5 Fitur Penting Pada Setiap Platform Dagangan Forex

Platform dagangan forex yang anda pilih bukan sahaja perlu bersesuaian dengan pola perdagangan anda tetapi juga perlu memberi pulangan yang terbaik bagi setiap aset dalam portfolio anda. Antara persoalan penting lain yang perlu anda ajukan ketika membuat pilihan adalah apakah platform ini tersedia secara mobile, terutamanya bagi peranti iOS dan Android. 

Ini akan memberikan anda fleksibiliti tinggi dari segi pengurusan dagangan dan portfolio forex anda. Dan ia tidak berhenti di sana, banyak lagi yang perlu anda pertimbangkan sebelum memilih platform forex baru.

5 Fitur Penting Pada Setiap Platform Dagangan Forex

Sumber : weltrade.com.my

Tetapi, ini mungkin sedikit sukar bagi mereka yang baru sahaja menceburi bidang dagangan forex secara profesional. Contohnya seperti platform MT4banyak fitur yang ditawarkan, termasuklah akaun dagangan multiterminal yang membolehkan akses dari beberapa peranti serentak. Rambang mata anda dibuatnya. Dan sebab itulah kami mengambil langkah menyediakan panduan tentang 5 fitur yang perlu ada pada platform dagangan forex yang mantap. Mari lihat 5 ciri ini secara terperinci!

# 1 Ciri Paparan Multi-Indikasi

5 Fitur Penting Pada Setiap Platform Dagangan Forex

Sumber : hfm.com

Ciri pertama yang perlu anda cari dalam mana-mana platform forex yang mahu anda gunapakai adalah fitur pencartaan multi-indikasi. Dengan indikasi dagangan yang berbeza, anda boleh melihat setiap trend pergerakan aset dengan pandangan dan perspektif yang berbeza. Ini juga akan memberikan anda perincian yang lebih tepat serta membolehkan anda membuat unjuran pasaran dengan lebih akurat. Sebagai contoh, platform dagangan MT4 menawarkan lebih 50+ petunjuk dagangan dengan ciri pencartaan bertindih untuk memudahkan anda membuat perbezaan antara indikasi masa ke semasa.

# 2 Saluran Transaksi Pelbagai

5 Fitur Penting Pada Setiap Platform Dagangan Forex

 Sumber : exnessid.net


Yang seterusnya adalah pilihan saluran transaksi yang ditawarkan. Ini bukan sahaja penting untuk tujuan mengeluarkan hasil pelaburan tetapi juga ketika menyempurnakan langkah pendepositan modal. Platform dagangan forex yang bagus akan memberikan penggunanya pilihan yang fleksibel dari segi jenis rakan kongsi pembayaran – tidak terhad kepada pembayaran kad kredit, e-wallet, perbankan dalam talian, dan cek perbankan.

#3 Diiktiraf Badan Regulasi


 Sumber : hfm.com

Sudah pastinya pelesenan sesebuah platform dagangan forex penting, terutamanya jika anda mahu melabur modal yang besar. Setiap laman forex yang anda lawati secara dalam talian perlulah memaparkan pelesenan terkini mereka dengan tepat. Adalah disarankan juga untuk memilih platform dagangan dengan pelesenan dari pelbagai negara. Ini kerana kriteria regulasi setiap negara adalah berbeza. Dengan lesen dari pelbagai negara, anda boleh memastikan yang setiap aspek sesebuah platform forex akan dikawal selia ketat.

#4 Kemudahan Multi-Platform

5 Fitur Penting Pada Setiap Platform Dagangan Forex

 Sumber : elearningindustry.com

Ini juga adalah satu fitur yang sangat penting – kebolehan akses multi-platform. Dalam bahasa mudah, platform yang anda pilih memberikan anda kemudahan mengakses platform dagangan dari mana-mana peranti, baik desktop ataupun mobile. Ini juga bermakna yang laman tersebut akan serasi dengan pelbagai sistem operasi yang biasa digunakan oleh peranti anda. Antaranya adalah MacOSX, Windows, Linux, Android, iOS, dan iPadOS.

#5 Sumber Data Dagangan Nyata

5 Fitur Penting Pada Setiap Platform Dagangan Forex

 Sumber : panthermedia.net

Yang terakhir sekali ini mungkin sahaja yang paling penting! Anda perlu memastikan yang data dagangan bagi setiap aset yang ditawarkan oleh platform forex anda dibelakangi data dari sumber masa nyata. Jangan tertipu dengan laman-laman yang menawarkan sumber data kemas kini periodik, anda akan kehilangan untung yang banyak di situ! Jika anda was-was, tanyakan kepada operator platform untuk memastikan sumber data pasaran dan dagangan mereka. Kalau ia dari sumber yang terpercaya seperti Dow Jones, KLCI dan sebagainya, lebih baik!

Cari Platform Dagangan Forex Yang Terbaik Untuk Anda!

5 Fitur Penting Pada Setiap Platform Dagangan Forex

Sumber : tixee.com

Apa yang telah kami senaraikan di atas bukanlah mutlak. Banyak lagi ciri penting yang perlu anda pertimbangkan termasuklah khidmat pelanggan, masa buka dan tutup pasaran, jenis aset dan kadar pertukaran yang ditawarkan, senarai ini seperti tiada penghujungnya! Ambil kira segala faktor yang akan mempengaruhi dagangan anda dan cari hanya yang terbaik untuk anda. Selamat berdagang!

______________________

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



Post a Comment

1 Comments

  1. Perkongsian yang bagus. Saya memang zero knowledge tentang forex

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.