Tips jimat duit .... jom buat kuih puteri mandi yang mudah lagi menjimatkan

salam indah sepetang hari ... dah minum petang ? what's there for tea time ...??? untuk minum petang, mrs pip sediakan kuih puteri mandi ... alah yang guna tepung pulut berintikan gula melaka / gula merah kemudian bersalut kelapa parut tu ....


ni antara kuih kegemaran mrs pip .... rasa sedap, plus senang ja mau buat ... ni kalau beli di gerai, RM1.00 dapatlah 3 biji ... tapi slalunya, mrs ndak puas hati coz intinya peniaga campur gula kastor untuk jimatkan kos! mak hoiiii .... dan ada juga kes bila makan kuih ni, keras semacam >>>> kuih tak cukup masak ....

so, tips jimat duit kali ni, apa kata kita buat kuih kegemaran kita sendiri .... ada yang cakap, alah kalau jadi housewife tu mmg boleh ja buat, yang berkerja mana ada masa mau buat ... hurmmm, alasan basi la itewww, just mau sedapkan hati sendiri kan .... mau seribu daya, ndak mau seribu dalih la ....

kuih ni, mrs guna 250gram tepung, boleh dapat 15biji (saiz mcm bola ping pong gitew) ... lagipun buat sendiri, mmg puashati la kan ... susah ka mau buat puteri mandi ni?  .... senang ja jawabnya ...

Bahan-bahannya:

250 gm tepung pulut + 2 sudu besar tepung gandum
gula merah sebagai inti secukupnya
kelapa parut secukupnya (mrs guna dessicated coconut ja) + garam sedikit
air untuk menguli secukupnya

Cara membuat:

Didihkan air di dalam periuk

Di dalam mangkuk, bancuh tepung dengan air. Perlahan lahan masukkan air sehingga mendapat adunan yang lembut 

Bulat-bulatkan adunan tadi kepada saiz sekecil bola ping pong di atas pinggan

Apabila air mendidih, adunan yang kecil2 tadi tu, bolehlah diisikan dengan gula merah (satu sudu kecil) dan bulatkan perlahan2 sehingga adunan kemas dan semua tertutup tanpa sebarang lubang

Masukkan ke dalam air yang mendidih ... dan ulang langkah di atas sehingga semua adunan selesai dimasukkan gula merah 

Apabila adunan mula timbul di atas permukaan air, bererti adunan sudah masak, tapi sebaik2nya biarkan dulu sebentar (30 saat) berenang2 di atas air sebelum diangkat utk memastikan adunan (kini sudah menjadi kuih puteri mandi) tadi betul2 masak

Di dalam pinggan / talam lain, taburkan kelapa parut dan golekkan kuih di atas kelapa parut tadi dan tada .... kuih puteri mandi siap utk dimakan ....

Senangkan!

p/s: biasanya kuih ni dijual dalam warna hijau, tapi mrs pip jimat duit tidak beli sebarang pewarna untuk kuih ni ... very the cheapskate la pula! .... tapi ok ja pun kuih ni warna putih ... :))


Kalau kuih ni ndak habis dimakan, sila letak dlm peti sejuk dan boleh dimakan hari esok kan hanya dengan stimkan kuih ni utk beberapa minit ....

So, ni la tips jimat duit daripada mrs pip ... cara yang senang utk sediakan juadah makanan petang :)) 

Cheers

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

0 Comments