Sebab Pengsan Di Bilik Mandi, Ini Yang Anda Perlu Ambil Tahu

Sebab Pengsan Di Bilik Mandi, Ini Yang Anda Perlu Ambil Tahu || hi there, pengsan di bilik mandi? selalu dengar benda ni, tapi kadang-kadang pelik kenapa di bilik mandi kan. 

Tergelincir kot, kan bilik mandi tu licin. Eh, tapi silap pula jangkaan Mrs Pip.

Dapat share ni dari group whatsapp, so just nak sharing this info. 

Tetapi tidak begitu pasti benda ni sejauh mana kebenarannya, atau sekadar kebetulan saja. Apapun tidak salah kalau kita menambah pengetahuan. 

Jom baca.


Sebab Pengsan Di Bilik Mandi, Ini Yang Anda Perlu Ambil Tahu

Sebab Pengsan Di Bilik Mandi
Sekadar gambar hiasan


Kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain? 

Semasa saya hadir kursus gaya hidup sehat , seorang penceramah professor UITM yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan.

Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. 

Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. 

Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.


Cara Mandi Yang Dicadangkan 


1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.

2. Segayung di betis.

3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.


Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa.

Hikmahnya: 

Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. 
Apa yang terjadi?
Gelas akan retak ⚡


Jika tubuh kita, apa yang retak?

Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.

Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. 

Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.

Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.

In shaa Allah.

Sila kongsi untuk manfaat bersama

Perkongsia dari Group Whatsapp

Take care and stay healthy semua ok.

cheers.

Published was on 11.4.2017
Republished 14.07.2021

7 Comments

  1. lagi satu,baca doa sebelum masuk tandas, sebab ada setan betina dan jantan duduk kat dalam tu. "Allahuma ini azu zubika minal hubsi wal ho bais".

    ReplyDelete
  2. memang amalkan cara mandi macam ni since sekolah sebab cikgu ajar

    ReplyDelete
  3. Oh...itu pulak sebabnya. Ingatkan jatuh pasal bilik mandi basah sbb lantai licin. Good sharing Mrs Pip. 🤩

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsiaanya kak. Sama sama kita amalkan.

    ReplyDelete
  5. Info menarik. Memang risau kalau jatuh di bilik air terutama orang tua

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.