Tips: Bertolak-ansur lah dengan anak-anak

hi there, nak tanya korang ni .. korang ni jenis mak mak yang macam mana? Supermak? Garangmak? Tegasmak? Strictmak? Lemahlembutmak? which one ???

aku tak tau lah kalau aku ni garang, tapi aku rasa aku jenis mak mak mommy garang and strict and disiplin ... mcm anak anak aku, since dari baby aku strict waktu tidur , bangun, mandi and makan dorang ... soon, kena strict waktu solat pula kan since Iman dah nak masuk 7 tahun next year ...

Tips: Bertolak-ansur lah dengan anak-anak
Tips: Bertolak-ansur lah dengan anak-anak

sebelum tu, jom kita mak mak berdoa jadi ibu solehah utk diri sendiri, dan mudah mudahan anak anak kita pun jadi anak anak soleh n solehah juga, amiiinnnn.

satu lagi nak tanya korang ... macam mana korang handle anak anak yang tak nak join acara sekolah, padahal cikgu dah awal awal bgtau anak anak terpilih ikut acara sekolah? 

korang marah tak kalau anak anak tak nak join , siap bagi alasan lagi, tapi bagi kita as the parents, alasan anak anak kita tu tak munasabah .... tapi bagi anak anak kita, mereka dah bagi reason kenapa mereka tak nak join acara sekolah, so bagi mereka alasan tu adalah munasabah.

baca juga >>> Tips mudah asingkan anak-anak tidur sendiri

apa korang akan buat kalau anak anak mengamuk sebab korang push dorang utk join juga padahal mereka memang tak nakkkk join walaupun korang deal bagi reward ...?

ceritanya macam ini ⤵⤵⤵

Iman terpilih untuk ikut acara perbarisan sekolah sempena sambutan kemerdekaan kat sub district pekan membakut tempat kitorang tinggal ni, TAPI Iman balik sekolah nangis nangis tak nak join perbarisan tu ... 

alasan dia senang saja >>> dia tak suka perbarisan ! bila mrs pip tanya lagi dan lagi kenapa tak nak join, end up dia bagitau

📌Panaslah mommy!
📌Mommy bukan datang tengok Iman berbaris pun
📌Nanti Iman haus, macam mana?

Duh! Imaannnnn, alasan kau ni kan , bikin gerigitan betul bahhh 😠

aku try my best untuk pujuk Iman join perbarisan tu, pujuk n pujuk, tapi tidak berhasil kerana Iman ada reason dia tersendiri, dan karakter Iman ni memang seorang yang sangatt determine dgn keputusan dia ....

Tips: Bertolak-ansur lah dengan anak-anak
Tips: Bertolak-ansur lah dengan anak-anak

perlukah terus memaksa anak-anak? 

so, ni cara (tips) bagaimana aku sebagai seorang mak ibu mommy berkompromi dengan masalah anak (baca: dalam kes Iman yang refused untuk attend acara sekolah)

👉 aku memang strict la, tapi aku tak boleh pentingkan diri sendiri, so aku letak diri aku kat tempat Iman agar aku faham situasi Iman.

👉 aku try recall memory aku time aku seusia Iman , kalau2 ada benda yang aku tak suka tapi kena paksa buat ... Yes, ada. Ada hal yang aku kena paksa buat padahal aku tak suka , so I wished I could escape .

👉Then aku tengok consequences kalau Iman tak join, is it ok or not ... kalau dia tak join, dan cikgu bagi pelepasan, so aku tak paksa coz penting juga jaga emosi anak anak kita

👉aku bagitau cikgu dia elok elok untuk minta pelepasan atau pengecualian, dan alhamdulillah cikgu dia bagi pelepasan, dan ganti dgn budak lain ... 

👉let say lah kalau Iman tak join, dan consequences nya adalah buruk, aku tetap akan pujuk Iman utk join, tapi aku tetap tidak akan memaksa anak anak untuk sesuatu yang mereka tidak mahu lakukan.

Why? pasal aku fikir,⤵⤵⤵

dalam hidup ni tak semua perkara kita mampu puaskan hati orang, so samalah mcm Iman, dia tak boleh puaskan hati cikgu dia, dan juga mommy dia ... Iman is Human too ...

👉 sekarang ni, aku dah slow down sikit nak jadi mommy garang , atau mommy strict, now aku lebih suka berkompromi dengan anak anak as long as anak anak tak menyimpang buat benda tak elok.

👉 aku juga akan letakkan diri aku dalam situasi anak anak dan berusaha melihat sesuatu dari kaca mata sebagai seorang anak yg berusia sebaya mcm Iman ...

Contohnya, anak kita tak pandai membaca, padahal anak orang lain seusia dorang dah lancar membaca, aku chill jak, no need to push too hard nak anak kita bijak sama mcm anak orang lain , padahal level kemampuan setiap orang berbeza beza ... Hence, do not be too typical like the asian mom syndrome (you know la kan kebiasaan mak mak negara asia ni macam mana)

👉Jangan terlalu cepat kecewa dekat anak anak ! Hello, anak anak still tadika kot, small matter bagi aku kalau anak anak still tergagap gagap membaca, or refuse nak join acara sekolah ... Many more years to look forward untuk korang tengok pencapaian anak anak korang ... daripada korang kecewa, better korang DOAKAN baik baik utk anak anak korang , kan lagi baik ... Bukankan doa seorang ibu itu tiada hijab dan tembus ke langit dengan pantas?

Perbarisan Kemerdekaan Membakut 2019
Perbarisan Kemerdekaan Membakut 2019

pasal hal Iman tak nak join perbarisan tu, aku dan Iman sepakat it is ok not to join the marching ... tak pa, tapi next time Iman join ya, mommy insya allah datang tengok Iman berbaris ok , siap bawa Amin n Nami n Daddy juga ...

kalau kita tak mampu jadi ibu yang sempurna, at least kita jadilah ibu yang terbaik di hati anak anak kita, semoga kita sentiasa bertakhta di hati anak anak kita ❤

buat Iman (juga Amin dan Nami), ⤵⤵⤵

📍just speak out your feelings, mommy is here listening to every single words of yours. 

📍Never afraid to tell mommy what's your worry-ness , mommy try to understand what's your problem all about, ok and together we find solution.

baca juga >>> Tips mudah didik anak-anak tak perlu lagi pakai diapers / lampin pakai buang

till then, happy parenting semua ... 

cheers.

Post a Comment

2 Comments

  1. good tips kak. lain anak lain karakter. lagipun setiap orang mesti tak suka dipaksa. bertolak ansur tu penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Fiza ... walaupun maybe ada yg tak setuju dgn idea kak pip ni,
      but that's ok, pilihan cara masing masing as a parent.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.