7 kesilapan semasa mencuci rambut yang anda perlu tahu

hi there, hari ni nak share info mengenai kesilapan semasa mencuci rambut. Kita ni hari-hari cuci rambut, guna syampu guna perapi rambut, tapi bukan semua di antara kita yang ambil kisah cara yang betul mencuci rambut.

7 kesilapan semasa mencuci rambut yang anda perlu tahu

7 kesilapan semasa mencuci rambut yang anda perlu tahu

Kemudian apabila rambut rosak, rambut gugur, rambut berkelemumur, dan sebagainya mulalah salahkan syampu tak bagus, hormon tak stabil, dan sebagainya ...

jadi, di sini mrs pip kongsikan untuk anda semua 7 kesilapan semasa mencuci rambut.

Siapa di sini yang selalu ambil berat mengenai penjagaan rambut, jom kita baca cara yang betul bagaimana untuk mencuci rambut agar rambut cantik berseri-seri.

Bukan kulit wajah saja kena jaga elok, tapi rambut pun sama. Bukankah rambut mahkota setiap insan baik perempuan mahupun laki-laki.


7 kesilapan semasa mencuci rambut
7 kesilapan semasa mencuci rambut

Kesilapan #1 : Rambut tidak dibasahkan sepenuhnya.

Hah, ini kes mandi kelam kabut lah kan. Asyik nak cepat saja, tapi dia lupa rambut dia panjang sampai paras pinggang, jadi perlulah cuci elok elok.

Rambut perlu dibasahkan sekeliling sepenuhnya sebelum meletakkan syampu.

Sebaiknya guna air suam kerana ia dapat membuka kutikel rambut yang membolehkan kotoran dan minyak pada rambut dan kulit kepala tertanggal.

Pembukaan kutikel rambut ini juga membolehkan nutrisi yang terdapat dalam perapi meresap masuk dalam kulit kepala.

7 kesilapan semasa mencuci rambut
7 kesilapan semasa mencuci rambut

Kesilapan #2. Tidak menggunakan perapi rambut

Woha, ni mrs pip la ni, suka betul mandi nak cepat. Lepas pakai syampu memang selalu lupa nak pakai perapi! Adeh.

Perapi sangat penting untuk membantu melembutkan rambut terutamanya yang berambut panjang.

Sapu perapi pada hujung rambut dan biar seketika sebelum membilasnya. Ini adalah untuk melindungi hujung rambut daripada cepat kering dan rosak.

7 kesilapan semasa mencuci rambut
7 kesilapan semasa mencuci rambut

Kesilapan #3. Syampu tidak sampai ke kulit kepala

Mak oiiii, ada juga orang yang seperti ini. Nak cuci rambut tu, cucilah elok-elok ya.

Rambut yang berada di sekeliling kulit kepala adalah yang paling berminyak manakala bahagian hujung rambut adalah yang paling Fragile, mudah rapuh dan rosak.

Ratakan syampu di keseluruhan kulit kepala dan rambut untuk mendapat hasil yang terbaik.

7 kesilapan semasa mencuci rambut
7 kesilapan semasa mencuci rambut

Kesilapan #4. Guna terlalu banyak syampu

Adalah disarankan untuk menggunakan syampu sebesar duit syiling pada tapak tangan semasa mencuci rambut.

Jika seseorang individu memiliki rambut yang panjang atau tebal, adalah dibolehkan menggunakan 2 kali daripada jumlah ini.


Kesilapan #5. Cara bersyampu yang kasar,

Sesetengah menggunakan kuku tajam dan menggosok rambut secara kasar untuk kelemumur namun cara ini salah.

Caranya adalah urut kulit kepala dari atas hingga bawah perlahan lahan. Ia akan memperbaiki aliran darah ke kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

kesilapan semasa mencuci rambut 02.02.2020

Kesilapan #6 Syampu lebih daripada sekali.

Adalah memadai syampu sekali sehari untuk membuang kotoran dan minyak KECUALI terlibat dengan aktiviti ekstrem dan lasak.

kesilapan semasa mencuci rambut 02.02.2020

#7 Bilas dengan air panas

Rambut yang telah siap di syampu perlu dibilas dengan air sejuk, bukan air panas!

Air sejuk ini adalah bertujuan untuk menutup kutikel dan lapisan kulit kepala dan menjadikan
rambut kelihat segar dan berseri.

Aura Hijab rawat rambut gugur
Aura Hijab rawat rambut gugur

Sekarang anda dah tahu cara yang betul untuk mencuci rambut? Pastikan anda memberi perhatian yang sebaiknya terhadap rambut anda.

Selain itu, sekiranya anda mempunyai masalah rambut gugur dan sudah mencuba pelbagai jenis syampu, maka mrs pip syorkan anda mencuba Syampu Aura Hijab, syampu yang merawat rambut gugur. 

Selain rambut gugur, Aura Hijab juga membantu menghilangkan kelemumur,  kulit kepala berbau, rambut bercabang dan mewarna / meluruskan rambut.


Aura Hijab rawat rambut gugur
Aura Hijab rawat rambut gugur

Syampu Aura Hijab didatangkan dalam bentuk botol bersaiz 90ml (travel size), 200ml dan 350 ml, manakala dalam bentuk sachet pula ialah 10ml setiap satu. 

Hairbooster mist pula didatangkan dalam saiz 5ml (trial size) dan 50ml, digunakan hanya perlu spraykan ke sekitar rambut selepas mencuci rambut.

Aura Hijab rawat rambut gugur
Aura Hijab rawat rambut gugur

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan syampu Aura Hijab atau ada sebarang pertanyaan, anda boleh wasap mrs pip ok, dan nombor adalah seperti tertera di dalam gambar di atas.

mrs pip pengguna syampu Aura Hijab selepas berbulan-bulan mengalami masalah rambut gugur teruk selepas melahirkan Nami.  

Dan menggunakan Aura Hijab sekitar October/November lalu , mrs pip boleh nampak kesan rambut tidak lagi mengalami masalah rambut gugur selepas 3 bulan menggunakan syampu Aura Hijab secara konsisten.


Now, mrs pip dah happy dengan rambut yang kembali kelihatan sihat dan paling penting tiada lagi rambut gugur banyak di lantai rumah mrs pip.

Semoga perkongsian mrs pip mengenai 7 kesilapan semasa mencuci rambut memberi sedikit sebanyak info kepada anda semua tentang cara yang betul mencuci rambut dan menghalang rambut menjadi rosak.

hugs and kisses, xoxo. Stay at home and stay safe. Let's fight Covid-19.

cheers.

3 Comments

  1. halah2 yg cuci dengan air panas tu, saya la..hehe..nasib water heater kat rumah dah rosak. so baru jinak2 guna air sejuk je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, lepas ni kena bilas guna air sejuk ok.

      Delete
  2. So far semua step buat. Perapi tu wajib pakai, baru elok cantik rambut. Tambah lagi pakai serum rambut lagilah better :)

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post