Resipi sup herba ayam kampung sedap dan segarkan badan - MrsPip || The Reviewer

Resipi sup herba ayam kampung sedap dan segarkan badan

hi there, sup herba ayam kampung biasanya mrs pip makan ketika berpantang. mr.Husband yang selalu buatkan sup herba ayam kampung, katanya baik untuk wanita yang habis bersalin, minum sup herba ayam kampung boleh sihatkan badan, kuatkan badan dan segarkan badan. Selain untuk wanita yang sedang berpantang, elok juga ambil sup herba ayam kampung kalau badan rasa lenguh-lenguh, dan kurang bermaya. Dan waktu puasa sebegini, sup herba ayam kampung pun sesuai juga untuk dijadikan lauk untuk berbuka puasa atau sungkai.

Sup herba ayam kampung mudah buat sihatkan badan
Sup herba ayam kampung mudah buat sihatkan badan

Kebetulan hari tu mak mertua suruh mr.Husband sembelih ayam kampung diorang, jadi dapatlah kitorang sedikit bahagian. Alhamdulillah , rezeki kitorang dapat ayam kampung. Dan ayam kampung ni, memang selalunya akan masak sup herba ayam kampung , mungkin yang suka resipi lain menggunakan ayam kampung, bolehlah korang Google cari resipi .

Sup herba ayam kampung mudah buat sihatkan badan
Sup herba ayam kampung mudah buat sihatkan badan

Nak buat sup herba ayam kampung ni pun senang sangat. Yang penting kenalah ada herba sup ayam tu. Herba tu biasa jual kat pasaraya. Yang ni kalau tak silap bangsa Cina selalu guna untuk reneh sup. mrs pip bab bab herba cina ni memang tak tahu, selalu nampak herba ni jual di pasaraya , tapi dulu dulu manalah ambil kisah hal hal memasak ni. Dah kawin barulah belajar ilmu memasak, hehe.

Sup herba ayam kampung mudah buat sihatkan badan
Sup herba ayam kampung mudah buat sihatkan badan

Bahan-bahan dan cara-cara membuat sup herba ayam kampung

300gm ayam kampong dan 1.5 liter air direbus dengan api kecil sehingga agak lembut 
(anggaran 1 jam).

Masukkan 
2 inci halia, 
4 biji kurma kering, 
3 biji cendawan bulat dibelah 4, 
5 ulas bawang putih, 
1 paket herba sup ayam. 

Biarkan mendidih sekitar 20 minit. 

Tambah garam, pati ayam dan sedikit kicap pekat manis secukupnya.

Hidangkan sup herba ayam kampung tadi dengan hirisan daun sup. 

Siap

Sup herba ayam kampung mudah buat sihatkan badan
Sup herba ayam kampung mudah buat sihatkan badan

senang sangat nak sediakan sup herba ayam kampung ni sebenarnya kerana sekarang ni dah tak susah susah nak beli herba satu satu, semua dah cukup dalam satu paket. Dan harga pun affordable. Rasa sup yang berherba dan lebih 'clean taste' berbanding dengan sup ayam melayu yang rempahnya jauh berbeza dengan sup herba cina ni , tapi apapun sup ayam sama ada sup ayam herba cina atau sup ayam tradisi kita, dua - dua pun mrs pip suka. 


Makan sup herba ayam kampung ni semestinya sedap dan mampu segarkan badan.

sedap makan dengan nasi panas-panas. 

selamat menjamu selera.

cheers.

2 comments:

  1. betul..sedap sesekali layan sup..sup herba cina macam ni, saya tak pernah try.kalau sup biasa tu, selalu..cuma jarang masak sebab mr hubby tak berapa suka sup. kalau buat sup pun, sup daging atau sup tulang..

    ReplyDelete
  2. Waaa sedapnya Dan menyihatkan

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.