 keping brick wall paper ni, dan dah purchase pun kat seller CADARSTATION ni, tetapi malangnya, 40 keping tidak dapat dihantar dan terpaksa refund duit semula kerana seller bagitau mrs pip dorang ada isu kualiti pada warna yang mrs pip pilih, jadi sama ada kena tukar warna atau pun seller akan refund duit.

end up mrs pip terpaksa minta refund kerana pilihan warna yang seller ni ada, mr.Husband kurang berkenan. Jadi terpaksa beli dengan seller lain pula. Sedih sikit kerana warna yang kitorang pilih tu memang mr.Husband nak sangat, kemudian seller ni bagi shipping charges yang rendah berbanding seller lain selain harga brick wall paper dia lebih murah berbanding yang lain (plus baca review memang kualiti wall paper dia terbaik)

pasang brick wall paper dari shopee
pasang brick wall paper dari shopee

mrs pip tidak pernah pun terfikir untuk wall-paper-ed kan dinding rumah kitorang, tapi ni semua idea mr.Husband. Sebab utama kenapa nak wall paper, dia kata bagi kelainan pada rumah, jadi aku si isteri yang menurut perintah laju laju cari wall paper di shopee , tee hee. Dah husband mau belanja cantikkan rumah, kenalah cepat sebelum dia tarik balik idea mahu cantikkan rumah!


pasang brick wall paper dari shopee
pasang brick wall paper dari shopee

wall paper ruang tamu kitorang ada tiga warna. Dinding depan warna light purple, dinding tepi warna biru striking sikit, dan dinding belakang warna khakis / camel. 

pasang brick wall paper dari shopee
pasang brick wall paper dari shopee

selepas tidak berjaya buat pembelian warna kesukaan dengan CADARSTATION, mr.Husband cari seller lain pula, dan end up dia jumpa seller YARINTERNATIONAL. seller ni pun jual brick wall paper ribu-ribu, so bolehlah diyakini konon.

Since seller ni antara yang jual harga brick wall paper ni dengan harga yang affordable, so mr. Husband bilang ok. Tapi malangnya, harga shipping agak mahal berbanding seller CADARSTATION tu. 

Tutup mata sajalah bayar. Haha, bukan duit mrs pip pun, tapi weh ada yang lagi murah ke ni shipping charges tu? Mau la bah berjimat cermat gitu.

pasang brick wall paper dari shopee
pasang brick wall paper dari shopee

warna camel 10 keping

mrs pip beli 10 keping tu warna camel, shipping charger saja dah RM23.45 (nasib baik ada sedikit diskaun RM5.30). Bagi mrs pip lah, shipping agak mahal tau berbanding seller pertama.

pasang brick wall paper dari shopee
pasang brick wall paper dari shopee

Warna light blue (katanya) 30 keping tapi sekali sampai , warna biru striking! huh. Lain di gambar lain pula yang sampai. Kalau tengok gambar, biru tu lebih kepada a bit grey sikit.

pasang brick wall paper dari shopee
pasang brick wall paper dari shopee

Harga sekeping brick wall dari seller pertama ni sama dengan harga seller kedua tu, tapi harga shipping dari seller pertama ni (CADARSTATION) untuk 10 keping brick wall paper serendah RM10.07 sahaja. 

Berbaloinya beli di CADARSTATION, tetapi apakan dah warna yang dikehendaki sudah tiada. Behuhuhaha lah di hujung katil!

Oh ya, kalau seller CADARSTATION ni, memang kena beli dalam sepuluh sepuluh keping per order ya. Kerana packingnya memang sepuluh sepuluh keping gitu , jadi kalau nak beli sekeping dua saja , kena beli dengan seller lain.

Dan mrs pip compare in terms of quality dan packing method, memang CADARSTATION terbaik. Puas hati dari segi quality, packing method dan juga shipping fee ke Sabah.


Tips pasang brick  wall paper :


  • Nak pasang brick wall paper ni mudah rasanya. Memandangkan wall paper ni siap siap lebih kurang dalam square size 70 x 77 cm (ni saiz yang kitorang beli, ada saiz yang kecik sikit dari ni juga, kena check time korang beli, takut salah saiz) , jadi kerja-kerja nak pasang tu mudah. 

  • Kalau biasa beli wall paper dalam gulungan panjang, maybe nak pasang tu perlukan sedikit ketekunan dan kesabaran dalam bab nak adjust alignment wall paper tu kan, tapi untuk brick wall paper ni, agak mudah kerana saiz dah potong square siap-siap.

  • Tapi nak pasang brick wall paper ni, atau maybe mana-mana wall paper pun, kena pastikan time buka pelekat di belakang tu, dan time nak lekatkan ke dinding, make sure tiada gelembung angin ya, kena pastikan no air trap time pasang ke dinding, kalau tak nanti lepas pasang korang akan nampak effect benjolan kat dinding! Woha, dua spot kat dinding kitorang ada gelembung.
Adeh, nak buka balik wall paper ni, memang tak boleh nanti rosak. Jadi kemungkinan kitorang akan tebuk lubang tapi still not decided yet. 

pasang brick wall paper dari shopee
pasang brick wall paper dari shopee

Ini warna camel. Bahagian sikit ni guna 10 keping brick wall paper tu. Warna ni menarik, lebih kurang macam warna beige sikit.

pasang brick wall paper dari shopee
pasang brick wall paper dari shopee

ini pula warna light purple dan biru striking. Haha, strikingnya dinding rumah kami ni. Memang ndak expect akan dapat warna macam ini. Tapi biarlah striking sikit, sesekali buat kelainan kata isi mr.Husband.

pasang brick wall paper dari shopee
pasang brick wall paper dari shopee

lepas pasang brick wall paper hari tu, my three nyawa lil' armies terus posing rasmi tu wall paper. Happy dorang bila dinding rumah sudah cantik. Kalau sebelum ni, ya ampun sungguh penuh satu rumah dinding kena conteng hasil terlebih kreatif Iman dan Amin. 

