sekitar awal bulan April, ada pelanggan menghubungi mr.Husband bertanya tentang tempahan katering. Pelanggan tersebut ingin menempah katering untuk majlis perkahwinannya pada 30/4/17.
![]() |
susun atur dome, pinggan, gelas, sudu garpu dan sebagainya untuk meja pengantin / meja jemputan VIP pengantin, disiapkan oleh kami. |
![]() |
Terima kasih pelanggan yang menempah, beliau di antara pelanggan kami yang mudah dibawa berbincang T_T |
![]() |
meja ala buffet ini disiapkan oleh pihak pelanggan kami pula bertanggungjawab dengan menyediakan sajian yang ditempah termasuk peralatan serving dish, piring, sudu garpu, gelas, etc |
ada yang bertanya, kalau kalau kami ada menyediakan khidmat sewa kanopi, sewa meja, sewa kerusi, sewa lapis meja dan kerusi, gubah pelamin, sewa alatan audio, dan sebagainya. buat masa ini, fokus kami hanyalah menyediakan tempahan sajian katering sahaja.
![]() |
kami juga memastikan pekerja kami wajib memakai pakaian seragam yang disediakan, menutup kepala, dan berpenampilan kemas |
sesekali terpanggil juga untuk mrs pip kongsikan perkhidmatan katering yang dijalankan oleh mr.Husband. terima kasih kepada pelanggan yang menempah.
kalau ada sesiapa yang mencari tempahan katering sekitar Kota Kinabalu, Papar, Kimanis, Bongawan, Membakut, Kuala Penyu dan Beaufort, bolehlah menghubungi Katering SJB 019-8076788.
untuk senarai harga pakej katering, bolehlah KLIK DI SINI
cheers.
0 Comments
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.