3 Sebab Kenapa Wanita Paling Ramai Menjadi Penghuni Neraka

3 Sebab Kenapa Wanita Paling Ramai Menjadi Penghuni Neraka. hi there, fuh sebut sahaja nama neraka, boleh rasa kecut gila-gila, seram sejuk. Tak terbayang siksaan di dalam neraka jahannam!

aduhai wanita, sungguh kita dimuliakan, namun kaum kitalah; wanita yang bakal memenuhi neraka, mohon dijauhkan neraka untuk kita semua.

3 Sebab Kenapa Wanita Paling Ramai Menjadi Penghuni Neraka
jadilah wanita yang dicintai syurga. gambar hiasan dari pexels.com


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Diperlihatkan kepadaku neraka sebentar tadi. Tidak pernah aku melihat keadaan yang sangat mengerikan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakan ahlinya ialah wanita.”


Para sahabat bertanya;

“Apakah sebabnya, wahai Rasulullah?”


Rasulullah menjawab;

“Sebabnya ialah kekufuran mereka”


Mereka bertanya lagi;

“Adakah mereka kufur (tidak berterima kasih) kepada suami dan suka melupakan kebaikan?


Baginda menjawab;

“Andai engkau memperlakukan salah seorang daripada mereka dengan baik seumur hidupmu, lalu dia melihat sesuatu (yang dibenci) daripadamu, maka dia akan berkata: “Aku tidak pernah melihat kebaikan sedikit pun daripadamu."

Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Abbas 


Inilah ciri-ciri wanita yang banyak menghuni neraka. Mereka selalu melupakan kebaikan seseorang hanya kerana satu kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.

Pemberian oleh suami seolah-olah tidak bererti dan tidak pernah berlaku hanya kerana sekali hatinya disakiti.

Rasulullah s.a.w mengingatkan juga kepada kaum wanita mengenai sifat lain yang turut sama menyumbang kepada dicampaknya seorang wanita ke dalam api neraka.

Sifat tersebut ialah melaknat iaitu mencela dan memaki manusia dan yang lainnya kerana kekesalan. Ini disebut dalam hadis daripada hadis Abu Sa’id al-Khudri, apabila keluar untuk solat sunat hari raya, 

Rasulullah s.a.w lalu di hadapan sekumpulan wanita. Kemudian baginda bersabda (maksudnya);

“Wahai kaum wanita, bersedekahlah. Sesungguhnya aku melihat kaum wanita kebanyakannya menjadi ahli neraka.”


Mereka bertanya;

“Mengapa wahai Rasulullah?”

3 Sebab Kenapa Wanita Paling Ramai Menjadi Penghuni Neraka


Baginda menjelaskan;

“Kamu banyak melaknat dan menafikan kebaikan.”

Justeru, wanita yang meletakkan dirinya di dalam neraka mempunyai sifat;

  • #1 – Tidak Berterima Kasih
  • #2 – Cepat Melupakan Kebaikan
  • #3 – Suka Memaki Dan Mencela


Walaubagaimana pun, ini bukanlah menunjukkan yang neraka ditentukan oleh jantina seseorang.

Ini juga bukanlah tiket untuk lelaki merendahkan wanita. 

Ini kerana banyaknya jumlah wanita di dalam neraka adalah kerana jumlah mereka yang ramai daripada kaum lelaki di dunia. 

Manakala, peringatan tentang sifat wanita penghuni neraka yang disampaikan oleh Rasulullah itu juga merupakan satu pengajaran kepada kaum lelaki. 

Sebagai manusia, pasti ada yang tidak terlepas daripadanya dan juga sifat-sifat lain lagi yang dibenci oleh agama. 

Maka, sebagai wanita, ambillah peringatan daripada Rasulullah ini sebagai satu ingatan kepada diri terutama dalam keadaan marah yang sering menjadi ruang syaitan membisikkan hasutannya. 

Bagi kaum lelaki pula, jagalah juga ucapan yang diberikan kepada wanita terutama kepada para isteri. 

Sebaik-baiknya ringankanlah lidah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana wanita juga besar peranannya dalam kebaikan dunia dan akhirat kita. 

sekadar perkongsian, semoga bermanfaat.

mari kita sama sama memperbanyakkan sedekah ...

sumber: https://tazkirah.net/bagaimana-caranya-wanita-menempah-tempat-di-neraka/

cheers

Post a Comment

10 Comments

  1. Perkongsian yang ohsem Mrs Pip..

    ReplyDelete
  2. Memang seram kan. Baginda telah diperlihatkan kaum wanita plh byk menghuni neraka. Sama-sama kita berusaha tingkatkan amalan kita.

    Entri ana hari ni pun pasal sedekah. Jemput baca.

    www.anasuhana.com/2017/07/coklat-tarbiah-ada-apa-dengan-sedekah.html

    ReplyDelete
  3. Itulah hakikatnya..
    Kaum wanita mudah masuk syurga dan mudah juga ke neraka andai leka.. Sama2 kita ingat-mengingati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita saling berpesan2 dengan kebaikan.

      Delete
  4. Terima kasih ingat-mengingati Mrs.Pip.
    Semoga dijauhkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah semoga dijauhkan neraka untuk kita semua.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.