Tahniah! Tun M perdana menteri Malaysia ke-7

hi there, setelah menanti penuh debaran keputusan pilihanraya Malaysia ke-14, Pakatan Harapan menang (kerusi Parlimen) dengan majoriti besar 135 kerusi dan dengan itu Pakatan Harapan merupakan parti yang akan membentuk kerajaan Malaysia kerana menang 2/3 kerusi parlimen, dan Datuk Seri Najib Razak terpaksa memberi laluan kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru secara rasminya ...

Tun M angkat sumpah sebagai PM ke 7 Malaysia
Tun M angkat sumpah sebagai PM ke 7 Malaysia 
Sumber: Di Sini

TUN Dr Mahathir Mohamad malam ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, 9.56 malam hari ini.
Mahathir, 92, yang diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selepas memegang jawatan yang sama pada 16 Julai 1981.
Sultan Muhammad V sudah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2) (a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri.

Rakyat Malaysia sudahpun menyatakan suara mereka melalui undian pada pilihanraya ke-14, menolak pemerintahan Datuk Seri Najib Razak yang selama ini menerajui Malaysia selama 2 penggal namun dilihat gagal dalam usaha memberikan jaminan kehidupan yang baik dan berkualiti kepada rakyat, selain permasalahan pentadbiran yang terlalu banyak dikaitkan dengan korupsi , jenayah, dan masalah hutang negara yang tinggi.

dengan perlantikan Tun M ini, diharap Malaysia akan menjadi lebih makmur dan segala kepincangan dalam pemerintahan terdahulu akan diperbaiki dan memberikan jaminan kehidupan yang baik kepada rakyat dan membawa kemakmuran kepada Negara Malaysia.

nak tahu Manifesto Pakatan Harapan, boleh check it out di sini >>> menariknya Manifesto Pakatan Harapan <<<

We Love Malaysia.

Cheers.

Post a Comment

3 Comments

  1. Tahniah Tun.semoga terus kekal sihat dan dapat lakukan perubahan seperti yg rakyat harapkan

    ReplyDelete
  2. Tahniah Tun.. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat Tun..

    ReplyDelete
  3. Tahniah Tun, boleh tak Del nak cakap, bgun tidur rasa macam aman ja. kalau tak boleh maaf ler..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.