Cara guna dan cuci WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam - MrsPipDotCom
News Update
Loading...

Tuesday, 25 February 2020

Cara guna dan cuci WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam

hi there, cara guna dan cuci WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam. Sebagai seorang mommy, memang haru biru apabila anak-anak yang berusia sekitar 5 tahun dan ke atas mempunyai masalah kencing malam di tilam!

Selain kena berdepan dengan situasi anak menangis lewat malam kerana mengalami kebasahan, mommy juga terpaksa berdepan dengan masalah tilam basah, berbau dan memang ambil masa yang lama untuk tilam yang tebal kering sepenuhnya.

WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam

jadi, selepas beberapa kali terpaksa melalui situasi Iman TERkencing di waktu malam di atas tilam, dan memandangkan tilam anak-anak jenis tebal dan berat (boleh sakit pinggang mau angkat sorang-sorang), mrs pip akhirnya akur untuk cari jalan alternatif lain untuk elak rasa STRESS.

gila mommy tak stress, huh memang stress bah anak kencing malam, lepas tu nangis nangis, kau pula dalam tidur sedar ndak sedar keletihan, terpaksa bangun dan tukar lapis tilam, lepas tu kena alas tilam dengan beberapa helai kain sarung lain untuk anak tidur tanpa ada rasa basah ... siapa yang alami situasi macam ni , I FEEL YOU MOMMY.

WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam

alternatif lain yang mrs pip ambil ialah, BELI WATERPROOF BEDSHEET (cadar kalis air). Waterproof bedsheet tu mrs pip beli di shopee , ramai seller yang jual. Ada pelbagai saiz, warna, terpulang kepada bajet yang kamu ada. 

haha, ada cerita lucu lepas guna dan cuci waterproof bedsheet ni. Kejap lagi mrs pip cerita ya. Mrs Pip beli waterproof bedsheet ni di shopee pada harga RM38.00 dan shipping cost RM8.75, jadi jumlah bayaran ialah RM46.75 (seller : sngcommunication).

WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam


  • produk waterpoof bedsheet ni menggunakan polyurethane membrane untuk lapis belakang, manakala lapisan atas pula 100% cotton fiber , dan 
  • waterproof bedsheet ini boleh menyerap air sehingga 700 molekul air pada satu-satu masa (seperti yang dinyatakan oleh seller). Kainnya boleh dicuci, lembut, ringan, tidak berkedut.

maka, bedsheet waterproof yang dibeli pun sampai, dipasang pada tilam dan saiz memang ngam dengan tilam.

Selang beberapa hari selepas dipasang, Iman kencing malam tu atas tilam, dan mommy no more stress kerana tilam berjaya selamat daripada kebasahan terkena kencing Iman malam tu. 

Dan keesokan harinya, terus cuci lapis tilam ni. Pasal sudah jadi habit kan, whatever kain kotor akan masuk terus ke washing machine, maka lapis tilam ni pun dua kali lima juga masuk washing machine.

Terlupa yang ni waterproof fabric, nah sekali tu habis cuci kan, lapisan belakang bedsheet tu rosak dan terpaksa di'koyakkan' untuk pastikan bedsheet tu tidak berkedut dan tidak crumple dengan lapisan waterproof tu, so end up waterproof bedsheet is no longer the waterproof bedsheet lah pasal lapisan memang rosak teruk!

Lucu pula rasanya apabila mrs pip boleh lupa yang waterproof bedsheet ni ndak boleh di cuci dalam washing machine!

Washing machine pun siap2 ada letak notis DO NOT WASH WATERPROOF FABRIC , adeh.

so, beli lagi waterproof bedsheet yang ke-dua since yang pertama tu sudahpun rosak :(( ... yang kedua ni, mrs pip beli fitted waterproof bedsheet, lagi senang untuk dipakaikan di tilam, lagi senang kerja mak kan.

WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam

Harga RM38.90 + postage RM5.75 tapi dapat postage free guna voucher yang disediakan oleh shopee (seller : battonshome) , dan pembelian kedua ni rasanya lebih awesome berbanding belian pertama.

WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam

bila dah pandai pasang, pandai guna, maka kenalah pandai cuci kan! hahaha.

Cara cuci waterproof bedsheet agar tidak rosak :-

πŸ’™ Rendam dalam baldi bersama larutan sabun cuci kain
πŸ’™ Guna cucian tangan
πŸ’™Bilas dengan air sehingga semua larutan sabun hilang sepenuhnya
πŸ’™ Jangan perah terlalu kuat
πŸ’™ Jemurlah seperti biasa

Tips elak anak kencing malam atas tilam :-

πŸ’– Kencing di tandas sebelum tidur
πŸ’–Jangan banyak minum air sebelum masuk tidur.
πŸ’–Kejutkan anak di waktu tengah malam untuk ke tandas
πŸ’– Ingatkan anak untuk jangan kencing di tilam , dan bagi reward jika perlu sekiranya mereka berjaya bangun sendiri untuk ke tandas
πŸ’– Jangan marah anak kerana terkencing di tilam, itu mungkin akan membuatkan mereka rasa malu Dan sedih, emosi anak kena lah juga jaga walaupun mereka buat silap terkencing di tilam

cheers.

Share with your friends

12 comments

  1. mcm ni la liez buat.. tak susah pun asalkan ada waterproof bedsheet ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, kalaulah dari dulu saya tahu benda waterproof bedsheet ni tak da la nak stress2 ... ni pun tau bila google cari jalan penyelesaian.

      Delete
  2. Senang keje para mommy dah. X perlu nak sakit pinggang angkat tilam berat dah kan.

    ReplyDelete
  3. semua tips kak pip tu suda juga mama saya buat tapi tetap juga adik kencing malam. form 1 suda dia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada try sapu minyak panas urut lembut perut setiap malam?
      cubalah semoga berhasil adik Pana ndak kencing malam.
      maybe dia pun stress asyik terkucil jak kan.

      Delete
  4. oo..dh ada yeak waterproof bedsheet macam ni..canggih tau sekarang ni..ketinggalan pulak sis sbb tak tahu..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, ni pun baru tau lepas google, hehe.
      kalau ada family yang bed ridden pun boleh guna.

      Delete
  5. bagus ni.
    time nak ajar anak tanpa diaper, sgt praktikal ni.
    takde le keje ibu nak kena jemur tilam tiap hari :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done