Hope lepas ni Iman dan Amin no more conteng conteng dinding T_T.


Tips menjaga brick  wall paper :

Ok, selepas pasang brick wall paper ni, baru mr.Husband dan mrs pip PERASAN tentang satu perkara yang sebelum ni kami tidak pertimbangkan ketika ingin memasang wall paper ni. 

  • Jadi, mrs pip mau kongsikan pengalaman mrs pip selepas pasang wall paper seperti ini. Sebenarnya wall paper seperti ini, perlukan penjagaan yang baik. Brick wall paper tu, kalau terkena benda tajam mudah sangat tergarit / tergaris , jadi memang kena jaga elok elok jangan bagi tergarit teruk nanti boleh terkoyak la pula!
  • Untuk korang yang mau beli brick wall paper sebegini, it is ok memang cantik dan senang pasang, tapi not recommended bagi mrs pip kalau korang pasang di ruang yang ada ada anak kecil seperti usia macam anak anak mrs pip kerana kemungkinan besar dorang bila bermain, mainan boleh terkena di dinding atau dorang sendiri yang akan kacau wall paper ni menyebabkan wall paper akan rosak.
  • Ini sekadar pendapat mrs pip saja. Kitorang pun dah pasang baru perasan akan hal sebegini. A bit upset tapi dah pasang nak buat macam mana kan. So far memang mrs pip pesan dekat Iman dan Amin jangan langgar dinding guna mainan dorang nanti wall paper boleh rosak. 

Ada masa dorang ingat, ada masa dorang lupa. Dah nama pun still bebudak kan. Hope wall paper ni bertahan lama tak rosak, insya allah T_T

Kelebihan Shopback
Kelebihan Shopback

dan suka mrs pip nak share juga bila mrs pip shopping online di Shopee, mrs pip akan guna Apps SHOPBACK untuk ke Shopee.

Kalau ada yang belum tahu mengenai kewujudan SHOPBACK dan korang pula jenis suka beli barang online, maka suka mrs pip nak bagitau, gunalah SHOPBACK ketika beronline shopping untuk mendapatkan sedikit CASHBACK / pulangan wang semula.

Kelebihan Shopback
Kelebihan Shopback

kalau korang tengok penyata SHOPBACK mrs pip, setakat ini mrs pip dah berjaya kumpul CASHBACK sebanyak RM250.60 (update 05.04.2020) , dan mrs pip sudah pun berjaya withdraw duit cashback tu sebanyak RM101.30 (serius tak tipu).


Kelebihan Shopback
Kelebihan Shopback

jadi, kelebihan menggunakan SHOPBACK ketika beronline shopping jelas memberikan kita sedikit penjimatan. Kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi banyak , teehee.


  • kalau korang nak lebih details mengenai kelebihan shopping online menggunakan shopback, korang boleh baca entry penuh mrs pip di sini 





  • dan korang juga boleh baca entry lain yang mrs pip pernah tulis mengenai Shopback 





  • Belum ada akaun SHOPBACK? korang boleh download Apps Shopback ni, klik sini 



dan bolehlah mulakan online shopping korang dengan lebih penjimatan ! 


Rugi sangat bila korang suka beli barang secara online, tapi tak dapatkan penjimatan kan. So jom ramai-ramai, kita online shopping dengan lebih bijak T_T

Thanks for reading, lots hugs and kisses, xoxo.

cheers

12 Comments

  1. wahh kemas la, kena kesabaran dan ketelitian yg tinggi jugak tu nak pasang wallpaper banyak2 ni.. mahal jugak ye shipping fees dia, dah nak dekat harga barang dah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena teliti pasang wall paper kan. Mrs Pip Tak berapa nak teliti sangat, mmg malas nak pasang, tapi husband rajin so bagi dia sajalah yg pasang semua, hehe.

      Delete
  2. baca entry ni sambil jeling2 shopee cadarstation, oh oh 😁
    cantik color wallpaper tu, bersih je rupanya
    tapi tu lah saya kat Sarawak pun slalu terbantut niat nak membeli kerana postage yg mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila postage Mahal, mmg terus down rasa nak membeli ...

      Delete
  3. Cantiknya wallpaper tu. Tapi part penjagaan tu yang risau.
    Banyak kali rasa nak beli wallpaper tapi tak berani takut tak pandai pasang and senang rosak haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya wall paper mudah rosak kalau kena air , so mmg kena jaga elok elok. Yang brick wall paper ni lagi sensitive, so mmg kena extra penjagaan.

      Delete
  4. cantiknya..nak buat wall paper macam ni kena kerjasama..tapi en suami saya part ni, tak berapa nak rajin..adeh..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik, nak pasang pun kena bertabahlah. Hehe.

      Delete
  5. thanks info MrsPip. Saya pun kalau beli dkt shopee ke mana2 ke mesti tgok rate org review dl. penting tu.

    btw kalau tandas ok ke kalau kita buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya wall paper yang Saya guna ni, tak sesuai untuk tandas atau kawasan yang mudah basah.

      Delete
  6. Bestnya buat deko-deko masa PKP ni. Nak buat tak bergerak-gerak lagi. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah buat, hehe sementara masih cuti2 PKP ni.

      Delete

Post a comment

Previous Post Next Post