Review Movie Innocent Witness (Korean Movie starring Jung Woo Sung)

Korean Movie Innocent Witness berkisar tentang seorang peguambela Yang Soon Ho yang membela anak guamnya , Oh Mi Ram yang bekerja sebagai pembantu rumah atas tuduhan membunuh majikan dan satu-satunya saksi kejadian ialah seorang remaja perempuan  bernama Ji Woo yang mempunyai Asperger's Syndrome.

Watak utama di dalam movie ini ialah 
  • Jung Woo Sung sebagai Yang Soon Ho (peguambela)
  • Kim Hwang GI sebagai Im Ji Woo (Remaja yang mempunyai Asperger's Syndrome)
  • Yeom Hye Ran sebagai Oh Mi Ram (Tertuduh / Pembantu Rumah)
  • Lee Kyu Hyung sebagai Lee Hee Jung (pendakwaraya) 
korean movie innocent witness

Dipendekkan cerita, Soon Ho berjaya membuktikan tertuduh tu tidak bersalah, kiranya dia menang kes ni la kan. Tetapi yang buat dia rasa ada perkara yang tak betul dalam kes ni ialah bila dia ternampak raut wajah gembira anak kepada mendiang tu happy semacam apabila Mi Ram terlepas tuduhan, padahal sepatutnya anak mendiang tu kalau ikut logik mestilah sedihkan pasal bapa dia mati disyaki dibunuh. 

Selain tu, Mi Ram bagitau yang dia hidup sebatang kara, tiada anak tetapi sewaktu Soon Ho jemput dia kat gate penjara, Mi Ram macam acuh tak acuh nak layan Soon Ho dan dia bagitau Soon Ho yang dia nak balik jumpa anak dia. 

Naluri Soon Ho memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dalam kes ni. Bagaimana kalau Ji Woo  tu berkata yang benar. Sebelum perbicaraan bermula , Soon Ho pernah berusaha mendekati Ji Woo untuk mengetahui apa yang dia nampak pada malam kejadian, tetapi Ji Woo bukanlah seorang yang mudah didekati oleh orang yang dia tidak kenali.

Menariknya cerita ni kan bila watak Ji Woo tu ada Asperger's Syndrome, jadi kat sini kita yang tengok movie ni pun akan dapat sedikit knowledge tentang sindrom ni. 

Selepas Soon Ho rasa ada yang tak betul dalam kes ni, percubaan untuk kes dibuka buat kali kedua. Kali ni Soon Ho nekad untuk menjadi peguam yang akan membuktikan kebenaran. Tetapi sebelum perbicaraan, Soon Ho belajar cara mendekati dan memahami Asperger's Syndrome dan dia siap siasat mendiang ni sewaktu hidupnya dia seorang yang bagaimana.

Soon Ho bertemu Ji Woo setiap kali habis sesi persekolahan
Soon Ho bertemu Ji Woo setiap kali habis sesi persekolahan

Kira menarik juga pendekatan yang Soon Ho guna untuk dekat dengan Ji Woo dan slowly dia dah faham cara Ji Woo ni berinteraksi dengan keadaan sekeliling dan berjaya tahu kelebihan Ji Woo sebagai seorang yang mempunyai Asperger's Syndrome.

Perbicaraan dilakukan sekali lagi. Soon Ho walaupun dia masih mewakili tertuduh Oh Mi Ram , tapi dia ada misi dia sendiri, iaitu membuktikan yang saksi berkata benar dan anak guam dia tu menipu.

Soon Ho ni jenis peguam yang tak tamak haloba, dia nak kalau anak guam dia salah, dia tak akan defend tapi cukuplah sekadar membantu anak guam dia diringankan hukuman.

Memang best la tengok  part bila Soon Ho soal balas saksi dan memang luar jangkaan tau kelebihan yang Ji Woo ada yang semua orang tak tahu kecuali Soon Ho saja yang dapat tahu kelebihan Ji Woo.  Dan sebab tu kesaksian Ji Woo diterima pakai dalam kes bunuh ni.

Oh Mi Ram didapati bersalah dan yang upah dia untuk membunuh majikannya ialah anak majikan dia sendiri. Ini semua kerana anak majikannya perlukan wang untuk syarikatnya yang mengalami masalah kewangan jadi dia nak bolot harta bapa dia.

Innocent Witness Soon Ho bersama anak guam / defendan Oh Mi Ram
Innocent Witness Soon Ho bersama anak guam / defendan Oh Mi Ram

Nak tahu tak macam mana Ji Woo tu boleh buktikan Oh Mi Ram tu bersalah?

Ji Woo ni mempunyai kelebihan boleh mendengar suara orang bercakap walaupun dalam jarak yang agak jauh dan setiap kali dia dengar bunyi, bagi Ji Woo bunyi tu amatlah kuat, sehingga menyakitkan telinga dan kepala dia, padahal bagi kita bunyi tu setakat bunyi biasa biasa saja.  Dan Ji Woo paling rasa tenang untuk membuat sesuatu selepas jam 5 petang. Selain itu, kelebihan seorang Asperger's Syndrome ni, mereka boleh menjadi seorang yang genius.

Baca sini untuk lebih info Asperger's Syndrome >>> https://www.webmd.com/brain/autism/mental-health-aspergers-syndrome

Hanya dengan sekali pandang tali leher polkadot yang dipakai Soon Ho, Ji Woo bagitau jumlah bilangan dots yang ada di tali leher Soon Ho.  Selain itu, Ji Woo mempunyai kebolehan menghafal dan mengingati sesuatu dengan mudah dan tepat.

Jadi, Soon Ho nak buktikan yang Ji Woo ni memang ada kebolehan luar biasa. Soon Ho meminta mahkamah untuk menunggu sekejap sehingga jam 5 petang untuk menyoal Ji Woo. Kemudian Soon Ho meminta penjaga pintu mahkamah yang mempunyai jarak yang agak jauh dengan Ji Woo untuk menyatakan nama dan pangkat pekerjaannya hanya dengan gerakan mulut dan meminta Ji Woo untuk memberitahu mahkamah apa yang pegawai tersebut katakan.

agak mengejutkan apabila Ji Woo berjaya memberitahu mahkamah apa yang dinyatakan oleh penjaga pintu mahkamah tersebut dan sebenarnya Ji Woo boleh mendengar suara walaupun dari jarak yang jauh dan dia boleh mengingati dengan tepat setiap perkataan yang dia dengar.

Pada malam kejadian bunuh tu, Ji Woo terdengar suara pergelutan dengan jelas yang datang dari arah seberang jalan, dan Ji Woo diminta untuk mengulangi ke semua percakapan yang dia dengar pada malam tersebut. Dan dia siap bagitau berapa patah perkataan yang dia dengar pada malam itu, sungguh spesifik budak Ji Woo ni kan.

selepas mahkamah mendapati Mi Ram bersalah, anak lelaki kepada mendiang juga ditangkap kerana dia yang sebenarnya mengarahkan Mi Ram membunuh until membolot harta bapa dia sendiri kerana anak mendiang ni , syarikat dia ada masalah kewangan. Ouch!

Apapun, korang memang patut tengok korean movie Innocent Witness ni tau. Jalan cerita dia tidak membosankan langsung, dan kena tengok dari mula sampai habis tau jangan sekerat-sekerat jalan tengok cerita ni nanti korang terlepas scene yang menarik dalam movie Innocent Witness.

dan ending Innocent Witness ni touching sikit tau. Sebak gitew yer.

Happy Watching.

cheers.

1 Comments

  1. bestnyaaaa... awa suka citer leh study dan agak suspen cmni.. skrg gak nk tengok! :D

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post