Pengalaman menggunakan susu Dutch Lady Explore untuk kanak-kanak berusia 2-4 tahun



nak dijadikan cerita, sebelum ni mrs pip pengguna setia dumex dugro for lil' Iman ... well memang selama ni sejak lil' Iman lahir, after percubaan beberapa jenis susu formula, dumex lah yang dirasakan paling serasi dengan lil' Iman ....

tapi, sejak kebelakangan ni,lil' Iman macam mau ndak mau ja minum dugro ... kalau selalu dia minum zup zup zup laju ja masuk tekak, then habis sebotol., tapi nak masuk tekak punyalah lidut *slow*, then sebotol tu mcm susahnya untuk dihabiskan, kadang2 berjam jam jugalah mrs pip tunggu untuk dia habiskan susu tu ....

fikir punya fikir, maybe dugro tu dia dah jemu minum ... well, dah tiga tahun asyik minum yang sama ja kan ... masa utuk beralih arah la kot T_T ....

park lil' Iman here while mommy cari susu :)
and cheche , tolong jaga iman kejap ok ...
mrs pip cakap kat mr.Husband yang lil' Iman mcm dah hilang selera dgn dugro ... kitorang sepakat untuk carikan susu lain .. dahlah banyak sangat pilihan susu, tapi before this mmg mrs pip eyeing dutch lady *ni semua gara gara pakej luar susu tu nampak menarik ... you ols taulah, mrs pip ni kalau nampak kaler biru biru, memang mudah jatuh chenta* .... jadi, cakap dengan mr.Husband why not try dulu dutch lady, mcm best ja ni , as usual mr.Husband ok ja :) ....

dah beli, dah minum ,... so mrs pip bagi sedikit testimoni ...
manalah tau ada parents yang mau cuba try dutch lady kan ...

1/ 1st time lil' Iman minum, dia zup zup zup punyalah laju, dan untuk pertama kali dalam sejaarah lil' Iman, dia minta refill susu 3 kali! mak oiiii, sedap sangat ka dutch lady ni ? tu sila tanya lil' Iman sendiri, mrs pip tak tau sedap ke tak, ngee :)

2/ lil' Iman try yang asli dan madu, kedua-duanya pun dia layan sedap T_T ... dan satu lagi, pembuangan najis lil' Iman lebih baik berbanding sebelumnya .. kalau sebelum ni, nampaklah lil' Iman kena meneran buat muka semacam, yang ni smooth and steady ja dia buang air besar :)

3/ botol susu lil' Iman biasanya mrs pip rendam seketika dalam air sabun coz bau susu tak hilang, then kena scrub kuat kuat sekiranya ada air baki air susu semalaman yang tak habis kan, tapi with dutch lady ni, yang mrs pip suka, tidak ada bau susu yang semacam tertinggal lepas cuci, so confirm botol susu tu lepas cuci memang tiada kesan bau susu , dan tak perlu lagi mrs pip mau rendam rendam dengan air sabun ni ...

lepas habis menyusu, terus cuci tanpa direndam ... dan kalau susu tu tak habis semalaman, the next day mau cuci botol susu, no deposits stay at the bottom of the bottle! yeah ...so tak yah lah nak scrub-a-chug-chug calarkan botol :(

selain tu, susu dutch lady explore ni mengandungi nutrisi penting untuk tumbesaran anak anak :-

- DHA : pertumbuhan otak yang cergas, pertumbuhan retina mata yang baik untuk penglihatan dan pertumbuhan saraf saraf yang baik
- Magnesium : menjaga otot dan saraf agar berfungsi normal dan menjaga denyutan jantung
- Selenium : sebagai antioksidan melindungi sel sel jaringan badan mengalami kerosakan
- Vitamin D : membantu menyerap kalsium daripada tubuh
- Zink : sistem imuniti badan

mungkin ada yang cuak teragak agak, alamak nnt berat badan anak cepat naik la pula kalau minum susu banyak2 mcm lil' Iman kan, sekali minum, nak refill dua tiga kali (di malam hari selalunya), tapi so far so good, syukur alhamdulillah, berat badan lil' Iman tak lah naik mendadak, still maintain ja *dah minum susu ni dalam sebulan*

info yang baik ni kita kongsi kongsikan ... T_T

happy parenting, cheer !

Post a Comment

0 Comments