Resipi Ikan masak kacang hitam masin sedap, sajian Good Friday untuk in-law families

hi semua. Menu kali ini resipi ikan masak kacang hitam masin sedap, dibuat sempena sajian Good Friday untuk in-law families. Nak dijadikan cerita, hari tu keluarga mak mertua sambut Good Friday, tapi since PKP, maka tiada sebarang upacara untuk Good Friday, maka adik beradik mr.Husband yang tinggal sebelah sebelah rumah bercadang untuk masak-masak , makan bersama ramai-ramai. Since semua pun memang stay at home saja kan, jadi marilah kita makan-makan bersama keluarga tersayang.

mr.Husband masak guna bahan-bahan yang ada di dapur. Ini unplanned, maka kitorang decide buat menu ikan masak kacang hitam masin since itu ja bahan masakan yang ada di dapur time tu.. It is ok, guna saja apa bahan yang ada as long as boleh makankan. Sudah masuk bulan puasa, baru sempat mau share resipi ikan masak kacang hitam masin ini.

Dan Alhamdulillah, dah masuk bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kita sentiasa berseri walaupun kita dalam usaha menangani wabak Covid-19 dan berada dalam perintah kawalan pergerakan PKP. Jadi waktu PKP ni, banyak pula resipi PKP masuk blog mrs pip memandangkan mr.Husband pun bercuti kerja jadi dia lah chef in house buat sementara waktu. 

 Ikan masak kacang hitam masin
 Ikan masak kacang hitam masin
kalau ada yang tanya apa itu Good Friday, well ianya kalau tak silap mrs pip la yah, ialah hari Jumaat sebelum Hari Easter di mana yang beragama Kristian Katolik selesai puasa 40 hari, dan Good Friday ni adalah Public Holiday bagi negeri Sabah. Good Friday sebenarnya adalah hari memperingati pensaliban dan pembunuhan Nabi Isa bagi kepercayaan Kristian 

(Note: correct me if I am wrong ya - dan please jangan kecam sis pula kerana menceritakan sedikit perihal Good Friday. Apapun, kepercayaan kita, raikan perbezaan dan hormati kepercayaan mereka. Since mrs pip berkahwin campur, jadi haruslah menghormati perbezaan agama di dalam keluarga mrs pip)

 Ikan masak kacang hitam masin
Bahan-bahan Ikan masak kacang hitam masin

Jomlah kita lihat bahan-bahan dan cara membuat menu mudah ikan masak kacang hitam masin ini. kata kunci untuk buat menu ni, haruslah ada ikan dan kacang hitam masin dalam tin yang banyak jual di pasaraya. Nama lain bagi kacang hitam masin ialah Salted Black Bean T_T ...


Bahan-bahan dan cara-cara membuat Ikan masak kacang hitam masin


Bahan A: Ikan Kerisi atau boleh guna ikan lain yang sesuai

1 ekor ikan jenis kerisi bali bersaiz anggaran 600gram dibuka sisik, perut dan dibersih.
Belah separuh bahagian bawah kepala sehingga hampir ke bahagian ekor dan buang tulang utama sehingga ikan dapat ditiarapkan.
Perap ikan dengan garam, bawang putih, asam jawa dan  sedikit serbuk kunyit.
Gaul dengan 2 sudu makan tepung jagung dan goreng cara deep fried dengan kedudukan ikan bertiarap dan bahagian kepala mendongak ke atas sehingga masak.
Angkat perlahan lahan  dan letak diatas pinggan.


Bahan B: Sayur-sayuran dan bahan-bahan campuran untuk hidangan bersama ikan


Setengah biji lobak dipotong bentuk batang mancis,
4 batang kacang panjang dipotong memanjang mengikut panjang lobak tadi,
setengah biji bawang besar dipotong mayang dan dicarik.
Setengah tin kacang hitam masin (boleh guna sekali isi ikan dalam tin kacang hitam masin).

Tumis bahan-bahan ini dengan 2 biji bawang merah,
1 inci halia dihiris, dan tambah garam dan pati bilis secukup rasa dan gaul sehingga masak.
Tambah setengah cawan air yang digaul dengan setengah sudu makan tepung jagung, gaul seketika dan matikan api.
Tuang bahan-bahan ini pada ikan yang digoreng tadi mengikut susunan sendiri.
Siap.

Rasa macam susah pula resipi ni kan, tapi sebenarnya tak susah mana. Kita simplifiedkan resepi ikan masak kacang hitam masin ni ok.
  • Goreng ikan seperti korang goreng ikan biasa, cuma ikan ni eloklah besar sedikit seekor boleh 3 hingga 4 orang makan at least.
  • Lepas goreng ikan, ketepikan.
  • Kemudian, tumis sayur (lobak dan kacang hijau panjang) bersama kacang hitam masin tu. Korang letaklah perasa secukupnya. Buatlah tumisan sayur tu sedikit berair so nanti bila tuang atas ikan, taklah kering sangat ikan korang kan.
Klik Entry : Lauk-Pauk dari Dapur Pip #PipKitchen

Apapun, selamat mencuba. 

Hugs and kisses, xoxo. Stay at home, stay healthy ok.

Salam Ramadhan.

cheers.

10 Comments

  1. tq share resepi nanti boleh try ni :)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi cuba resepi macam ni sebelum ni. Nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba Jannah, hope Jannah suka resipi ikan masak kacang hitam ni.

      Delete
  3. pertama kali tahu kacang hitam ni sis.. tak pernah rasa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang hitam masin ni banyak jual kat pasaraya, ianya ikan kacang hitam masin dalam tin.

      Delete
  4. wah memang sedap tu Mspip, suka buat camni versi kukus. hiris lobak masin halus, cmpur tomato + black bean. yummeh! eh berpuasa 😊 slmt berpuasa sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa shirven. nnt aku terjah blog kau, terliur2 tengok semua menu makanan di blog kau shirven, semua sedap2 ...

      Delete
  5. Sedapnya.. nindah Boleh join segment mama Ni.. jemput la join ye

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post