Ramen sedap dari Cynthia & Khasiat buah Roselle - MrsPip Dot Com

Wednesday, 27 February 2019

Ramen sedap dari Cynthia & Khasiat buah Roselle

hi there, alhamdulillah mrs pip merasa lah makan ramen ... kali terakhir makan ramen beberapa tahun lepas ... ni rame diterbangkan dari mersing ... adik angkat mrs pip yang bagi , hadiah birthday katanya T_T tenkiu adik kesayangan coz ingat juga birthday akak ni kan ... lepas tu siap bagi hadiah ramen lagi ...

Hadiah Harijadi:
Ramen Dari Cynthia 

Ramen sedap dari Cynthia
Ramen sedap dari Cynthia

adik angkat mrs pip tu nama dia Cynthia ... time bagi ni, dia siap siap cakap ramen ni halal ... mesti dia risau mrs pip tak makan nnt ramen dia ni ... hehe, tau lah halal, kalau tak halal takkan dia nak bagi kat mrs pip kan  ... dah dia pun muslim ... abaikan nama Cynthia tu yang bunyinya seperti bukan nama kebiasaan bagi seorang muslim ... nama mrs pip sendiri pun dah bunyi mcm budak cina kan, tapi hakikatnya bukan cina pon T_T

Ramen sedap dari Cynthia
Ramen sedap dari Cynthia

bila bercakap pasal ramen, mesti 1st thing dalam kepala >>> PEDAS TAK NI? coz mrs pip tak mkn sangat benda2 yang pedas ni ... bolehlah sesekali layan, selalu mmg tak coz gastrik tahap dewa mmg boleh menyerang secara tiba-tiba ...

dapat parcel ni pada 27.2.19, terus buka dan kebetulan dah tengahari, kita lunch la terus ramen ni ... just add telur sahaja masuk dlm ramen ni ... memang yummy! pedas pedas la juga ... siap makan dengan terung yang mrs pip petik di laman rumah ... lepas tu, tambah makan dgn nasi , thumbs up tau!

tenkiu Cyn, bagi kakak ramen sedap ni.

Mr. Pip Garden : 
Terung Hijau dan Buah Roselle serta khasiat buat Roselle

 Khasiat buah Roselle
 Khasiat buah Roselle

alang alang dah cakap pasal terung tu, pagi tu mrs pip sempatlah petik terung hijau ni ... ni mr.Husband yang tanam, I makan saja ... bab2 tanam menanam ni, mrs pip mmg tak reti. 

nowadays mr.Husband kerja jauh sikit, so jumpa hanya weekend saja ... jadinya, mrs pip la yang tolong dia siram dan jaga tanaman dia ... terung ni selalu juga berbuah, tapi selalu tak dpt makan tau pasal monyet monyet ni la pergi kerjakan tanaman kitorang ... nakal betul monyet monyet ni kan...

hari hari datang mengganggu, dalam 20 ekor gitulah banyaknya mereka ... anak beranak dtg mengganggu ... hari tu banyak betik yg ditanam, tak sempat nak masak, habis monyet monyet tu kerjakan!

dan buah kaler merah tu , buah roselle ... kitorang petik buat jus ... sedap juga layan jus roselle sejuk dari icebox tau ... lagi lagi bila musim panas mcm ni T_T

korang pernah tak baca kelebihan buah roselle ni? mrs pip dulu dulu tak tahu pun pasal roselle ni, dah kawin dgn mr.Husband baru tau pasal roselle ni coz mr.Husband mmg suka tanam buah ni utk buat jus ...

ni antara kebaikan / kelebihan  / khasiat buah roselle yang mrs pip baca dan dapatkan info dari >>> sumber asal di sini <<< 

  • Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik
  • Memperlancar peredaran darah.
  • Mengubati luka luar dan dalam.
  • Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
  • Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
  • Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
  • Mempunyai efek anti kejang otot.
  • Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
  • Membunuh bakteria penyebab TBC.
  • Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
  • Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
  • Mencegah penyakit jantung.
  • Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
  • Mengubati asma dan alergi.
  • Mengubati insomnia.
  • Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
  • Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
  • Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  • Menyihatkan mata
  • Menyeimbangkan berat badan.
  • Mengurangi panas dalam .
  • Mengurangi panas dalam .
  • Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
  • Mengubati pening kepala/migraine.
  • Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
  • Menghilangkan sakit sakit di badan.
  • Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
  • Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
  • Mengubati sakit tenggorokan dan sawan.
  • Mengatasi masalah stress/tekanan.

next time mrs pip share kat korang mcm mana cara kitorang proses buah roselle ni jadi jus ... insya allah ... hari tu ada buat jem roselle juga, letak atas bread kan ... not bad ... mr.Husband yang rajin buat jem n jus ... mrs pip ni tumpang makan dan minum ja ...hehe.

thanks for reading! have a nice day.

cheers. 

4 comments:

  1. Kalau kat KL ni, penah jumpa yg dah dibotolkan jus roselle ni..best la dpt yg segar sbb tanam sendiri..


    Kalau ramen ni, saya pun x suka hat pedas yg amat.. Rasa x best mkn smbil sulam ngan air.. Kang perut muncet.. Hehe

    ReplyDelete
  2. uish ramen tu 😩 depan rumah sha ada pokok roselle ni dulu

    ReplyDelete
  3. Dulu pernah tanam roselle kat blkg rumah tp menjadi sekali je rasanya.
    Ramen tu ana tak pernah makan walau sekali sebab masalah gastric juga. Berhuhu tgk orang lain makan.

    ReplyDelete
  4. ramen.. packaging dia tak pernah nampak..
    Bila tengok Roselle tu teringat kat arwah Ibu.. Pokok dia tanam memang besar.. selalu ibu buat jus bagi kat anak-anak..

    ReplyDelete