Movie Silenced , adaptasi kisah benar penderaan seksual pelajar pekak - MrsPip || The Reviewer

Movie Silenced , adaptasi kisah benar penderaan seksual pelajar pekak

hi there, cerita korean movie bertajuk SILENCED , lakonan menarik Gong Yoo bersama Jung Yu Mi dan dibantu oleh Kim Hyun Soo, Jung In Seo, Baek Seung Hwan dan barisan pelakon lain. movie SILENCED in menceritakan tentang penderaan seksual yang dilakukan ke atas pelajar pekak di sebuah sekolah di Korea Selatan, berdasarkan novel yang bertajuk The Crucible hasil tulisan Gong Ji Young, dan yang lebih menyayat hati, pendera yang melakukan sexual assault ini ialah ahli pendidik di sekolah berkenaan.

Movie Silenced , adaptasi kisah benar penderaan seksual pelajar pekak
Movie Silenced , adaptasi kisah benar penderaan seksual pelajar pekak

Kang In Ho (Lakonan Gong Yoo) diterima bekerja di sekolah Ja Ae Academy sebagai guru seni. Dia gembira mengajar di akademi berkenaan, namun berasa sedikit hairan apabila mendapati ada pelajar nya yang agak 'aloof and distant' dan cuba untuk mengelak daripadanya.

Namun In Ho tetap memberikan perhatian terhadap mereka, dan satu hari tu In Ho terdengar bunyi di tandas perempuan ketika ingin pulang namun dia disergah oleh pengawal keselamatan akademi untuk tidak memasuk tandas berkenaan.

Selain itu, ketika In Ho ingin pulang ke rumah , dia terlihat salah seorang pelajarnya duduk di atas tingkap dan kerana risaukan keselamatan pelajarnya, In Ho bergegas naik ke asrama pelajar tersebut dan berjaya menarik pelajarnya daripada duduk di atas tingkap tersebut.

Pelajarnya yang pekak ketakutan namun kemudian menarik baju In Ho dan membawa In Ho ke satu sudut tangga dan menunjukkan sebuah bilik. In Ho bergerak ke bilik tersebut dan mendapati salah seorang pelajarnya sedang di dera oleh warden asrama dengan memasukkan kepala pelajar tersebut ke dalam mesin cuci baju.

Terkejut dengan keadaan tersebut, In Ho menyelamatkan pelajar tersebut dan membawanya ke hospital untuk rawatan. Kemudian In Ho menghubungi aktivis kemanusiaan bernama Yoo Jin (Lakonan Jung Yu Mi) yang dikenalinya secara kebetulan ketika berada di pekan beberapa waktu terdahulu. 

Yoo Jin membantu In Ho menjaga pelajar yang dirawat di wad , dan ketika itu, pelajarnya memberitahu Yoo Jin yang dia didera secara seksual, dan itu mengejutkan In Ho dan akhirnya In Ho berusaha melindungi pelajarnya dan cuba mendapatkan keadilan untuk mereka.

Movie Silenced , adaptasi kisah benar penderaan seksual pelajar pekak
Movie Silenced , adaptasi kisah benar penderaan seksual pelajar pekak

cerita movie ni sedih bagi mrs pip. Bayangkan pelajar pekak didera oleh pendidik sendiri, dan penderaan sudahpun berlaku selama 5 tahun, dan lagi menyayat hati apabila pihak berkuasa tidak mempedulikan laporan yang dibuat oleh Yoo Jin kerana pihak berkuasa ni dah dibeli dengan duit, pendek kata pihak sekolah dah suap duit kat polis daerah tersebut, begitu juga dengan pihak berkuasa perundangan! 

tapi In Ho dan Yoo Jin still fight juga untuk keadilan pelajar pelajar tersebut. Dalam pembelaan untuk pelajar pelajar dia tu, yang sedih dorang ada bukti kukuh pelajar diliwat dan dirogol, malangkan peguam yang mewakili dorang (pendakwaraya) tu dah kena beli juga oleh si peguam bela yang punya firma guaman yang kukuh. Hakim dia pun dua kali lima juga dah kena suap duit!

korang boleh tengok dalam movie ni sign language yang dorang gunakan untuk ceritakan bagaimana dorang kena liwat dan rogol. memang good effort dorang berlakon guna sign language, dan sebak wei bila dorang ceritakan satu persatu bagaimana dorang kena liwat dan rogol. Heartbroken aku!

dan cerita ni based on events yang berlaku di Gwanju Inhwa School, dan selepas filem ni dipertontonkan, orang awam meminta kes ini disiasat semula. Dan diminta kes ini dibicarakan semula.

impak daripada filem SILENCED ni, 

the film sparked public outcry over lenient court rulings, prompting police to reopen the case and lawmakers to introduce bills for the human rights of the vulnerable. Four out of the six teachers at the Gwangju Inhwa School for whom serious punishment was recommended by the education authority were reinstated after they escaped punishment under the statute of limitations.

Only two of them were convicted of repeated rapes of eight young students and received jail terms of less than a year.

71-year-old ex teacher Kim Yeong-il recently claimed that two children had died when the incident took place in 1964, after which he was beaten and forced to resign his job by the vice principal.

Two months after the film's release and resulting controversy, Gwangju City officially shut down the school in November 2011.

In July 2012, the Gwangju District Court sentenced the 63-year-old former administrator of Gwangju Inhwa School to 12 years in prison for sexually assaulting an 18-year-old student in April 2005.

He was also charged with physically abusing another 17-year-old student who had witnessed the crime (the victim reportedly attempted to killed themselves afterward). The administrator, only identified by his surname Kim, was also ordered to wear an electronic anklet for 10 years following his release.

In 2011, the Korean National Assembly passed the "Dogani Law" (named after the Korean name of the film), removing any statute of limitations for sexual assault against children under 13 and the disabled. It also raised the minimum sentence for rape of young children and the disabled to up to life in prison, and abolished a clause requiring that victims prove they were "unable to resist" due to their disability.

Nah,memang hebat impak daripada filem SILENCED ni apabila kes ini disiasat kembali. Penderaan ni berlaku pada tahun 1964, tapi ianya mengambil masa yang lama untuk mendapat pembelaan!

Dan hasil daripada kes ini, Korea Selatan mengetatkan hukuman kepada pesalah yang merogol kanak-kanak di bawah 13 tahun dan kanak-kanak kurang upaya membawa hukuman sehingga penjara seumur hidup.

movie ni worth to watch , dan gandingan Gong Yoo dan Jung Yu Mi serasi. Suka tengok dorang berdua. Dan sekali lagi Gong Yoo dan Jung Yu Mi digandingan bersama di dalam filem terbaru berjudul Kim Ji Young Born 1982, review is done!.

Movie Kim Ji Young Born 1982 kisah depresi seorang isteri yang terjadi pada kebanyakkan suri rumah


happy watching.

cheers.

6 comments:

  1. Kebetulan pula ada kes dera yang berlaku musim covid ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, covid Tak covid, Penderaan mmg Ada ja yg terjadi. Tapi extra sedih bila penderaan berlaku Dan tiada pembelaan ke atas mangsa ..

      Delete
  2. Sedih cerita ini.. bermain dengan emosi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mmg sedih. geram pun ada dkt cikgu2 jahat tu.

      Delete
  3. Kesian kan tgk cerita ni. Geram dan neves jak. Minat Yu Mi ni. Natural beauty juga.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.